Lampu Merah
Lampu merah dalam kehidupan manusia ni ada banyak maknanya.Di sini aku cuba untuk relatekan lampu merah dengan setiap karekter manusia.
Pengguna jalanraya
Lampu merah maksudnya berhenti.Jangan pandai-pandai nak terus jalan.Kalau terus juga maknanya anak lu dapat title yatim, bini lu dapat title janda, bini lu punya kawan/ketua kampong/tok imam/tok siak/pengarah/tukang kebun/penjual pasembor/penjual cendol/posmen/askar pencen dll mungkin akan dapat title bini tua.
Bini anda
Lampu merah maknanya ….. ehem, stop “bang jangan hampir, nanti kena libas”.Tempoh masa ni, sekali sebulan. 2 kepala hotak menjadi tidak stabil mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.Kepala laki menjadi berat, kepala bini sedikit kacau bilau.Lepas tempohnya dua-dua akan stabil balik.
Bloggers
Bagi seorang penulis blog, lampu merah maknanya dia berhenti sekejap daripada meng-updatekan blognya. Mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara. Mungkin sebabnya tak ada internet network, malas, sibuk buat benda lain seperti mancing, menjala ikan, warnakan rambut, basuh kereta, cari kutu,sental daki kat badan anak, buat-buat sibuk kat tempat kenduri dll.Ataupun sebabnya ialah “ bloggers tahi ayam katik baka seberang”.Sekejap saja hangatnya.
Petaijunior pun malas nak update blog, asyik mancing aja.Dapatnya tak.Petaimuda lagi le malas.
Malas nak update blog sebab asyik nak tengok orang menjala ikan.
No comments:
Post a Comment