Thursday, August 13, 2009

Kerbau betul........

Korang semua ingat lagi tak nama cikgu-cikgu waktu kat sekolah rendah dulu?Aku paling ingat dengan Cikgu Osman.Cikgu ni mula mengajar kat sekolah aku semasa aku darjah 5.Ajar Bahasa Malaysia.Hemsen, jurulatih bolasepak kami, dan yang paling best sekali dia ni ada motorsikal Yamaha RXS, motorsikal paling gempak zaman tu. Warna silver.

Cikgu Osman ni agak garang sikit.Pantang kalau kami tak pi sembahyang jumaat. Sapa-sapa yang tak pi sembahyang jumaat akan disebat 2 rotan kat pelipat (bahagian antara peha dengan perut betis). Sakit ooo, sebab bahagian tu lembut.Tapi yang magicnya, kami tak pernah tipu dia.Kalau tak sembahyang, mengaku saja walaupun dah maklum akibatnya.

Sempena menperingati 27 tahun perpisahan aku dengan cikgu Osman, entry kali ni aku nak cuba jadi Cikgu Bahasa Melayu. Aku nak ajar korang macam mana nak buat karangan pendek menggunakan perkataan "kerbau betul".

Gambar hiasan : kerbau betul asyik meragut

Gambar hiasan : kerbau betul sedang beriadah.

1. Kerbau betul - maknanya kerbau yang sebenar, bukan kerbau ciptaan seperti gunakan replika batu, plastik dll. Ini kerbau betul, betul-betul kerbau.
Contoh karangan
" Engkau hati-hati sikit dengan kerbau tu Tukiman, itu kerbau betul bukannya kerbau mainan. Kalau kerbau mainan boleh le kau terhegeh-hegeh kat situ.Ini kerbau betul, silap haribulan mampus kau dikerjakannya " bebel Pak Sardono kepada anaknya Tukiman.Macam le anaknya bendul sangat sampaikan tak tahu itu kerbau betul.Si Tukiman tu kan ke ada Diploma Pemasaran politeknik. Tentulah dia tahu mana satu kerbau betul, mana satu kerbau mainan.
2. Kerbau betul - maknanya bodoh, kurang cerdik, tak bijak dan yang sewaktu dengannnya.
Contoh karangan -

"Kerbau betul kau ni Markonah. Kenapa kau tolak pinangan si Tukiman tu. Dia tu kan penternak kerbau betul. Kalau kau kawin dengan dia kau senang, mak pun tumpang senang. Kerbau mahal sekarang ni. Ramai orang cari kerbau betul nak buat korban, akikah, kenduri kawin.Kau memang kerbau betul.Tolak tuah betul kau , tak nak kawin dengan penternak kerbau betul " rungut mak cik Saonah kepada anak daranya. Kerbau betul le makcik ni, orang nak buat akikah, korban mestilah cari kerbau betul.Kerbau kayu takkan boleh makan.Tak payah cakap le. Sebenarnya mak cik Saonah tu gembira bangat bila Markonah tolak pinangan Tukiman sebab dia tengah angau nak kawin dengan bapa Tukiman iaitu Pak Sardono.Kerbau betul mak cik Saonah tu, dia tak tahu ke Pak Sardono tak minat nak kahwin lagi.Pak Sardono hanya minat nak bela kerbau betul saja bukannya bela orang yang kategori kerbau betul macam mak cik Saonah.

Gurau saja.

4 comments:

Unknown said...

Krie..bolehke karangan Bahasa Melayu bubuh ayat "gembira bangat". Mcm student aku copy paste assignment dari internet je..boh ayat "Kestabilan Ekonomi membutuhi rakyatnya...."banyak cantik punya keje.

Petai Muda said...

gembira bangat tu maknanya gembira sangat.Banyak lagi bahasa pasar yang aku guna dalam karangan tu.

Ahliacikgukhairul said...

hehe.. kiranya kita cuma belajar makna perkataan 'kerbau betul' je la ni eh.. hahaha.. aku kesian kt makcik saonah tu.. cuba ko bg cerita hepi ending ckit.. hehe

Bidarabiru said...

tak semua perkara dalam akan berakhir dengan kegembiraan