Wednesday, June 17, 2009

Mancing semut

Balik ke Bongor Kudong bulan lepas aku teringin sangat nak mancing.Terimbas kenangan lama, zaman kanak-kanak dulu mancing atas batas sawah .Untuk pengetahuan semua kat Perlis banyak teknik digunakan untuk tangkap ikan air tawar ni. Selain mancing kita boleh serkap, jala, gagau, seluk, taut,mengelau dll.Setiap teknik yang berbeza digunakan pada masa yang berbeza, tempat yang berbeza dan ikan yang dapat pun berbeza.Nanti kalau ada masa aku cita teknik-teknik tersebut.


Tapi teknik yang paling efektif untuk dapat ikan dan selalu aku apply ialah ………… beli kat nat (pasar sehari) .Senangkan.


Persepsi aku tehadap aktiviti memancing banyak berbeza daripada kaki pancing yang lain.Aku jenis yang kurang sabor.Maksima 15 minit, kalau ikan tak makan umpan, aku blah, balik makan ikan kat rumah.Bukan pemacing tegar.Aku tak sanggup bersengkang mata,mengantuk, meredah sungai,laut, masuk hutan,jumpa pacat,lintah, anaconda, semata-mata nak mancing.


Mentaliti macam ni mana layak nak join aktiviti memancing skala besar.Skala kecik macam semut boleh le. Mancing kat laut dalam, kat empangan, kat sungai pahang dan yang sewaktu dengannya tak sesuai.Kawan-kawan tak pernah pelawa pun.


Kat kampong aku ni, mention sekali lagi nama kampong aku…..Bongor Kudong (uniknya nama) kami mancing guna joran buluh ataupun plastic.Dapat pun ikan puyu saja.


Tengok le maksu aku steady saja mancing, dapat banyak ni.




Inilah bentuk ikan puyu, bagi sesiapa yang tak pernah tengok .



Hari tu nasib aku baik sungguh, dapat ikan puyu tahap dinosor.Mak oi besarnya.


Lebih besar daripada petaijunior/lip lap/abang rock/otroman.


Ikan puyu masak lemak cili api campur dengan belimbing buluh, regunya ikan talang masin goreng, sambal belacan dan tentu pelengkapnya ialah petaimuda.Confirm mak mentua lalu pun tak nampak.Oops ... mak mentua aku ada masalah kesihatan.Mana boleh lalu depan.Moga mak sabar menempuh ujian yang maha esa.
Dalam hidup ini pun kita saling melengkapi .Matahari melengkapi siang,bulan melengkapi malam.Isteri melengkapi kekurangan suaminya, suami pula melengkapi kekurangan isteri.Anak-anak melengkapi kebahagian keluarga.Akrab.Sebagaimana petaimuda melengkapi kekurangan rasa ikan puyu masok lemak.


No comments: