Monday, March 15, 2010

Balik kampung le.....

Esok, kami nak balik kg kat perlis. Drive 600km, 8 jam baru nak sampai.Bukan setakat pinggang ataupun kaki, usus besar, kornea, hempedu anak tekak dan prostat pun lenguh jugak.Punya le lama.Tapi yang magiknya, bila nampak saja signboard " selamat datang ke perlis" semua organ2 tadi kembali bersemangat. Usus besar, usus kecil, kornea, gegendang telinga semuanya bersemangat.

Sepanjang perjalanan macam2 dilakukan untuk hilangkan boring.

1. menyanyi - segala jenis lagu dari Fantasia Bulan Madu, Memori Daun Pisang,Goyang Dombret,Secangkir Madu Merah, Maduku Madumu Juga, Madu Tiga dll dilagukan.kadang2 lagu negaraku pun jadi sumber hiburan.

2. tengok kereta - komen2 biasa " hu yoo, powernya, cantik, abah nak satu dll" bila terserempak dengan keta2 idaman hati.Biasanya akan dapat respon positif dati petaijunior dan respon malar dari petaiyah.

3. bersembang - macam2 topik daripada topik makanan kegemaran, rumah idaman, kisah dulu-dulu, masuk jawi, kucing kesayangan kena langgar, beruk selak kain bini ketua kg dll akan dibualkan. tapi aktiviti ini ada limitnya, ada time kena stop. Bila?

1 - bila disoal tak ada jawapan
2. - ada jawapan, tapi bentuk jawapannya aneh sikit, sukar diterjemahkan - " krooh, kroooh, krooooh, krooooooooooooooh"

Contoh perbualan ;

Petaimuda : kita nak makan kat mana ha?
******** : krooohhhhh
Petaimuda : cakap le betul2, tronoh mana R@R. nak makan kat mana ni?
******** : kroooooooooooooooooooh
Petaimuda : kan orang dah cakap, tronooooooonoh tak ada R@R. Laaaa dan tidur ke.

Thursday, March 11, 2010

Kalau dah bukan rezekinya kita.......

Kalau dah bukan rezekinya kita, makanan yang dah nak disuapkan ke dalam mulut pun boleh terpelanting jatuh ke dalam longkang, di hanyut ayaq longkang terus masuk ke mulut katak, tetiba pula katak tu dingap buaya .Rezeki buayalah namanya.

Kalau mungkin bukan rezekinya kita, dah cukup umur genap berbelas tahun kerja pun tak dapat2 lagi.Nak kena buat nu nak kena buat ni. Isi borang, buat research, present dll pun tak tentu nak boleh dapat.Apa boleh buat, kuasa tuhan yang menentukan.Yang penting.... buat kerja kita.

Kalau dah bukan rezekinya aku, pokok timun yang subur menghijau, tunggu masa nak bunting dan berbuah saja pun boleh mati.Frust betul, ingat buah timun tu nanti boleh buat asam pedas, kari,acar dll.Tapi umur dia pendek.


Petani yang tak berapa muda, memerhatikan dengan penuh kaciwa, pokok timunnya layu terkulai ke bumi.

Petani muda ni pun nampak kaciwa juga, macam le dia yang tanam.

Macam hangus terbakar saja.


The culprit. Kumbang mini nilah yang makan pokok timun aku, sikit demi sedikit hingga mati. Mula2 tu memang aku marah, sempat la 2 - 3 ekor aku tenyeh sampai mati. Tapi lepas tu pikir balik, kalau depa tak makan pokok timun yang aku tanam depa nak makan pokok timun mana. Jiran aku tak ada tanam. Kumbang2 tu pun bukannya boleh berkebun sendiri.Haa... kumbang2 semua jemput makan, makan sampai kenyang, tambah2, kalau tak cukup pi melahap pokok nyiur pandan pulak.Sila,,,,sila dan rezeki hang.

Thursday, March 4, 2010

masters education

Minggu lepas aku bercuti ke Johor, langsung sekali ke singapura.Dah nak cecah umur 40 tahun, baru berkesempatan menjejak kaki ke singapura.Tapi tak ada apa nak cerita pasal singapura ni, bagi aku biasa saja.Aku nak kongsi pengalaman aku buat master education.

Inilah tempoh pengajian yang paling membosankan dalam hidup aku.Satu tahun setengah tu rasanya macam 10 tahun aja.Maklum le terpaksa.Cuba kau bayangkan kau tak sukakan jeniper lopez tapi kena paksa kawin dengan dia.Tak ke tersiksa jiwa ,batin, rohani dan raga.

Mengaji lebih banyak menghafal dari memahami.Asal lulus sudah le. Weekend adalah masa paling membosankan. Teman serumah asyik balik kg aja. Penang dengan apai asyik pi KL aja, mata air tunggu.Mat pen asyik balik JB aja, che mat balik kg pandan.Tinggal la aku sorang2. Awek pun tak ada waktu tu, tak laku laku, tak laku laku............ Bosan tahap gaban, rasa macam nak pecah buah pinggang.

So weekend banyak la aku merayau sorang2, segala jenis parit aku redah.Nak pi jauh-jauh pun tak boleh, tak ada lesen.Asyik2 pi batu pahat makan nasi beriyani mat shah, paling jauh pun pi kluang .Terseksa sungguh masa tu.Lepas habis memang lega sangat.

On the way balik sempat singgah kat Muar makan asam pedas dan naik bot menyusuri sungai muar.

Monday, February 22, 2010

biasanya aku............, kat sini aku ................

Rumah tepi sawah


Proses penyediaan tapak

sawah padi, saujana mata memandang


Kalau jadi seperti yang dirancang, insyaallah kat sinilah aku dan petaiyah bersama-sama dengan petaijunior akan bermastautin.Kami akan bina sebuah pondok kat sini, cukup untuk melindungi kami sekeluarga dari hujan dan panas.Kat sini, Kg Tebuk namanya, aku berharap kami dapat hidup dengan selesa dan bahagia.
Kadang2 sangsi jugak, bolehkan aku sesuaikan diri dengan kehidupan kat sini, dgn budaya dan cara hidup orang2 di sini.


Biasanya aku
kalau pergi kenduri, sekejap saja. Betul2 timing datang waktu makan saja, lepas makan, bersalam dgn tuan rumah terus balik. Jarang sangat nak tolong2.Kat sini aku tak boleh buat macam tu. Kalau buat macam tu alamat nak kena pulau le.Kena tolong,gotong royong masak dll.Kenduri pulak punyalah banyak, kenduri kahwin, tahlil, doa selamat pegi haji, pegi umrah,masuk universiti, pegi latihan polis, pegi latihan jadi nurse, ikm, plkn dll.Kenduri tak kira hari dan tak kira musim. boleh ke aku ikut ni?


Biasanya aku
kalau ziarah orang sakit pun pegi sekejap saja, selalunya kat hospital saja. Kadang2 tu tak tahu pun ada kawan2 atau jiran2 yang sakit.Kat sini aku memang kena selalu ziarah org sakit. Ziarah-menziarah ni dah jadi budaya kat sini.Jangan kata sakit teruk macam kena diabetis ke, siplis ke hatta sakit yang ringan pun seperti terseliuh, semut masuk telinga, demam, cirit birit dll orang ramai datang ziarah. Ini budaya yang unik. Orang sakit pun gembira saja bila diziarah, sembuh cepat.


Biasanya aku
kalau balik kerja terus masuk rumah. mandi, sembahyang dan main game. Oops mana ada main PS, berehat aja.Kat sini aku kalau balik kerja mesti kena bersihkan rumah dulu. Maklumle dekat dengan bendang, mesti banyak daun-daun kering, debu dll ditiup angin ke rumah kita.


Biasanya aku
kalau weekend mesti jalan2 cari makan.Kat sini aku tak boleh buat macam tu. Banyak aktiviti kg waktu weekend ni.Projek anak angkat le, kg bestari le, desa wawasan le, cabut kutu le macam2 aktiviti. Tapi tak pa sebab aku memang aim nak aktif dalam bidang kemasyarakatan ni, harap2 satu hari nanti aku boleh jadi ketua kg.Yea,yea......

