Perkara kedua yang famous kat sini ialah makanan.Banyak yang aku jumpa, nasi timbel, ayam penyek, nasi liwet, kupat, garume, bakso, teh botol, pisang keju dll. tapi banyak yang aku tak cuba pun.Korang bacalah blog orang lain yang cerita hal-hal dishes ni.
Aku lebih tertarik dengan gaya hidup dan mentaliti orang bandung.
Sepanjang aku di sini, jarang sangat aku ketemu dengan pengemis.Kurang sangat orang meminta-minta simpati dari orang lain.Tapi mereka bekerja keras, berusaha mencari nafkah yang halal.Banyak pekerjaan dilakukan.
Paling banyak usahanya adalah jualan, penjaja.Bersepah penjaja cuba menarik perhatian kita terhadap barang jualan.Depan restoran, tepi jalan, depan hotel, traffic light penuh dengan orang berjual. Dari cenderahati, makanan, pakaian dll diperjualkan.
Ini kat Tangkuban Perahu. Dari mula sampai hingga masa nak balik tak putus-putus diapproach, dipujuk untuk membeli barangan mereka. " Bapak, jangan lupa ye bapak, Ini Kardi, beli ya pak buat kenangan, harga murah pak, pecah telur:". Dialog ni aku dah boleh hafal. Rimas pun ada.Tak jemu-jemu, tak putus asa memujuk kita.
(pecah telur : pembuka rezeki untuk hari tersebut)
Waktu kami kat Rumah Mode (factory outlet), secara kebetulan hujan lebat.Anak-nak bandung berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan pinjaman payung.Basah kuyup dan kesejukkan, berusaha mendapat sesuap nasi .
Respect betul aku dengan kerja keras diorang ni. Moga kita pun ada semangat dan mentaliti sebegini.
Pemuzik jalanan pun ramai, bermain gitar kapak, menyanyi dan mengharapkan ada insan yang menghargainya.
Permisi dulu, kapan berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment