Monday, August 31, 2009

Kalaulah kita yang tercampak ke negeri orang......

Balik bercuti ke Perlis sempena merdeka yang lepas aku jenuh memikirkan situasi yang jadi tema entry aku hari ini.Berdagang di tempat orang.Macam mana kalau situasi ini berlaku kat kita.Tercampak ke Republik Congo,Nicaragua, Colombia dll..... boleh ke kita survive sepertimana mereka survive di tempat kita. Apa istimewanya mereka, apakah faktor yang memotivasikan mereka, dimanakah sumber kekuatan mereka hinggakan boleh berjaya.Boleh jadi tajuk tesis ni.




Situasi pertama : Kedai kain Hakeem

Kedai kain yang paling famous di Kangar.Bertempat di Taman Kemajuan Kangar, kedai ini menjual pelbagai jenis kain, telekung, langsir, pelbagai jenis tudung spt tudung ekin, tudung siti, tudung waheeda....... tudung saji dengan tudung keranda tak adalah.

Dimiliki oleh peniaga muslim yang berasal dari Kemboja. Mereka ini dibawa masuk oleh PERKIM kalau tak silap aku, kesan daripada penindasan pemerintah ke atas masyarakat Islam, diberikan bantuan kecil, memulakan perniagaan kecil-kecilan sehinggalah berjaya ke tahap sekarang.Kaya raya di negeri orang, kalau takat DH54 tak payah lawan le.Rumah banglo tersergam indah, drive Camry , itu yang aku nampakle. Kat Kangar tu berlambak kedai kain, tapi kedai ini cukup hebat sambutannya. Hakeem ini ada saudara dia namanya Kadir, pun ada kedai kain yang besar kat Sahab Perdana Alor Setar.Ajaib kan.


Situasi kedua : Peniaga Karpet Pakistan


Pakistan yang jual karpet, guna motor dari rumah ke rumah. Selain daripada karpet, juga menjual hiasan ayat Al-Quran dll. Kat Perlis ni environment dia lain sikit, depa ni suka berhutang.Beli baju hutang, beli karpet hutang... maklumle pendapatan bertani ni tak seberapa. Karpet ni dijual dengan margin yang cukup tinggi. Karpet yang RM70 kita beli kat Nilai boleh dijual dengan harga mencecah RM150.Katakan dalam satu musim padi, pakistan tadi jual 200 helai karpet.Satu musim padi untung dia mencecah RM16,000.Itu karpet saja belum yang lain lagi.Cuba convert tengok dalam duit Pakistan.Kaya.


Banyak lagi contoh yang boleh diambil.Kedai nasi kandar umpamanya, semua tu berasal dari tempat lain. Agak-agaknya kalau kita yang tercampak kat tempat depa, bolehke kita berjaya.

Sunday, August 30, 2009

Gulai keli dan batu nesan

Bersempena dengan cuti Merdeka aku dan petaiyah ambik keputusan untuk balik berpuasa di Perlis.Menempuh perjalanan lebih daripada 600 km semata-mata untuk merasai suasana berpuasa di negeri Perlis.Tapi ini memang dah jadi kebiasaan kami setiap kali munculnya Ramadan.
Setiap kali balik Perlis menu yang aku tak pernah lupa ialah ikan keli masak gulai.Ini keli liar, ditangkap di sawah bukannya keli peliharaan. Rasanya lain, lebih manis dan lebih kenyal daripada rasa keli yang dipelihara dalam kolam ataupun kanvas.
Gulai keli campur bendi yang mak aku masak.Sedap hingga menjilat lengan.

Tengahari sabtu tu aku pi Alor Setar. Secara tak sengaja aku terpandang papan tanda ni. Cuba korang teka ni kedai apa?Kedai kerusi batu, kedai batu bata, jawapannya salah. Inilah kedai batu nesan orang Islam.Apa nak jadi kita ni, barang untuk kematian pun bangsa asing yang buatkan.

Wednesday, August 26, 2009

Puasa dulu-dulu

Apabila tiba bulan puasa, salah satu bahan makanan yang sentiasa dicari ialah "ais" ataupun "air batu". Penting sangat bagi menghilangkan haus sepanjang bulan Ramadhan.

Zaman dulu-dulu, tahun 70an kat kampung Bongor Kudong rasanya tak ada rumah pun yang ada peti ais.Maklumle letrik pun baru ada.Kalau tak silap ingatan aku, letrik mula masuk kat kg aku tahun 1979.

