"tak nak .........takut berdarah"
Setiap kali aku ajak inilah jugak jawapannya.Takut sungguh petaijunior dengan perkataan bersunat.Takut sakit dan takut berdarah.Sebenarnya, dulu-dulu pun aku pun takut dengan perkataan “masuk jawi”.Takut tahap gaban punya.
Sekarang ni bersunat/berkhatan dah macam picit jerawat saja.Teknik-teknik moden membolehkan upacara bersunat tak rasa sakit, kurang berdarah dan sembuh cepat.Budak-budak pun bersunat pada usia yang lebih muda.
Zaman aku dulu-dulu sunat guna kaedah primitif punya.Tanpa bius dan di potong mentah-mentah saja.Orang tua-tua cakap tak boleh guna ubat bius, nanti hilang power benda tu.Tukang sunat dikenali sebagai tok mudim.Tok mudim ni penampilannya sama seperti apa yang ditunjukkan dalam drama melayu, garang dengan misai yang melentik.Tok Mudim yang sunatkan aku namanya Tok Mudim Baharom, famous kat Perlis dan Kedah.
Aku bersunat pada hari sabtu minggu pertama bulan Disember 1983, ketika berumur 12 tahun.Menurut Pak Njang aku, zaman dia dulu, depa bersunat ketika umur 18-20 tahun.Siap diarak sebelum dimandikan di sungai.Lepas baik bersunat dah boleh kahwin.Cuba bayangkan, benda alah tu dah le makin besar, lengkap pula dengan aksesori.Luka dah tentu besar, lambat nak sembuh.Malu lain cerita le.
Kat Perlis upacara masuk jawi diraikan secara besar-besaran.Siap kenduri besar-besaran, ada marhaban, hadharah dll.Tetamu yang datang akan hulurkan duit kepada kanak-kanak yang masuk jawi sebagai insentif.Tapi kat N.Sembilan dan Melaka upacara macam ni tak dilakukan.
Hari aku disunatkan kenduri besar dilakukan.Semua orang makan sampai kenyang ayam masak merah, daging kurma, pajeri nenas, gulai ikan masin dll.Aku sorang saja yang telan tak masuk.
Kronologi hari aku disunatkan
6.00 pagi – dah bangun tidur.Dua tiga hari sebelum tu pun aku susah nak lelapkan mata.
7.00 pagi – sarapan pagi, pulut kukus makan dengan ikan masin dan kelapa parut.Orang kampong dah mula berkumpul.
8.30 pagi – Tok Wan aku dan sediakan sirih jampi penguat semangat untuk dimakan.Siap dengan air mandi sintok lagi.Dia pesan lebih kurang macam ni ” be brave my boy, you are going to be a man”.
10.30 pagi – lauk pauk dan siap masak.Depa pakat suruh aku makan dulu.Sebenarnya lauk ayam aku rasa macam makan batang ubi aja, kurma daging rasa macam kasut selipar saja.Takut.
11.00 pagi – Tok Mudim Baharom sampai. Mak ooi garangnya muka, siap dengan misai A.Galak.Pembantu dia pun sama saja.
11.30 pagi – upacara bermula.Aku didudukkan di atas batang pisang.Tok Mudim mengeluarkan berbagai jenis peralatannya.Antaranya penyepit dan pelbagai jenis pisau.Air jampi peneguh semangat diberikan untuk aku minum.Rasanya macam aku minum cuka saja.Takut beb.Sanak saudara pegang tangan dan kaki aku.Mak dan ayah aku pi duduk jauh-jauh.Takut aku menangis.Mudim ajak aku bersembang bla...bla...bla...Tiba-tiba sepantas kilat dipotongnya belalai aku.Aduh sakit, tapi aku maintain saja tak menangis pun.Lepas tu diletakkan ubat luka (iodin) dan dibalut dengan kertas.
12.00 tgh – upacara selesai, setiap tetamu yang melihat aku akan menghulurkan duit.Buka tengok, bagi duit .Banyak le juga dapat.
2 minggu lepas tu baru baik sepenuhnya.Lama sebab tak ada antibiotik, antiseptik dan sebagainya.Harap basuh dengan air rebus daun teh saja.Apa pun aku dah boleh berbangga dan menyakat budak-budak yang belum bersunat lagi.
Harap petaijunior pun akan tabah menghadapi upacara masuk jawinya nanti.
Walaupun kehadiran kau sekejap sahaja, tapi pemergian kau kami tangisi...
-
Curo
Masih terngiang2 lagi bagaimana bunyi suara kau menjerit2 meminta
pertolongan kerana terperangkap di lubang longkang yang dalam airnya.
Setiap saat k...
8 years ago
2 comments:
wow bro...18-20 tahun baru nak sunat... giler tu.. boleh pengsan tok mudim klu aksesori tak diurus dgn betul.. muahaha...
kri..teringat setiap kali waktu rehat kat rumah bujang kito,mesti ko tukaq pakai kain pelikat.lepok nengok TV kecik Mat Shah..
Post a Comment