Salah satu resort yang terdapat kat sini.Masih lagi dalam proses pembinaan untuk menjadi resort air.
Aku sampai lebih kurang dalam pukul 12.00 tengahari.Pengunjung pun ramai le jugak.Rasa-rasanya orang KL kot.First sekali aku ke gerai menjual ikan-ikan segar. Niat di hati nak cari ikan segar,sotong,udang dll kat situ.Mak ooi, terkejut gorila aku dengan harga ikan kat sini.Walaupun dekat sangat dengan laut, harga ikan cukup mahal.Tak tau sebab apa. Ikan Kembong boleh cecah RM12 sekilo.Gila betul.
Lepas tu perut pun memberikan isyarat untuk diisi.Kami pun tapau kat satu kedai makan yang ada disitu.Aku ambik kari ayam dan ikan goreng.Bertenggek kat atas batu untuk makan.Makan waktu lapar tentulah sedap.
Lepas makan kami pun berehat kat tepi pantai.Ramai orang main layang-layang.Tiba-tiba petaijunior bersuara "adik sorang saja yang tak ada kite".Ah tersentuh juga perasaan aku.Memandangkan aku pernah berjanji kat dia nak beli kite, so hari tu aku tunaikan.Layang-layang ULTRAMAN RM7 harganya.
Layang-layang ULTRAMAN.Cantik tak.Mula payah juga aku nak suruh ultraman ni terbang.Terbang jatuh,terbang kejap jatuh.Tak balance.Selepas dibaiki akhirnya ultraman Tiga ni dapat terbang.
Betul tak aku cakap,ultraman memang boleh terbang.Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri.Gambar ini menjadi buktinya kepada suku sakat yang sangsi atas kehebatan makhluk jepun ni.
Lepas main lebih kurang 30 minit, kami bertolak balik.Panas tak tahan aku.Sebelum ke PD sempat lagi pusing ke Sepang F1 tengok race Japan GT.
Sampai kat rumah terus aku kena sakit kepala sampai ke malam.
1 comment:
wa dah 3 kali mancing kat kelong situ bro... tangkapan paling hebat, siakap 8.5 kg. Lain kali klu gi sana, btahu wa, wa akan beli kite rasaksa plak, baru ada fight..
Post a Comment