Jadi tiap-tiap petang dlm bulan posa akan ada remaja-remaja yang jual ais ni dari rumah ke rumah menggunakan basikal. Ais tadi dimasukkan ke dalam peti kayu, disalut dengan serbuk ketam kayu ataupun sekam padi.Tujuannya adalah untuk elak ais tadi cair.10 sen satu ketul.Sambil kayuh basikal, iklan dipasang "aih ketui,aih ketui sekupang saja," (translate : ais ketul,ais ketul sepuluh sen saja)

Gambar hiasan : ini bukannya gambar aih ketui kat kg aku


Mak aku dulu banyak tanam tebu.Jadi dalam bulan posa kami tak payah beli air tebu.Biasanya aku tebang 5 ka 6 batang tebu, bersihkan dan kemudian pi upah orang mesin. Upah mesin sekupang saja sebatang. Kalau dah 5 @6 batang tebu boleh dapat sampai satu cerek air tebu.


Malam nanti kembung le perut asyik belasah air tebu.Bukan senang nak habis satu cerek.Silap haribulan ada yang kencing tilam malam nanti. Air tebu yang lebih mak aku akan masak atas api perlahan sehinggalah jadi pekat,ini dinamakan manisan tebu.

Monday, August 24, 2009

Hidup ibarat roda

Hidup ini memang ibaratnya roda.Kekadang di atas kekadang di bawah.Suka dan duka, bahagia dan sengsara, kaya dan miskin, sihat dan sakit semuanya silih berganti mewarnai kehidupan kita.
Kalau takdirnya kita di bawah, diuji dengan pelbagai dugaan, bersabar dan berdoalah kepada yang Maha Esa. Berusahalah untuk bangkit semula.
Ketika kita berada di atas, jangan leka dengan nikmat dunia.Berbuat baiklah sesama makhluk. Hulurkan tangan ringankan beban.

Nescaya hidup ini akan jadi lebih bermakna.

Selamat berpuasa.

Thursday, August 20, 2009

Without her ..............................

Selamat berpuasa semua. Maafkan aku kalau ada salah dan silap.

Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, hasil kerja insan ini sentiasa ku tunggu.Iklan yang dihasilkan cukup menyentuh perasaan.

Dalam banyak iklan yang dihasilkan, inilah iklan yang paling menyentuh perasaan aku.Kalau korang dah lupa, aku citakan balik storyboard iklan ni.

Seorang bapa yang dah tua sakit stroke, baru keluar spital, tak ada sapa nak jaga jadi anak pompuannya ambik keputusan bawak balik ke rumahnya.Si menantu ada sikit penentangan dan rasa tak puas hati.

Orang sakit stroke ni dia selalu terketar-ketar, anggota badan tak kuat lagi. Jadi si bapa ni selalulah jatuhkan pingan mangkuk, makan dengan selekeh malah pernah melepaskan bom angin dengan selambanya ketika tengah makan.Si menantu memang bengang dan selalu bersifat sinis. Bini dia pun makan hati dengan sikapnya itu.

Si menantu tadi bersama dengan bini dia ambik keputusan untuk mengasingkan tempat makan mereka dengan mentua dia. Meja dan kerusi makan diasingkan, malahan makanan hanya dimasukkan dalam tray sahaja.
Si bapa memang terasa kecil hati dengan perbuatan anak menantunya.Tapi apakan daya.......... dia dah tua, menumpang pulak kat rumah orang, terima saja le.

Kemudian inilah part yang aku paling, paling suka.Cucu orang tua tadi sedang bermain-main dua beradik kat luar .Tiba-tiba terpacul keluar dari mulut salah sorang budak tu " nanti bila kakak/adik dewasa, mak dan abah duduk makan kat luar, kita orang duduk makan kat dalam".Apalagi terkejut beruk le si menantu dengan bininya.Bagai halilintar membelah bumi.Sebijik seperti apa yang diaorang sedang buat kat bapanya.


Last sekali si anak pompuan tu insaf le, yang menantunya tak tahu le insaf ka tak. Aku rasa dia tak insaf juga, kalau insaf mesti ada tunjuk dalam iklan tu.

Moral of the story :

1. Apa-apa yang kita buat kat mak bapa/mentua kita akan dibalas balik oleh anak-anak kita suatu hari nanti. Kalau kita tak layan ibu bapa/mentua dengan baik, satu hari nanti anak-anak kita pun akan buat perkara yang sama.Kalau hari ni kita buat mak/bapa kita sedih dengan perbuatan kita, tungulah balasannya.Hari ni ramai mak bapak makan hati dengan perbuatan anak2.Hisap dadah, rempit, bohsia dll.Tunggu, nanti depa pun akan makan hati jugak.

2. Mak/bapa mentua kita tu sebenarnya taraf diaorang sama macam mak/bapa sendiri.Kena ingat tu.Jangan kecikkan hati depa.

Apa-apa pun Al-Fatihah untuk allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Tuesday, August 18, 2009

I have a fever, so no new post today.............

Hari ini aku kena demam panas. Mungkin semalam banyak sangat ambil ais kot.Tengahari minum fresh oren, petang pulak minum cendol.Semuanya melibatkan ais.

Pagi tadi terlibat dengan Bengkel Pemurnian Bank Soalan yang mana tugas utamanya adalah untuk translate soalan Pengurusan Jualan dari BM ke BI.Dalam pukul 12tgh tu aku dah tak tahan lagi. Badan seram sejuk, seram sejuk.Terus jumpa dr.Banyak juga ubat yang diberikan, ada ubat demam, sakit tekak, ubat batuk, antibiotik dan juga ubat turun panas.

Lepas ke klinik terus balik berehat kat rumah, duduk sorang-sorang.Petaiyah kerja petaijunior pula ke sekolah. Sorang-sorang macam ni teringat pula zaman kanak-kanak dulu.

Waktu demam memang dapat extra attention dari mak aku.Sakit kepala dipicitnya, digosok dan diurut badan sampai selesa.Kalau panas sangat mak aku akan jaram kepala guna air yang diramas dengan daun bunga raya.Selesa sungguh.Terima kasih mak.

Apa saja nak makan cakap saja, mak aku akan masakkan.Cucur jemput, lempeng, penderam, cendol - sebut saja mak aku akan cari." cik cakap saja nak apa, mak pi buat la ni jugak" dialog wajib waktu demam.Kalau aku jawab " cik nak makan masak lemak ketam, pengat pisang, nasi goreng bla...bla ", mak aku akan senyum sebab dia tau demam tak teruk, demam nak melantak.Tapi kalau tak ada jawapan diberikan, geleng kepala saja, jelas nampak kerisauan di muka mak aku.Teruk ni, kena bagitau tok Imam minta air penawar.




(gambar hiasan - pindang ikan )

Salah satu lauk favourite yang mak aku selalu masak waktu demam ialah lauk pindang. Masakkan ni dia ada rasa masam-masam sikit, banyak bawang putih, halia dan tomato.Amat sesuai dimakan bila kita demam , sebab waktu ni mulut rasa pahit.



(gambar hiasan - sup ayam)

Lauk ni pun mak aku selalu masak.Mak cakap kalau tak lalu nak makan nasi hirup sup pun jadilah.Badan cepat berpeluh.Nampak gayanya petang ni nak suruh petiyah masak pindang ikan ni, teringin le pulak.


Ooops, tadi kata tak ada entry baru.Ini dah jadi entry pulak. Doakan aku cepat sembuh kekawan.Sambil tu cita le sikit suasana korang demam waktu budak-budak dulu.

Monday, August 17, 2009

If i'm not a lecturer,l will be a ......................

Pernah tak hangpa terfikir, kiranya hangpa ni bukannya lecturer kat politeknik agak-agaknya apalah kerjaya pilihan hangpa semua. Magistrate, penulis blog sepenuh masa, dj radio, ahli muzik, model, ahli politik,tukang urut,superman, cicakman - semua ni confirm bukan pilihan aku.Aku kalau tak mengajar kat politeknik, aku nak jadi......... penjual cendol.

Kenapa cendol?Banyak lagi benda lain yang boleh dijual contohnya jual petai, jering, buah kerdas dll.Cendol jadi pilihan aku sebab semua orang suka cendol, sejuk, lemak, manis, pendek kata kalau betul cara buatnya memang lazatlah.Uuuuump.

Lokasi gerai cendol aku adalah kat tempat tumpuan orang ramai di Perlis.Contohnya kalau kat Pantai Sungai Baru aku akan buka gerai cendol aku bersebelahan dengan gerai Rojak Madu Hijrah.Bayangkan lepas pedas makan rojak, order cendol untuk hilangkan pedas tu.

Kalau kat Simpang Empat aku nak buka gerai cendol aku bersebelahan dengan Gerai Bihun Sup Abang Dan.Bihun sup kan pedas, jadi cendol akan menyejukkannya.

Cendol kacang merah, nampak tak dia punya santan, pekat campur dengan gula Melaka pekat.


Ini pun nampak sedap, kalau tambah pulut lagi best.

Ini pun sedap dan nampak cantik pula.Aku nak, aku nak, aku nak yang ni.

Selain daripada jadi penjual cendol, confirm aku akan jadi pak tani. Tanam padi.Di samping itu satu cita-cita aku yang tak pernah padam ialah nak jadi Ketua Kampung ataupun Pengerusi JKKK Kampung Bongor Kudong. Berbakti kepada orang kg, contohnya tolong dapatkan biasiswa sekolah anak-anak, subsidi baja, bantuan kebajikkan, subsidi ikan keli dll. Kalau ada masa terluang boleh pi dengar ceramah.Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan jasa.
Hangpa nak jadi apa kalau tak jadi lecturer poli. Cerita mai sikit..............

Thursday, August 13, 2009

Kerbau betul........

Korang semua ingat lagi tak nama cikgu-cikgu waktu kat sekolah rendah dulu?Aku paling ingat dengan Cikgu Osman.Cikgu ni mula mengajar kat sekolah aku semasa aku darjah 5.Ajar Bahasa Malaysia.Hemsen, jurulatih bolasepak kami, dan yang paling best sekali dia ni ada motorsikal Yamaha RXS, motorsikal paling gempak zaman tu. Warna silver.

Cikgu Osman ni agak garang sikit.Pantang kalau kami tak pi sembahyang jumaat. Sapa-sapa yang tak pi sembahyang jumaat akan disebat 2 rotan kat pelipat (bahagian antara peha dengan perut betis). Sakit ooo, sebab bahagian tu lembut.Tapi yang magicnya, kami tak pernah tipu dia.Kalau tak sembahyang, mengaku saja walaupun dah maklum akibatnya.

Sempena menperingati 27 tahun perpisahan aku dengan cikgu Osman, entry kali ni aku nak cuba jadi Cikgu Bahasa Melayu. Aku nak ajar korang macam mana nak buat karangan pendek menggunakan perkataan "kerbau betul".

Gambar hiasan : kerbau betul asyik meragut

Gambar hiasan : kerbau betul sedang beriadah.

1. Kerbau betul - maknanya kerbau yang sebenar, bukan kerbau ciptaan seperti gunakan replika batu, plastik dll. Ini kerbau betul, betul-betul kerbau.
Contoh karangan
" Engkau hati-hati sikit dengan kerbau tu Tukiman, itu kerbau betul bukannya kerbau mainan. Kalau kerbau mainan boleh le kau terhegeh-hegeh kat situ.Ini kerbau betul, silap haribulan mampus kau dikerjakannya " bebel Pak Sardono kepada anaknya Tukiman.Macam le anaknya bendul sangat sampaikan tak tahu itu kerbau betul.Si Tukiman tu kan ke ada Diploma Pemasaran politeknik. Tentulah dia tahu mana satu kerbau betul, mana satu kerbau mainan.
2. Kerbau betul - maknanya bodoh, kurang cerdik, tak bijak dan yang sewaktu dengannnya.
Contoh karangan -

"Kerbau betul kau ni Markonah. Kenapa kau tolak pinangan si Tukiman tu. Dia tu kan penternak kerbau betul. Kalau kau kawin dengan dia kau senang, mak pun tumpang senang. Kerbau mahal sekarang ni. Ramai orang cari kerbau betul nak buat korban, akikah, kenduri kawin.Kau memang kerbau betul.Tolak tuah betul kau , tak nak kawin dengan penternak kerbau betul " rungut mak cik Saonah kepada anak daranya. Kerbau betul le makcik ni, orang nak buat akikah, korban mestilah cari kerbau betul.Kerbau kayu takkan boleh makan.Tak payah cakap le. Sebenarnya mak cik Saonah tu gembira bangat bila Markonah tolak pinangan Tukiman sebab dia tengah angau nak kawin dengan bapa Tukiman iaitu Pak Sardono.Kerbau betul mak cik Saonah tu, dia tak tahu ke Pak Sardono tak minat nak kahwin lagi.Pak Sardono hanya minat nak bela kerbau betul saja bukannya bela orang yang kategori kerbau betul macam mak cik Saonah.

Gurau saja.

So ..... amateur

Hari ini aku tak berapa selesa sikit, kepala rasa berat, berdenyut saja dari pagi lagi. Mungkin sebab dah 3-4 hari asyik kena angin laut kot, ditambah pulak dengan cuaca yang cukup panas. Kena sindrom pra-malam jumaat kot.

Hari ini ada tugasan sikit, praktikkan apa yang dipelajari untuk buat poster pelancongan dan gambar. Memandangkan badan kurang sihat maka aku ambik jalan mudah saja.Buat yang senang.

Untuk gambar poster ni, aku snap saja gambar pemandangan belakang hotel ni, kemudian masukkan sikit teks dan logo yang dicipta menggunakan software illustrator.Tak ada sangat manipulasi teknik-teknik photoshop.Janji siap.


Ini gambar klasik yang aku masukkan pokok kelapak.


Badan manusia muncul dari dalam tanah kat Putrajaya.

Ini khas untuk petaijunior, tiga bertarung dengan nexus kat Tasik Putrajaya.Tapi yang peliknya taro yang putus kepala.
Melihat kepada hasil kerja ni, confirm aku ni masih sangat,sangat,sangat amatur dalam penggunaan photoshop.Tapi tak apa, aku akan cuba untuk meningkatkan kemahiran aku dengan memperbanyakkan latihan.
Esok balik yea,esok balik yea.

Tuesday, August 11, 2009

Bella Vista

Minggu ni aku kena kursus Tourism Advertising di Bella Vista Langkawi. Antara kandungan utama kursus ini adalah untuk mengajar kami macam mana nak buat alat-alat promosi seperti poster, bunting, banner, pamplet dll menggunakan software Adobe Illustrator dan Photoshop.
Beberapa keping gambar yang sempat aku snap.
Pemandangan swimming pool yang berhadapan dengan laut.



Air terjun buatan.

Pokok kelapak.

Nampak kapal/bot yang berlabuh di Jeti Kuah.

Gambar ini diambil dari balkoni tingkat 2
Hotel ini sedang di renovate. Jadi selalulah kedengaran bunyi bising construction. Apa-apa pun dengan kadar sewa yang agak rendah, worth untuk percutian anda ke Langkawi.


Saturday, August 8, 2009

Bunga-bunga Cinta

Hari Jumaat lalu, buat kesekian kalinya aku sampai lagi ke Putrajaya. Mungkin aku ni tak pernah ke Paris, Rome, Geneva, Botswana, Uganda dll, jadi pada pandangan aku Purtajaya ini cukup indah sekali panoramanya. Bangunan, landskap, fasiliti kat Putrajaya semuanya aku suka. Tapi kalau pindah kerja ke Putrajaya, aku tak suka.



Pemandangan tasik Putrajaya. Shot terbaik yang aku dapat.


Secara kebetulan kat Putrajaya hari tu ada Pesta Flora, bunga-bunga dari pelbagai spesies beserta dengan pelbagai landskap yang menarik dipamerkan. Ini adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.Itupun selepas puas berebut kamera dengan petaijunior.



Cantik kan.




Cantik kan, kan.


Cantik kan, kan, kan.


Cantik kan, kan, kan,kan




Cantik kan, kan, kan, kan, kan.

Aku bukanlah nak cerita pasal bunga sangat, tapi nak komen sikit pasal bunga-bunga cinta yang aku nampak kat Pesta Flora tu.


1. Bunga cinta sedang berputik - banyak pasangan yang sedang hangat bercinta mengunjungi pesta flora. Intim, akrab, prihatin, loving antara satu sama lain. Mungkin tengah mabuk bercinta sehinggakan tak dapat nak bezakan yang mana satu asli yang mana satu palsu.Yang mana satu mawar yang mana satu bunga tahi ayam. Tersenyum, tersengih sambil menyentuh daun ataupun bunga getah.


2. Bunga cinta sedang mekar - banyak yang mengunjungi pesta ini bersama ahli keluarga masing-masing.Si suami dan anak-anak mengikuti ke mana saja langkah isterinya yang seakan-akan hilang ingatan dirasuk jembalang bunga. "Cantiknya bang, cantiknya bang, cantiknya bang". Hanya itu ungkapan yang halus kedengaran. Di balas suaminya " ya cantik yang, ya cantik yang" sambil menuruti ke mana saja langkah isterinya. Maklum le bunga-bunga cinta sedang mekar.


3. Bunga cinta sedang layu - isteri dan suami bawak haluan masing-masing. Isteri tengok bunga mawar, suami tengok gambar Bunga Cinta Lestari. Masing-masing dengan agenda yang tersendiri. Maklumlah dah lama. Si isteri/suami aku tengok saiznya dah tak macam bunga mawar ataupun bunga melor lagi, tapi lebih ke arah saiz bunga Raflesia aja. Tak lagi semerbak cempaka tetapi sehangit bunga tahi ayam aja. Bunga cinta dah makin layu. Ini pemerhatian aku saja. Mungkin itu cara mereka.



Apa-apa pun inilah bunga cinta aku.Semoga terus harum subur di hati.

Wednesday, August 5, 2009

Lease your body,,, baby

Industri pengiklanan terutamanya di barat dah memasuki era baru.Di sebalik media-media pengiklanan yang konvensional (tv, radio dll) mereka di sana mula meneroka media-media pengiklanan yang baru dan moden. Persaingan iklan yang sengit dalam media-media utama mendorong pemasar mencari media-media baru bagi mendapatkan perhatian pengguna.

(gambar hiasan)
Salah satu media pengiklanan alternatif yang boleh digunakan ialah "body advertisement".Iklan dicetak di bahagian tubuh badan manusia menggunakan "temporary tatoo". Apabila individu tadi masuk dalam kumpulan manusia yang ramai iklan di badan tadi akan expose kepada targetted audiences.

(Gambar hiasan)
Biasanya individu yang terpilih untuk aktiviti pengiklanan badan mestilah mempunyai daya penarik yang tinggi. Terus terang aku katakan pompuan mempunyai potensi yang lebih besar dalam industri pengiklanan badan ini. Manusia samada lelaki ataupun perempuan lebih mudah memberi perhatian kepada pompuan.Bahagian tertentu dibadan pompuan samada diletakkan iklan atau pun tak ada iklan, memang akan di pandang orang. Tanpa iklan pun kekadang ada yang terbeliak bijik mata, inikan pula kalau ada iklan Minyak Cap Kapak, Serbuk Kunyit Adabi, biskut mentega Hong Guan, biskut kacang Hong Guan, biskut lemak Hong Guan, Kopi Janda, Cornetto, KFC dan MacD terlekat kat situ.

Mamat dua orang kat atas ini aku rasa kontrak mereka dah ditamatkan.Sebabnya daya penarik kurang.Apa kelas tenung tengkuk jantan .Kesampaian iklan yang rendah akan menyebabkan "cost per thousand" menjadi tinggi.
Ini bukab pengiklanan tangan...ini nak kena tangan

Dua gambar ini bukanlah pengiklanan badan. Ini menjahanamkan badan namanya.Tak ada nilai artistik pun.

HOW DO THEY DO IT

Bagi sesiapa yang familiar dengan Discovery Channel tentu pernah tengok siri ini. Satu siri yang memaparkan bagaimana teknologi mempengaruhi kehidupan manusia. Siri ini menunjukkan bagaimana sesuatu produk dicipta dan dikeluarkan seperti contact lens, tin coca-cola. Termasuklah juga bangunan pencakar langit seperti Burj, Empire State Buildings dan termasukklah juga operasi syarikat multinasional seperti IKEA, Airbus dll.

Begitu hebat orang putih dalam bidang inovasi produk, pembinaan dan perniagaan. Tapi kat negara kita :

HOW DARE THEY DO IT,,,,,


Berani sungguh membuang sampah merata tempat tanpa mengambil kira faktor kebersihan dan kesejahteraan orang lain.Syurga nyamuk aedes.


Rumah yang tidak berpenghuni, tidak dijaga dengan baik.Menjadi tempat pembiakkan nyamuk dan makhluk perosak seperti tikus, ular, anaconda dll. Bayangkan kalau korang jadi jiran rumah ni.


Tempat rekreasi orang awam pun dicemari dengan bahan buangan dan sampah sarap.

Kat belakang tu sebenarnya adalah tong sampah, tapi manusia ambik jalan mudah saja buang di depan tong sampah. Selepas beberapa ketika sampah-sampah itu dikerjakan oleh si monkey ni.
Agak-agaknya macam manalah nak mengubah mentaliti masyarakat kita supaya menghargai kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

Tuesday, August 4, 2009

Melati

Malam ni tak ada idea nak berblog. Cuma sebagai anak Perlis , malam ni aku nak ambik kesempatan untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Perlis. Lokasi ini adalah Tasik Melati, lebih kurang 15 km dari bandar Kangar.

Panorama tasik yang cukup mengasyikkan.

Ada laluan yang dibina yang membolehkan kita berjalan di atas permukaan tasik.

Antara aktiviti yang terdapat disini ialah kayuh bot, kayak dan memancing.


Masih lagi bersih dan kurang tercemar.Lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, kedai makan dan parking yang mencukupi. Laksa Perlis, ais kacang dan cendol adalah menu utama di sini.


Kalau mai Perlis jangan lupa Tasik Melati nooo.

Monday, August 3, 2009

House kesukaanku

Aku ni bukanlah jenis pelajar yang cemerlang.Dari sekolah rendah sampailah ke universiti result exam aku cukup-cukup makan aje. Kebanyakkannya atas pagar aje.Tapi yang lawaknya aku pernah bercita-cita nak jadi seorang doktor.Malahan aku pernah memohon untuk mengikuti kursus Pembantu Perubatan.Sayangnya ditolak.

Minat aku terhadap bidang perubatan mempengaruhi siri tv yang aku tonton. Aku cukup suka dengan siri tv ER, Greys Anatomy, Chicago Hope dan yang terbaru sekali ialah siri House.Semua ni adalah cerita berkaitan dengan bidang perubatan. Dulu aku pernah juga menonton siri perubatan tempatan Unit Kecemasan KL. Tapi skripnya terlalu lemah, kecemasan yang tak cemas, dan lebih banyak cerita cinta berbanding perubatan.


House ; Gambar Hiasan
Korang pernahkah tonton siri House.Rasanya hari Isnin 10.00 malam kat saluran 701.Doktor Gregory House adalah genius dalam mendiagnos jenis penyakit dan kaedah perubatan yang terbaik. Beliau dan teamnyaseperti Cuddy, Foreman,Cameron, Chase dan Taub bekerja di Princeton-Plainsboro Hospital. Di sebalik kebijaksanaannya beliau terkenal sebagai individu yang ego, mementingkan diri sendiri, tidak bertimbang rasa dan menagih ubat tahan sakit Vicodin. Banyaklah kes penyakit-penyakit ganjil seperti lupus, kanser, neoropati, penyakit genetik dll yang diselesaikannya.

Aku cuma memikirkan adakah kualiti perubatan kita menyamai atau hampir kepada apa yang ada di sana. Dekat sana aku tengok mentaliti doktornya sentiasa berfikiran penyakit yang dihadapi serius.Buat pemeriksaan menyeluruh. Tak ada mentaliti " tak apa sikit saja, ambil ubat dulu kalau tak baik datang balik ye".Siap bagi hand-out lagi kalau ada simpton macam ni baru pegi test H1N1 kat hospital.Antara simptomnya batuk/kahak berdarah, sesak nafas bibir jadi biru dll.Kalau dah ada simptom macam ni rasanya dah terlewat. Aku cuma risaukan H1N1 ni. Itu yang cerita pasal perubatan ni. Apa-apa pun korang cubalah tonton cerita ni. Banyak maklumat yang boleh diperolehi.

Beringat sebelum kena

Sudah takdirnya 4 orang pelajar politeknik PD disahkan positif H1N1. Para pelajar telah diberikan cuti seminggu, dan pendaftaran pelajar lama di tangguhkan ke 10.8.2009.





Semua staf mengambil inisiatif dengan memakai topeng pernafasan bagi membendung wabak ini.


Semua orang mengambil langkah pencegahan.


Mudah-mudahan selamat.


Aku disamping memakai topeng ada petua yang tersendiri. Air kelapa muda untuk meredakan panas badan.


Mudah-mudahan selamatlah kami semua. Amin.