Sunday, February 6, 2011

ignorance is no excuse

Tak tahu pulak aku, jadi satu kesalahan kalau kita tak pi sembahyang jumaat tanpa sebarang alasan yang munasabah. Ingatkan berdosa saja, rupa-rupanya menyalahi undang2 pulak. Ini buktinya.


Apa2 pun aku bersetuju sangat dengan undang-undang ni, cuma yang jadi isu sekarang adalah penguatkuasaannya. Confirm sukar. Mudah-mudahan pihak berwajib cekal dan tabah dalam melaksanakannya.
Cerita solat jumaat 1
Aku start sembahyang jumaat waktu darjah 4, tahun 1981,umur 10 tahun.Mula2 aku pi sembahyang bukan sebab wajib, tapi sebab takutkan cikgu othman.Sesiapa yang ponteng sembahyang jumaat akan kena 2 rotan kat pelipat kaki.Jadi takutkan cikgu ni, kami tak miss sembahyang jumaat. Tima kasih cikgu.
Cerita solat jumaat 2
Aku hairan sikit macam mana orang boleh selesaikan sembahyang jumaat dengan begitu cepat. Selesai saja imam bagi salam, terus dengar bunyi motor dihidupkan.Bila masa dia keluar masjid, cari selipar, jalan ke motor kemudian start motor tu.Macam superman aja, pantas.