Tuesday, January 26, 2010

Sangsinya aku dengan Nurkasih

Korang ikuti tak siri Nurkasih.Alah...... kisah cinta sorang pompuan kat tok laki dia yang banyak masalah tu.Mula2 tok laki dia tak suka kat dia.Lepas kahwin paksa terus ditinggalkan. mudian tok laki dia kawin lain, kemudian......., kemudian.........bla, bla....... jatuh sungai...... bla, bla ...... bini org putih mati......bla,bla.......adik ipar kena kaca......bla,bla........hotel kena bom..... bla, bla.........abang dia nak rembat bini dia.......bla,bla..... last sekali jumpa balik dan bahagia.

Aku sangsi sungguh dgn Nurkasih ni.Bagi aku karekter Nurkasih ni terlalu perfect, terlalu ideal. Persoalannya sekarang ni wujud lagi ka pompuan dgn karekter macam ni.Ada lagi ka pompuan yang ditinggalkan sejurus lepas kahwin, tetiba nak kan balik jantan tu.Tak logik.Logik ka tak?

Selain daripada kisah Laila dan Majnun, Shah Jehan dengan Muntaz, korang pernah tak dengar kisah cinta yang sejati. Lagi hebat dari kisah Nurkasih ni.Aku ada cerita kisah cinta yang hebat.Beginilah alkisahnya :

Kisah cinta Rahim dan Zabedah.Zabedah ni adalah sepupu aku.Berkahwin atas pilihan orang tua, tak ada cinta-cinta.Dapat anak pompuan sorang. Mudian Zabedah mengandung lagi.Kali ini twin.

Sakit hendak melahirkan anak. Dihantar ke hospital pada pukul 2 pagi.Sesalnya aku hingga kini sebab aku tak jengah pun waktu dia dihantar ke hospital. sebabnya sayang nak tinggalkan match Argentina Vs ....... espana 1986.Bodoh betul aku ni.Esok pagi selepas melahirkan anak Zabedah kembali ke rahmatullah.Amirul Amir dan Amirul Idham bersama kakaknya menjadi yatim.

Rahim menangisi pemergian isterinya. Berbelas kali pengsan sehingga jenazah dikebumikan.Waktu dimandikan dia pengsan, waktu kafan pengsan, pengsan dan pengsan.Suasana paling hiba yang aku pernah lalui.

Ingatkan kesedihan Rahim hanya bersifat sementara. Mungkin lepas ini awek baru yang akan diusung. Sangkaan meleset. Rahim setia kpd isterinya, menduda selama 20 tahun sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 47 tahun. Seorang lelaki menduda 20 tahun. Aku tak dpt bayangkan. Sesetengah lelaki jangan kata 20 tahun, tak dapat 2 minggu pun boleh hilang sifat warasnya, kalau 20 tahun boleh hilang sifat manusianya.

Inilah kisah cinta sejati, lebih hebat dari Nurkasih, Cinta Balkis, Ugly Betty dan Yo Soy Betty La Fea.

Gambar kat bawah ni tak ada kaitan langsung dengan tajuk post kali ni. Sorry yea, emotional sikit.Al-fatihah untuk Kak Dah aku.


Konsert petaijunior.Promote anak sendiri kot2 ada yang berkenan buat menantu.

Gembiranya dia.

















3 comments:

alladiin said...

wei...org lelaki mana layan drama kat tv...adoihai..

Petai Muda said...

ok apa drama, kalu mula ikut mau melekat dpn tv

Bidarabiru said...

tu pasal lah dalam cerita tu banyak blah...blah...sebabnya bukannya tengok pun drama....tengok sikit2 je.....