Wednesday, July 29, 2009

Kembalinya ke rahmatullah

Hari ini 30.7.2009 lebih kurang pukul 4.25 pagi seorang kawan baik aku iaitu NORASMADI BIN NORDIN telah kembali ke rahmatullah selepas beberapa tahun mengidap penyakit kencing manis kronik. Allahyarham sebenarnya telah hampir dua bulan terpaksa di potong kaki kanannya akibat daripada kencing manis.Kedua-dua buah pinggangnya juga telah rosak dan memerlukan dialisis 3 kali seminggu. Jadi kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini aku menyeru kepada semua agar kita sama-sama dapat sedekahkan al-fatihah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang yang beriman. Al-Fatihah.

Kali terakhir aku jumpa allahyarham ialah pada cuti semester yang lepas, mungkin 3 dan 4 jun 2009.Waktu itu allahyarham baru saja keluar hospital selepas operation mengamputasi kaki kanannya. Dua kali aku bersama dengan petaiyah menziarahinya yang terlantar sakit di rumah ibunya bertempat di Kampung Batas Lintang, Perlis. Allahyarham nampak lebih ceria, lebih sihat walau pun kekadang agak sedih dengan apa yang berlaku.

Allahyarham ni berkawan dengan aku berbelas tahun. Kami sama-sama satu kelas dari darjah 1-6 kat Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.Kemudian sama-sama masuk tingkatan 1-3 Commerce kat Sekolah Menengah Syed Saffi Perlis. Tingkatan 4-5 kami sama-sama bertukar ke Sekolah Menengah Syed Alwi untuk memasuki aliran sains.Selepas itu kami pernah bekerja bersama-sama kat Pos Malaysia Kuala-Lumpur. Kemudian barulah kami membawa haluan masing-masing, tetapi masih juga sekali-sekala berjumpa.

Asmadi yang ku kenal adalah seorang rakan yang baik.Kalau di bawanya bekalan makanan (bapanya dulu bisness makanan) selalu dia kongsikan dengan kami. Tapi yang paling bagus sekali ialah kesediaannya berkongsi buku rujukan tambahan yang dimilikinya. Allahyarham membeli banyak buku rujukan tambahan, dan kami akan pinjam.Sama-sama buat latihan dan belajar. Allahyarham agak gempal badannya tetapi aktif dalam sukan. Cuma allahyarham selalu kecik hati dengan kami, sebabnya apabila nak bentuk pasukan bolasepak 7 atau 9 sebelah kami selalulah tak pilih beliau.Maklumlah ,dia gempal dan tak berapa kuat nak lawan dengan team lain. Maafkan kami Madi.

Atas faktor jarak aku tak berkesempatan menziarahi allahyarham, dan mengiringi perjalanan terakhirnya. Maafkan aku teman.Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu.Dan kepada keluarganya, terutamanya bekas isteri dan 3 cahayamatanya, semoga tabah menghadapi dugaan tuhan ini.

Al_Fatihah.

Saturday, July 25, 2009

Sure-up : Amboi bestnya

Kalau melihat kepada situasi 10 – 12 bulan yang lepas memang aku risau.Memanglah, benda yang selama ini mencanak saja naiknya, sentiasa up, asyik terangkat kat atas saja tetiba lesu, tak bermaya, lembap dan untuk jangkamasa yang panjang tak up-up. Kalau aku takat risau , petaiyah lagilah gelabah macam demam kura tak kebah-kebah. Maklumle selama ni dia banyak dapat nikmatnya daripada trend yang up tu.. Tapi aku pasti satu hari nanti sure-up.

Banyak juga cubaan di buat untuk merangsang supaya dia up. Akhirnya setelah dua kali disuntik penawar tambahan (dana), barulah dia mula menunjukkan kehebatannya yang asal Mula mencanak balik, ada peluang nak dapat hasil ni petaiyah ooi.

Aku ni cerita pasal ekonomi.Dulu down sekarang dah mula nampak tanda nak up balik. Contohnya mutual fund ni pun dah mula nampak tanda pemulihannya.

Duit-duit, di mana kau duit ………………
Jom melabur.

