Friday, June 12, 2009

Indahnya .............bulan

Gambar ini diambil menggunakan handphone murah aku pada 3.6.2009 jam 9 malam bertempat di kampung aku,Bongor Kudong.Indah tak?


Apa pun penggilannya, samada bulan mengambang, bulan penuh,purnama mengambang dan sebagainya keindahannya tetap terserlah.Indah sungguh ciptaan tuhan yang maha kuasa.

Dalam hidup ini ada bulan yang aku suka, dan ada bulan yang aku kurang/tak suka.

Bulan yang aku suka :

1.Hujung BULAN - setiap 23,24 ataupun 25 haribulan setiap bulan aku akan menerima imbuhan atas titik peluh aku mendidik anak bangsa. Walaupun tak sebanyak mana, alhamdullilah cukup untuk menyara aku sekeluarga.Biar sedikit yang penting halal dan berkat.

2. tentang BULAN - aku pun tak berapa pasti sangat jalan cerita filem ini.Yang aku suka Tentang Bulan adalah kerana sebahagian besar pengambarannya dilakukan di Perlis.Panorama, budaya, cara hidup masyarakat Perlis ditonjolkan.Itu aku suka, jalan cerita aku tak tau sebab tak pernah pun menonton keseluruhan filem tersebut.

3. BULAN Cinta Lestari - minah indon ini pun masuk kategori bulan yang aku suka. Bila petaijunior asyik menyanyikan lagu minah ni "aku dibius cinta, cintamu yang tak la,la,la,la".Betul ke tu lagu bulan.

4.BULAN Cinta - waktu kat universiti dulu, aku ni masuk dalam group ganjil sikit.Orang lain minat penyanyi orang putih, rock, metal dan sebagainya aku pula minat dangdut.Lagu ni dinyanyikan oleh satu group pompuan, nama apa aku dah tak ingat, Feminin ka Candy ka tak tau la.Antara liriknya " bulan itu bulan cinta, bulan itu bulan kita"

Bulan yang aku tak suka :

1. awal BULAN - biasanya gaji diperolehi dihujung bulan sebelumnya akan tinggal serdak di awal bulan selepasnya. Pandai-pandai le budget untuk sampai ke hujung bulan berikutnya.

2. Kuih bulan - kuih tradisi masyarakat Cina,andunannya terdiri daripada telur, tepung dll.Dari dulu-dulu lagi, kuih ni memang tak ngam dengan tekak aku.

3. Datang bulan - ni satu lagi hal yang berkaitan dengan bulan yang aku tak suka.Sudahlah kena puasa, pada waktu ini lelaki biasanya berubah karekter menjadi punching bag bagi kaum hawa.......Disebabkan oleh faktor semulajadi kaum hawa selalunya berubah perwatakkan pada waktu ini. Sabor lee...

1 comment:

alladiin said...

wah..syoklah lu kupas hal2 ttg bulan.. anyway, wa suka bulan disember sebab byk coti..