Monday, February 22, 2010

biasanya aku............, kat sini aku ................

Rumah tepi sawah


Proses penyediaan tapak

sawah padi, saujana mata memandang


Kalau jadi seperti yang dirancang, insyaallah kat sinilah aku dan petaiyah bersama-sama dengan petaijunior akan bermastautin.Kami akan bina sebuah pondok kat sini, cukup untuk melindungi kami sekeluarga dari hujan dan panas.Kat sini, Kg Tebuk namanya, aku berharap kami dapat hidup dengan selesa dan bahagia.
Kadang2 sangsi jugak, bolehkan aku sesuaikan diri dengan kehidupan kat sini, dgn budaya dan cara hidup orang2 di sini.


Biasanya aku
kalau pergi kenduri, sekejap saja. Betul2 timing datang waktu makan saja, lepas makan, bersalam dgn tuan rumah terus balik. Jarang sangat nak tolong2.Kat sini aku tak boleh buat macam tu. Kalau buat macam tu alamat nak kena pulau le.Kena tolong,gotong royong masak dll.Kenduri pulak punyalah banyak, kenduri kahwin, tahlil, doa selamat pegi haji, pegi umrah,masuk universiti, pegi latihan polis, pegi latihan jadi nurse, ikm, plkn dll.Kenduri tak kira hari dan tak kira musim. boleh ke aku ikut ni?


Biasanya aku
kalau ziarah orang sakit pun pegi sekejap saja, selalunya kat hospital saja. Kadang2 tu tak tahu pun ada kawan2 atau jiran2 yang sakit.Kat sini aku memang kena selalu ziarah org sakit. Ziarah-menziarah ni dah jadi budaya kat sini.Jangan kata sakit teruk macam kena diabetis ke, siplis ke hatta sakit yang ringan pun seperti terseliuh, semut masuk telinga, demam, cirit birit dll orang ramai datang ziarah. Ini budaya yang unik. Orang sakit pun gembira saja bila diziarah, sembuh cepat.


Biasanya aku
kalau balik kerja terus masuk rumah. mandi, sembahyang dan main game. Oops mana ada main PS, berehat aja.Kat sini aku kalau balik kerja mesti kena bersihkan rumah dulu. Maklumle dekat dengan bendang, mesti banyak daun-daun kering, debu dll ditiup angin ke rumah kita.


Biasanya aku
kalau weekend mesti jalan2 cari makan.Kat sini aku tak boleh buat macam tu. Banyak aktiviti kg waktu weekend ni.Projek anak angkat le, kg bestari le, desa wawasan le, cabut kutu le macam2 aktiviti. Tapi tak pa sebab aku memang aim nak aktif dalam bidang kemasyarakatan ni, harap2 satu hari nanti aku boleh jadi ketua kg.Yea,yea......

2 comments:

Unknown said...

hang tak boh "Biasanya aku kalau balik kerja terus masuk rumah. mandi, sembahyang dan main game...+ tuqak pakai kain pelikat.."Kan ke tu habit hang waktu dok rumah bujang ari tu.


InsyaAllah kalau hang berubah "Kat sini"sure sok lusa hang boleh bertanding kerusi YB.

Petai Muda said...

la ni aku kat rumah pakai track suit, kain pelikat simpan sembahyang aja.

Jadi YB aku tak minat la mat, dari dulu lagi kan aku kata minat nak jadi pengerusi JKKK.