Untuk harga yang terkini boleh check kat web di bawah.
http://www.publicmutual.com.my/

Friday, July 24, 2009

Jangan pandang belakang

Pesan orang tua-tua kat kampung aku, ketika berjalan malam (senja ataupun tengah malam) kalau terdengar sesuatu mengekori kita jangan pandang belakang sebab dikhuatiri yang mengekori kita tu adalah Mariam (pontianak, langsuir dan yang sewaktu dengannya).Tapi aku musykil juga nak ikut petua ni, sebab aku bimbang bukan saja hantu yang boleh ikut, dibuatnya anjing gila yang ikut tak ka parah dibuatnya.

Mak aku pula berpesan kalau kita berjalan di belakang pompuan jangan pandang belakang pompuan tu.Pandang kiri atau pun kanan.Banyak benda yang boleh kita pandang, pokok bunga ke,lembu makan rumput ke, duit syiling jatuh dll. Berusahalah kita agar terhindar daripada melakukan dosa mata.Dosa mata ni boleh mengeraskan hati, belajar payah dapat.Jadi, jangan pandang belakang pompuan, kecuali pompuan tu adalah isteri awak. Biasanya kalau isteri dia yang pandang belakang kita. Kita kat depan le , maknanya.

Pesan aku pula, kalau lalu kat rumah aku jangan pandang belakang rumah. Kenapa ye...


Agak bersemak dengan pokok lalang.

Pokok pandan tahap mini belantara.

Apa-apa pun aku berazam, lepas PTK nanti belakang rumah aku akan dibersihkan sehingga cantik macam bahagian depan.

Thursday, July 23, 2009

Pencen idaman

Sepanjang 10 tahun aku bertugas di sini, aku dah menyaksikan beberapa orang teman sekerja yang dah berpencen. Suka, sedih, keliru, terharu merupakan paparan emosi yang aku dapat lihat disetiap wajah teman-teman yang berpencen. Tak boleh lari semua akan merasainya. Bak kata pengarah aku " pencen itu adalah benar".Insyaallah jika umur panjang setiap daripada kita akan merasai pencen.

Tentu sukar kita nak biasakan diri dengan alam pencen.Apa yang hendak dilakukan. Tak kan nak melopong saja. Aku tengok petaiyah, petaiyah tengok aku.

Bagaimanakah pencen yang aku idamkan :




Aku kalau dah pencen, aku akan pencen sepencen pencennya. Tak ada kerja sampingan,berniaga dll. Aku nak rehat betul-betul. Kalau rajin pun aku akan ke bendang saja, kerjakan sawah takat yang termampu. Tak ada lagi blog-blog. Mungkin aku nak tambahkan bacaan, dan yang pastinya bukan lagi aku nak baca Bercakap Dengan Jin. Tapi ada satu cita-cita aku lagi yang cuba nak capai lepas pencen,,,, jadi Ketua Kampung.


Melancong, memang ini keminatan aku. Jadi waktu pencen aku akan banyak diisi oleh aktiviti ini

Lepak kat kedai kopi tepi laut, tepi bendang dll sementara menunggu masuk waktu isyak.
Apa yang aku merepek ni. Lama lagi nak pencen. Dah.... dah.... aku nak sembahyang dulu.
(teman yang dah pencen En. Arshad, Pak Akob, Pak Cik John - apa khabar korang, semoga berbahgia dengan alam pencen)

Wednesday, July 22, 2009

Hutang baik (good debt)....hutang nakal (bad debt)

Zaman sekarang ni almost impossible kita hidup tanpa berhutang. Dah jadi lumrah alam, kita berhutang untuk menikmati hidup yang lebih selesa.Hutang beli rumah, hutang beli kereta, hutang belajar dan berbagai jenis hutang lagi. Yang lagi teruk ramai yang muflis disebabkan hutang kad kredit.

Hutang baik (good debt) adalah jenis hutang yang akan memberikan nilai tambah kepada si penghutang di kemudian hari. Nilai tambah mungkin dalam bentuk keuntungan, pertambahan nilai dan sebagainya.Contohnya kita berhutang untuk beli rumah, lepas 10 tahun nilai rumah akan meningkat.

Gambar hiasan : Hutang beli rumah banglo, kalau locationnya baik after few years nilainya akan meningkat.
Gambar Hiasan : Rumah ni aku minat dia punya design.Hutang pun aku sanggup.
Satu lagi contoh good debt ialah hutang PTPTN untuk belajar. Selepas 3-4 tahun dapat ijazah atau diploma. Dapat kerja yang baik dan ganjaran yang baik.
Hutang nakal (bad debt) adalah hutang untuk membeli sesuatu yang tidak diperlukan, kita tidak mampu sebenarnya untuk memiliki harta tersebut dan berlakunya susut nilai yang tinggi. Contohnya aku berhutang menggunakan kad kredit untuk membeli pakaian berjenama yang mahal.
Apa-apa pun jangan biarkan hidup anda dibelenggu hutang.
Jauhi ah long, jauhi ah long, jauhi ah long, dekati mak long, pak long dan kak long kalau nak minta tolong.

Tuesday, July 21, 2009

Duit oh duit

Aku ada masalah sikit dari segi pengurusan kewangan harian. Biasanya aku tidak akan menjelaskan bayaran bil utiliti bulanan seperti elektrik,air, api dan lain-lain tepat pada masanya. Apabila dapat surat amaran barulah akan aku jelaskan. Tapi untuk bil telefon dan bayaran kad kredit aku akan ikut masa yang ditetapkan sebab takut line interuption dan late charges. Bulan ni berat sikit kewangan sebab 2 bil yang tertunggak iaitu bil elektrik dan Indah Water perlu dijelaskan serentak. Bil-bil lain seperti cukai pintu, cukai tanah dan bil air pun confirm dah ada tunggakkan.

Bil Indah Water yang tertunggak. Siap dapat surat arahan bayaran daripada pihak peguam lagi.

Bil elektrik untuk tiga bulan yang tertunggak. Kalau tak settle, bergelap le kami sekeluarga.
Tips pengurusan kewangan yang berkesan.
1. simpan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah pendapatan.Makin banyak saving, maka makin banyak investment dapat dilakukan. Makin tinggi investment makin tinggi pulak pulangan yang diperolehi.
2. Do it yourself - cuci keta sendiri, bawa bekal ke tempat keja, baiki kerosakan lampu sendiri, renew road tax sendiri.Tak payah suruh orang lain, jimat le sikit.
3. Cari pendapatan sampingan - jual kain ke,kelas tuisyen,multi level marketing dll, asalkan tak ganggu waktu kerja.
Apa-apa pun, jangan jadi hamba duit.

Sunday, July 19, 2009

Genting oh Genting

Hari Ahad yang lepas, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Genting Highlands.Dekat tapi jauh, mungkin ungkapan yang paling tepat untuk mentafsirkan minat aku terhadap Genting Highlands.
Pengunjung punyalah ramai, hinggakan semua hotel penuh. Yang ada hanyalah beberapa orang ulat hotel yang menawarkan harga bilik pada kadar yang tidak munasabah, RM 180 - RM 250 untuk kategori bilik yang rate biasanya RM 120.Minta maaf, aku tak boleh terima situasi ni.

Keindahan Genting, aktiviti seperti taman tema, kasino dll tak payah le aku ceritakan. Semua orang dah tahu.
Gambar pemandangan
Batu Berayun
Skyway Station (tengah diselenggara)
Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama,harta.
Lim Goh Tong adalah pengasas Kumpulan Genting, meninggal dunia pada tahun 2007. Meninggalkan bersama-samanya harta bernilai RM421.60 bilion Ulang suara RM421.6 bilion.
Beliau adalah tauke hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik).Kasinonya dikunjungi lebin 14 juta orang setahun dan menghabiskan ratusan juta ringgit setahun berjudi. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Untungnya Goh Tong apabila beliau dianugerahkan hak membangunkan Genting pada tahun 1964.Lim berasal dari Fujian, China dan datang ke Malaysia ketika umurnya 19 dengan hanya berbekalkan RM175.
Aku bukannya kagum sangat pun dengan Kota Keriangan yang dibangunkannya.Rasa aku dah banyak penderitaan,air mata, cerita duka,hutang ah long yang diakibatkan oleh Kota Keriangan ini.
Cuma aku terfikir, bolehkan kita bangunkan Kota Keriangan yang berkonsepkan keislaman. Hotel Islam, hiburan Islam ( marhaban, berzanji, tilawah - mengantikan konsert, show, kasino dll),makanan halal (free alchohol hotel) dan lain-lain lagi.
Usahawan-usahan Islam tolong fikirkan, boleh.

Thursday, July 16, 2009

3. Malam seorang suami : Malam jumaat

Malam jumaat adalah malam paling aku tunggu-tunggu.Biasanya malam jumaat aku memang tak ke mana-mana. Maklum le dah confirm ada aktiviti malamnya. Biasanya aku dan petaiyah memang dah bersedia dari awal-awal lagi untuk menempuh setiap malam jumaat. Bagi memastikan line clear, aku paksa petaiyah masak lebih awal, makan awal, seterika baju awal.Aku nak pukul 9 malam saja, aku dan dia dah bersedia.

Petaujunior memang dah sedia maklum dengan pengisian malam jumaat mak dan abahnya.Bagi memastikan dia tak kacau daun langsung, pukul 6 petang lagi aku dah switch channel kartun 611.

9.15 malam aku terus bagi signal kepada petaiyah untuk masuk bilik. Lampu dipadamkan, air cond dipasangkan.Persekitarannya cukup selesa.9.30 malam sandiwara pun bermula.Petaijunior biasanya akan tutup mata dan telinga.Rasanya tak sanggup dia mendengar pelbagai bunyi yang dikeluarkan.

9.30 malam kami pun sama-sama menikmati siri tv yang paling diminati iaitu KELIWON. Aku cerita-cerita seram ni memang jarang miss, bermula dengan Susuk, Kekasih Ku seru, Puaka Niyang Rapik dan Keliwon semuanya aku ikuti. Paling best dari segi jalan cerita, sinematografi, continuity,kreadibiliti pelakon ialah siri Kekasih Ku Seru.Tetapi Keliwon pun tak kurang hebatnya. Cuma yang aku musykil sikit, tengok dalam cerita Keliwon orang kat kampung sampai tengah malam butapun tak tutup pintu dan tingkap.

Dah le tu , aku nak tengok Laut Hitam ni.

Aku dan malam........

Secara peribadi aku memang menyukai suasana malam. Sejuk, damai dan tenteram - mungkin 3 perkataan yang paling sesuai untuk mentafsirkan makna malam. Gambar-gambar dibawah jelas menunjukkan ketenangan malam.





Walau pun gambar-gambar ini kurang nilai artistiknya, tetapi kedamaian malam tak boleh dinafikan.


1. Malam seorang kanak-kanak
Sewaktu zaman kanak-kanak dulu, malam biasanya diisi dengan aktiviti mengaji Quran.Aku belajar mengaji dengan mak dan ayah aku saja. Tetapi mengaji dengan ibu bapa sendiri lambat habis.Banyak songel. Maklum le ibu bapa sendiri. Di musim-musim tertentu aktiviti malam aku ialah menahan taut.Taut adalah sejenis alat tradisional untuk menangkap ikan haruan.Asasnya taut adalah joran pendek yang dipasang umpan (anak ikan, katak, kelemboi dll) dan diletakkan ditempat yang strategik seperti di kubang, gelung air dll.Ikan haruan kalau dapat tangkap, cukup sedap kalau dimasak bantut.
2. Malam seorang remaja
Malam seorang pelajar IPT sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti.Studynya tak le banyak sangat tapi sibuk dengan aktiviti lain. Waktu aku belajar kat UUM dulu tempat lepak kami yang terdekat ialah Alor Setar.Biasanya aku dan best friends aku berkonvoi ke Alor Setar (konvoi - macam le ada motor besar). Tempat pertama yang akan kami tuju ialah gerai mee tongek. Pekena sorang sepinggan, barulah ada tenaga nak berjalan.
Depan bangunan mahkamah Alor Setar ada satu gerai yang menjual popia goreng dan popia bungkus. Sedap betul dia punya popia. Dalam pukul 10 malam kami akan lepak di stesen keretapi sambil melihat ............. (teka le sendiri).
3. Malam seorang suami
Sorry le,aku sibuk ni. Banyak aktiviti. Korang baca le blog lain pulak. Esok aku post tajuk baru.



Tuesday, July 14, 2009

Terkenang semasa dulu 2 : hitam berkilat

Walau pun gambarnya kabur, tetapi warna hitam pekat itu masih jelas kelihatan.Sesiapa yang tak nampak warna hitam pekat itu, maksudnya pendek umur le dia.




Nampak tak, yang nombor 2 dari kiri tu, hitam pekat tak.


Kanan sekali, hitam pekat juga.


2 dari kiri, pun hitam pekat juga.

Sekarang dah tak berapa hitam pekat.Dah jadi macam kopi susu, ada hitam ada putih.Yang aku maksudkan adalah rambut aku le. Dah beruban.Maklum le masa merubah segalanya, semakin matang.

Gambar ini diambil 11 tahun lepas. Gena, pkksabah, chemat, sanusi, dzulmusa, - dah jadi kopi susu ataupun masih lagi kopi O. Ataupun korang dah cover kopi susu tu dengan inai.





Monday, July 13, 2009

Bercakap Dengan Jin

Kebelakangan ini aku berpeluang meninjau blog-blog rakan bloggers yang lain secara aktif. Maklumlah, banyak masa terluang. Hasilnya dapatlah aku simpulkan bahawa gaya penulisan seseorang blogger banyak dipengaruhi oleh apakah bahan bacaan yang sering dibacanya.Betulkan andaian ini?.Melihat kepada gaya penulisan bidara biru dan villakesyukuran , aku rasa mereka ini adalah peminat novel.Lebih spesifik, novel cinta.Susunan ayat, pemilihan perkataan, gaya bahasa .. cukup indah dan mempersonakan.Kata orang utara, ralit membacanya.


Bidara biru, confirm peminat novel.Berpuluh-puluh koleksinya, kalau dihitung nilainya mungkin dah mencecah ribuan ringgit.


Novelis yang paling diminatinya ialah Norhayati Berahim.Sekadar menyebut beberapa tajuk : Murni Kasih, Setiap Jumaat,Andai Semalam Kumiliki,Kasih Yang Tercalar,Bunga Kasih,Tiada Batasan Sayang dll.Satu pun aku tak pernah baca, rasanya jalan cerita mungkin macam ni kot - jatuh cinta, ada halangan, dapat mengatasi halangan dan endingnya bahagia. Banyak yang mengupas tema percintaan ,pengorbanan, pengkhianatan cinta dll.Kalau ikutkan hati rasanya bidara biru boleh menghabiskan satu novel dalam satu hari tanpa mengabaikan tanggungjawabnya.Dahsyatkan.

Membandingkan blog mereka dengan blog aku umpama bandingkan rebung dengan buluh.Blog aku gaya penulisannya kaku,keras, tak ada nilai kesusasteraan, double meaning dan mengarut.Apa bahan yang aku baca.

1. Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis
Zaman belajar dulu-dulu inilah novel yang aku selalu dan suka baca secara berulang-ulang.Kisahnya berkisar kepada dunia misteri masyarakat melayu.Mengambarkan pengembaraan penulis dengan datuknya yang mahir dalam selok-belok perubatan Melayu.Maknanya kisahnya lebih kepada hantu polong, hantu raya, langsuir dan jin.

2. Joget Cinta Pertama/Kedua ........ Mat Romeo
Ini satu lagi novel yang aku suka baca.Mat Romeo ni sebenarnya adalah penulis dengan Gila-Gila.Kisahnya lebih kepada tembelang seorang kasanova untuk memikat gadis-gadis yang disukainya, bukan satu, dua tetapi lebih daripada itu.Banyak teknik menipu dan kelentongwanita dipaparkan.Aku baca saja, apply tak berani aku, bimbang disambalbiliskan oleh petaiyah.

3. Komik Anak-anak Wira,Alam Perwira dll karya Tony Wong
Ini satu lagi bahan bacaan yang aku suka.Cerita berkisar tentang alam keperwiraan pahlawan cina, dengan kuasa, pedang, boleh terbang, keluar api dari tangan dll.Sanggup berhabis duit biasiswa untuk beli komik ni. Buku teks payah pulak aku nak beli.

Rindu sungguh aku nak baca balik bahan-bahan ni terutamanya Siri Bercakap Dengan Jin tu. Sapa-sapa yang masih ada koleksinya, pinjamkan aku boleh?

Saturday, July 11, 2009

Ramainya ................ tetamu

Minggu lepas aku terlibat dengan Mesyuarat Penjajaran Semula Kurikulum Diploma Pemasaran di Kuala Terengganu. Tujuan utama penjajaran semula adalah untuk pastikan kurikulum yang akan digunakan untuk beberapa tahun akan up-to-date dan memenuhi keperluan industri.Jadi kita akan gubal kurikulum yang baru, yang lebih mantap dan berdaya saing.

Balik daripada mesyuarat hari tu, kat luar rumah aku tengok banyak kasut berselerak.Maknanya ramai le tetamu yang datang. Aku memang suka tetamu datang, sebab aku percaya tetamu datang membawa rezeki.

Bila di beri salam, suara yang jelas menjawab salam ialah suara petaijunior.Mana suara tetamu yang ramai ni.Kenapa tak jawab salam aku?


Patut le tak jawab salam, rupa-rupanya yang datang ramai-ramai tu adalah .............................................ultraman taro, tiga, dyna.Ultraman mebius siap tidur lagi.Dia orang ni mana tahu jawab salam.



Gurau aja.

Jam versus jem

Sabtu 11/7/2009 jam 6.00 petang.

Tak ada kerja cari kerja.Mungkin ungkapan ini sesuai dengan apa yang terjadi kat aku petang ni.Pukul 6 petang bersama-sama dengan petaiyah dan petaijunior, kami menuju ke Port Dickson untuk collect balik laptop yang siap dibaiki.Jalan jam teruk.Dari simpang Taman Intan Perdana ke bulatan berdekatan dengan Kolej Kejururawatan tu mengambil masa hampir 1 jam.Mengelegak hati aku, panas dan nak marah.Bukan marahkan jam, tapi marahkan pemandu Malaysia yang tidak beretika, memotong dari kiri. Apa nak jadi dengan mentaliti orang kita ni.

Kesesakan yang teruk, petaijunior siap tidur lagi dalam keta.

Rupa-rupanya inilah penyebab kesesakan jalan di Teluk Kemang.Acara PD triatlon/maraton.Betul ke sebutan aku ni.


Tengok mamat tu, maintain saja lariannya.Gaya macam nak menang saja.


Balik ke rumah malam tu aku redakan tension aku terhadap jam dengan jem strawberry.Kena dua keping roti disapu jem strawberry campur dengan mentega, sejuk le sikit hati perut.
Jem oh jem.


Ta

Wednesday, July 1, 2009

Terima kasih ultraman

Selain ketagih hotel, petaijunior juga suka main dengan duit syiling.Kadang-kadang disusunnya duit syiling tersebut.Bila ditanya buat apa, dia jawab " buat jalan dan buat kabel elektrik".Tak faham pulak aku kaitannya dengan kabel elektrik.Inilah yang dinamakan imaginasi kanak-kanak.Habis bersepah duit syiling aku. Tapi aku tak kisah sangat kerana bagi aku bermain adalah pekerjaan kanak-kanak.Penting untuk perkembangan minda,emosi dan sosial.


Duit syiling yang terselit di bawah karpet.

Duit syiling berterabur atas tikar buluh.

Kat dalam telinga pun kadang-kadang ada.
Balik Perlis hari tu aku dapat satu idea macam mana nak settlekan masaelah ini. Aku belikan dia tabung Ultraman.Aku cakap kat dia kalau kita masukkan syiling dalam tabung ultraman, dia akan membesar dan powernya bertambah. Ini bukan tipu tapi psikologi.
Tabung Ultraman berdiri gagah.
Sekarang masaelah ini dah settle.Tapi masalah baru pulak muncul .Semua duit syiling lenyap,macam lenyapnya semua raksaksa yang berlawan dengan ultraman.Sekarang ni syiling nak bayar tol,beli air kat watershop semuanya dah tak ada.Alahai ultraman.................