Seluruh hidup aku, aku memang tak suka dengan presentation.Dulu-dulu waktu zaman kat universiti aku sanggup lakukan apa2 saja asalkan tak kena present. Walau pun skil menaip aku ala-ala patuk ayam, aku sanggup jadi jurutaip assignment asalkan tak kena present. Kalau kena keluar duit lebih pun tak apa asalkan tak kena present.Bawa motor kapcai ke hulu ke hilir cari bahan pun aku sanggup asalkan tak kena present. Begitulah fobianya aku dengan presentation.Takutnya mengalahkan rasa takut nak kawin bini kedua pulak.
Akibatnya sampai hari ni masih lagi takut presentation.Kalau kena present tu, gelabah semacam aja. Gelabah macam bebudak dok tunggu tuk mudim nak bersunat. Seram sejuk, copot jantungku.Tahun-tahun awal aku mengajar dulu aku mengajar sambil duduk atas meja kat belakang kelas.Student pernah tanya kenapa aku buat macam tu, aku jawab balik " saya punya stail memang macam ni". Terkedu beruk budak-budak tu.
Sekarang ni aku antara pengajar yang aktif dengan sesi presentation. Mesti student meluat. Projek ada present, iklan ada present, CB pun kena present.Kenapa aku buat semua ni?Aku tak nak student aku jadi macam aku, pasif. Marketers mesti berani present, baru senang cari makan. Bak kata orang putih " you may have a brilliant ideas, but if you cannot get them across, your brain won't take you anywhere".
Tips untuk hilangkan gelabah waktu present ;
1. Untuk minit2 pertama, tenung kedalam mata audience. Ini akan bentuk keyakinan diri.
2. rehearsal dulu, practice make perfect.
3. Anggap semua audience tu tak tahu apa-apa,awak sorang saja yang tahu.
4. Banyak berdoa supaya allah tenangkan kita.
Gambar-gambar kat bawah ni tak ada kaitan langsung dengan tajuk post hari ni. Saja aja nak tunjuk gambar percutian kat bandung, kot-kot korang teringin nak pi.Semua gambar kat Tangkuban Perahu, gunung berapi mati.
Walaupun kehadiran kau sekejap sahaja, tapi pemergian kau kami tangisi...
-
Curo
Masih terngiang2 lagi bagaimana bunyi suara kau menjerit2 meminta
pertolongan kerana terperangkap di lubang longkang yang dalam airnya.
Setiap saat k...
8 years ago
No comments:
Post a Comment