Tuesday, June 30, 2009

Ketagih..........hotel

Petaijunior masuk dalam kategori penagih, penagih hotel.Suka sungguh dia dengan hotel.Kadang-kadang tanpa apa-apa tujuan diajaknya aku lepak kat lobi hotel sekitar Port Dickson.Kalau boleh tidur kat hotel tu nampak ketara sangat gembiranya.Rasanya lebih gembira berbanding ketua kampung dapat bini baru.Yang tak gembira tentulah aku.Tidur kat hotel ni bukannya boleh modal air liur saja.
Menunaikan hajat petaijunior dan petaiyah, beberapa bulan yang lepas aku bawak depa pi bercuti di Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut Lumut Perak.On the way nak balik Perlis kami singgah bermalam disitu.

Gambar diambil dari menara tinjau.
Resort ni cukup menarik,landscaping yang cantik gabungan antara pergunungan,hutan, padang golf dan laut.Memang cantik dengan flora-flora yang pelbagai.

Boleh nampak panorama laut yang cukup mendamaikan,lautnya tenang.Patut le namanya ada perkataan damai.

Tempat favourite petaijunior ialah kolam renang,cantik juga.Gembira betul dia main air kat situ.Satu perkara yang kurang best dengan tempat ni ialah kedudukannya yang terpencil.Jalan masuk lebih kurang 12 km dari jalan utama dan terpaksa melalui hutan.Aku kalau stay kat hotel makan kat luar le., kedai biasa saja, murah sikit.Tapi kat resort ni jauh sangat nak keluar.Terpaksa order makan kat hotel.Apa-apa pun aku gembira melihatkan petaijunior gembira dan dapat melepaskan ketagihannya.

1 comment:

hidup bersama dakwah said...

subhanallah indah sekali pandangan di waktu sore atau pemandangan di malam hari itu sangat mengagumkan sekali.