Situasi pertama : Kedai kain Hakeem
Kedai kain yang paling famous di Kangar.Bertempat di Taman Kemajuan Kangar, kedai ini menjual pelbagai jenis kain, telekung, langsir, pelbagai jenis tudung spt tudung ekin, tudung siti, tudung waheeda....... tudung saji dengan tudung keranda tak adalah.
Dimiliki oleh peniaga muslim yang berasal dari Kemboja. Mereka ini dibawa masuk oleh PERKIM kalau tak silap aku, kesan daripada penindasan pemerintah ke atas masyarakat Islam, diberikan bantuan kecil, memulakan perniagaan kecil-kecilan sehinggalah berjaya ke tahap sekarang.Kaya raya di negeri orang, kalau takat DH54 tak payah lawan le.Rumah banglo tersergam indah, drive Camry , itu yang aku nampakle. Kat Kangar tu berlambak kedai kain, tapi kedai ini cukup hebat sambutannya. Hakeem ini ada saudara dia namanya Kadir, pun ada kedai kain yang besar kat Sahab Perdana Alor Setar.Ajaib kan.
Situasi kedua : Peniaga Karpet Pakistan
Pakistan yang jual karpet, guna motor dari rumah ke rumah. Selain daripada karpet, juga menjual hiasan ayat Al-Quran dll. Kat Perlis ni environment dia lain sikit, depa ni suka berhutang.Beli baju hutang, beli karpet hutang... maklumle pendapatan bertani ni tak seberapa. Karpet ni dijual dengan margin yang cukup tinggi. Karpet yang RM70 kita beli kat Nilai boleh dijual dengan harga mencecah RM150.Katakan dalam satu musim padi, pakistan tadi jual 200 helai karpet.Satu musim padi untung dia mencecah RM16,000.Itu karpet saja belum yang lain lagi.Cuba convert tengok dalam duit Pakistan.Kaya.
Banyak lagi contoh yang boleh diambil.Kedai nasi kandar umpamanya, semua tu berasal dari tempat lain. Agak-agaknya kalau kita yang tercampak kat tempat depa, bolehke kita berjaya.
5 comments:
insyaallah dengan keazaman yang kuat kita akan berjaya mcm diorg..ibarat kata pepatah di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.. betul tak kak jem?pernah juga planning nk keje kat luar dari malaysia.. but not sure yet when the time will come.. insyaallah in the future.. do pray for me ok.. hehe
betul agaknya.....abeshuk tak de hal kalau keja kat luar negara...business cendol je...gerenti kalah kedai kain hakim...2
bisness cendul kat bangladesh sapa nak makan? bangla makan capati bolehla....hihihi.
fa_syaz : kalau nak cuba luck kat oversea, kena teruskan aja, kalau kita tunggu-tunggu akibatnya susah le nak jadi.
dzul musa ; tak cuba mana kita tau, hang pun selalu bantai capati, takkan depa tak leh cuba cendol kot.Jom kita join ekspot ready made cendol ke bangladesh.nak tak.
best gak tu kak jem.. kedai cendol.. nak jadi first customer lah.. haha
Post a Comment