Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal limau sangat, tapi nak cerita tentang tahun baru.Tak kira le sambutan tahun baru masihi ke, tahun baru cina ke ataupun tahun hijrah ke - umur dah bertambah setahun lagi. 4 @ 5 tahun lagi kalau politeknik buat larian hari politeknik, confirm aku boleh masuk kategori vateran. Umur ni sebenarnya ada 3 kategori ;1. Umur sebenar - ikut tahun dilahirkan.kalau beranak tahun 1970 maknanya sekarang ni dah berumur 40 tahun.
2. Umur biologi - ikut keadaan kesihatan kita, kalau ada pelbagai jenis penyakit spt darah tinggi, demam kura, siflis, kurap, songkla dll maknanya umur biologi kita dah tua le. Kalau umur 70 tahun tapi masih lagi ganteng, cergas, bini 2 atau 3 orang pun tak komplen, no problem,tak payah minum Superpower, kopi jaga, kacip fatimah dll maksudnya masih muda le umur biologinya.
3. umur psikologi - umur yang ada dalam pemikiran kita, kadang-kadang disalahtafsirkan sebagai tak sedar diri.
Apa pendapat korang tentang umur ni. Apa-apa pun " selamat harijadi petaimuda".Aku ucapkan untuk diri sendiri, pra birthday, lambat lagi sebenarnya.Bukan apa saja nak create environment, bagi petaiyah fikir awal sikit hadiah apa nak bagi nanti.


No comments:
Post a Comment