Minat aku terhadap bidang perubatan mempengaruhi siri tv yang aku tonton. Aku cukup suka dengan siri tv ER, Greys Anatomy, Chicago Hope dan yang terbaru sekali ialah siri House.Semua ni adalah cerita berkaitan dengan bidang perubatan. Dulu aku pernah juga menonton siri perubatan tempatan Unit Kecemasan KL. Tapi skripnya terlalu lemah, kecemasan yang tak cemas, dan lebih banyak cerita cinta berbanding perubatan.
Korang pernahkah tonton siri House.Rasanya hari Isnin 10.00 malam kat saluran 701.Doktor Gregory House adalah genius dalam mendiagnos jenis penyakit dan kaedah perubatan yang terbaik. Beliau dan teamnyaseperti Cuddy, Foreman,Cameron, Chase dan Taub bekerja di Princeton-Plainsboro Hospital. Di sebalik kebijaksanaannya beliau terkenal sebagai individu yang ego, mementingkan diri sendiri, tidak bertimbang rasa dan menagih ubat tahan sakit Vicodin. Banyaklah kes penyakit-penyakit ganjil seperti lupus, kanser, neoropati, penyakit genetik dll yang diselesaikannya.
Aku cuma memikirkan adakah kualiti perubatan kita menyamai atau hampir kepada apa yang ada di sana. Dekat sana aku tengok mentaliti doktornya sentiasa berfikiran penyakit yang dihadapi serius.Buat pemeriksaan menyeluruh. Tak ada mentaliti " tak apa sikit saja, ambil ubat dulu kalau tak baik datang balik ye".Siap bagi hand-out lagi kalau ada simpton macam ni baru pegi test H1N1 kat hospital.Antara simptomnya batuk/kahak berdarah, sesak nafas bibir jadi biru dll.Kalau dah ada simptom macam ni rasanya dah terlewat. Aku cuma risaukan H1N1 ni. Itu yang cerita pasal perubatan ni. Apa-apa pun korang cubalah tonton cerita ni. Banyak maklumat yang boleh diperolehi.
4 comments:
THIS IS ONE OF MY FAV. SERIES JUGAK EN SHUK. MEMANG YANG MALAYSIAN MADE SERIES YANG BENTUK MEDICINE-BASED TAK BEST SGT.. TERMASUK AMPANG MEDIKAL (ALTHOUGH ONE OF MY BEST BUDDY IS ONE OF THE ACTOR DLM DRAMA TU.. HEHE)
Series macam ni memerlukan professional script writer.Dulu saya ingat satu local siri Wira Angkasa, ingatkan macam cerita army, tapi lebih ka cerita cintan aje.Paling bagus tunjuk long shot Skyhawk.Local series saya ingat Gerak Khas saja yang match sikit dengan konsep.
aku pun suka cerita perubatan.. ER, House, Strong Medicine dll.. haha.. dr.house tu mmg mcm giler ckit tp pikiran sgt kritis.. kalu ER, aku suka dr.green.. dia doktor n ketua yg baik.. x kira warna kulit.. moralnya.. semua citer tu best.. n byk terms yg kita tau..
Kat cita ER tu aku paling suka Dr. Carter, freshie yang baru belajar nak jadi dr, komited dengan tugas dia walaupun sebenarnya dia berasal dari keluarga kaya.Kalau pada musim-musim awal aku suka Dr. Doug Ross (Clooney), pakar padeatrik yang excellent.
Post a Comment