Sekejap berhenti kemudian bersambung kembali.Walau pun tidak lebat tetapi berterusan untuk tempoh masa yang panjang. Kalau kat kampung aku, hujan macam ni dikenali sebagai "hujan buat anak".Aku pun tak tahu apa sebabnya.Korang tau ke ?.Kalau ada jawapan bagitau le aku.
Nampak tak, titis-titis mutiara membasahi bumi ini. Membasuh segala dosa dan bencana seperti H1N1. Ya Allah selamatkanlah kami dari bencana ini.
Hujan dah mula reda.
Bagi umat Islam antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah ketika saat sedang hujan. Dari Sahl bin A'ad r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Dua doa yang tidak pernah tertolak: doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan." (Mustadrak Hakim - disahihkan oleh Al-Albani dan Adz-Dzahabi)--- Imam An-Nawawi mengatakan bahawa doa pada waktu hujan tidak/jarang tertolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.
Sama-samalah kita berdoa agar terselamat di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment