Thursday, July 16, 2009

3. Malam seorang suami : Malam jumaat

Malam jumaat adalah malam paling aku tunggu-tunggu.Biasanya malam jumaat aku memang tak ke mana-mana. Maklum le dah confirm ada aktiviti malamnya. Biasanya aku dan petaiyah memang dah bersedia dari awal-awal lagi untuk menempuh setiap malam jumaat. Bagi memastikan line clear, aku paksa petaiyah masak lebih awal, makan awal, seterika baju awal.Aku nak pukul 9 malam saja, aku dan dia dah bersedia.

Petaujunior memang dah sedia maklum dengan pengisian malam jumaat mak dan abahnya.Bagi memastikan dia tak kacau daun langsung, pukul 6 petang lagi aku dah switch channel kartun 611.

9.15 malam aku terus bagi signal kepada petaiyah untuk masuk bilik. Lampu dipadamkan, air cond dipasangkan.Persekitarannya cukup selesa.9.30 malam sandiwara pun bermula.Petaijunior biasanya akan tutup mata dan telinga.Rasanya tak sanggup dia mendengar pelbagai bunyi yang dikeluarkan.

9.30 malam kami pun sama-sama menikmati siri tv yang paling diminati iaitu KELIWON. Aku cerita-cerita seram ni memang jarang miss, bermula dengan Susuk, Kekasih Ku seru, Puaka Niyang Rapik dan Keliwon semuanya aku ikuti. Paling best dari segi jalan cerita, sinematografi, continuity,kreadibiliti pelakon ialah siri Kekasih Ku Seru.Tetapi Keliwon pun tak kurang hebatnya. Cuma yang aku musykil sikit, tengok dalam cerita Keliwon orang kat kampung sampai tengah malam butapun tak tutup pintu dan tingkap.

Dah le tu , aku nak tengok Laut Hitam ni.

2 comments:

Unknown said...

La..semalam aku pun "TER" tengok cite tu kot..Yg ending dia TOK IMAN bagi laser (mcm ULTRAMEN TARO buat kat RAKSAKSA) kat Hantu Laut eh..Apa da...Mai buat mcm tu kat budak poli yg kena sakat boleh?

alladiin said...

wow..tiba2..hmmm..terus bacaan jadi slow...