Tuesday, August 4, 2009

Melati

Malam ni tak ada idea nak berblog. Cuma sebagai anak Perlis , malam ni aku nak ambik kesempatan untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Perlis. Lokasi ini adalah Tasik Melati, lebih kurang 15 km dari bandar Kangar.

Panorama tasik yang cukup mengasyikkan.

Ada laluan yang dibina yang membolehkan kita berjalan di atas permukaan tasik.

Antara aktiviti yang terdapat disini ialah kayuh bot, kayak dan memancing.


Masih lagi bersih dan kurang tercemar.Lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, kedai makan dan parking yang mencukupi. Laksa Perlis, ais kacang dan cendol adalah menu utama di sini.


Kalau mai Perlis jangan lupa Tasik Melati nooo.

5 comments:

Ahliacikgukhairul said...

bagus ah.. ada gak tempat aku nak pg lain kali.. asyik2 jeti kuala perlis n pdg beso je kitorg pg..

Petai Muda said...

Perlis tak banyak sangat tempat menarik, maklum le negeri kecil. Selain daripada Tasik Melati antara tempat lain yang menarik ialah Gua Kelam, Sungai Batu Pahat, Bukit Air dan empangan Timah Tasuh.

Unknown said...

WOIT..AKU PUN TAK PERNAH KE TASIK MELATI. LAST AKU PI WAKTU STUDENT KAT ITM ARAU. WAKTU TU TAK DE LA SELERA NAK PI..TAPI BILA HANG UPLOAD GAMBAQ TU..ADA LA KEINGINAN NAK BAWAK ANAK2 UJUNG MINGGU. DAH 5 TAHUN DAH AKU BERMASTAUTIN KAT PERLIS

Petai Muda said...

Baik hang pi, kot-kot hang kena pindah Sabah balik kempunan nanti.Sekarang ni landskap dia memang cantik, kalau ada pancing boleh memancing ikan tilapia kat situ.

Bidarabiru said...

Hai jadi pegawai pelancong pulak ke...bagusss