Friday, February 19, 2010

aku bukanlah superman, spiderman pun bukan

Pernah tak korang dengar lagu satu band indonesia, budak-budak saja yang performe, tajuk lagu dia "aku bukanlah superman".

Antara liriknya " aku bukanlah superman, aku juga bisa menangis................."

Akupun bukan superman, aku pun pernah menangis. Bila?

1. waktu kematian sanak saudara yang terdekat.

2. waktu sanak saudara sakit kuat..... biasa le kan, semua orang macam tu. Tapi situasi yang ketiga ni aneh sikit.Malu jugak nak cerita.Bukan menangis dalam ertikata yang sebenar, tapi tanpa disedari mengalir air mata sedih.

3. waktu first time nonton kabhi kushi kabhi gham. Sedih sungguh aku bila rahul di halau dari rumah sebab kawin dengan anjali.Ingat sungguh aku dialog dia punya bapa " hari ini kau telah buktikan kau bukan darah daging aku"

Babak kedua yang aku sedih bila rahul jumpa balik dengan mak bapa dia kat supermarket tu.Tanpa disedari mengalir air mata, tapi aku cover cepat2 takut petaiyah nampak. Buruk betul.

Korang pernah ke nangis waktu nonton.

superman
superman

spiderman

Wednesday, February 10, 2010

Mak dan ayahku

Ini ayah aku. Nama dia Mohamad Ros bin Ahmad.Sepanjang yang aku ingat, ayah aku hanya bekerja dan bekerja dan bekerja - mencari nafkah untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.Dari kerjakan bendang, tangkap ikan, kerja-kerja kg - semua dilakukan untuk dapat rezeki.

Dulu-dulu, pagi-pagi lagi ayah aku akan hantar aku dan adik kesekolah menggunakan basikal tua (gerek -istilah kat kg aku). Kemudian baru ke bendang. Tengahari jemput kami kat sekolah, petang ke sawah lagi. Begitulah rutin hariannya.

Ayah aku pendiam orangnya. Jadi komunikasi antara aku dengan dia dari dulu hingga kini cukup terbatas, ringkas,pendek - keep it short and simple.Seumur hidup hanya sekali dia pukul aku, itupun dengan pukulan yang cukup berhemah, tak sakit pun tapi aku kenang seumur hidup.

Dialog biasa antara aku dgn ayahku :

" ayah! makan"

" ayah! mak pi mana"

" ayah! balik nanti tolong beli udang sat"

" ayah! tak mau pi ka"

"ayah! pinjam motor sat"

Memang tak reti sungguh aku nak bersembang dengan dia. apa-apa pun aku berazam untuk ubah keadaan ini. Kenapa? Sebab aku tak nak hubungan aku dengan petaijunior jadi macam tu jugak.


Ini mak aku, Halimah ataupun Che Mah panggilan orang kg. Dengan mak aku lain pulak suasananya. Rapat, boleh bergurau dan bersembang .Aku pun tak tau macam mana boleh jadi macam ni. Mak aku pun jarang-jarang sangat pukul kami adik beradik.


Apa2 pun, terima kasih mak dan ayah kerana lahirkan, besarkan dan mendidik aku selama ini.

Thursday, February 4, 2010

Limau tahun baru Cina

Minggu lepas biras aku dtg ke rumah, bawa sekotak limau. Manis sungguh. Maklumle limau free, tu yang manis sangat. Semenjak 2 menjak ni payah sungguh nak cari limau yang manis. Payahnya mengalahkah payah nak cari calon isteri yang tak akan tanya " you kerja apa, drive keta apa, rumah kat area mana" waktu kita approach nak ajak dia kawin.Tu le susahnya nak cari limau manis.Kadang2 nampak limau tu cantik, segar tapi bila dimakan masam.Manusia pun macam tu jugak, nampak baik, sopan, lemah lembut tapi bila dah kawin buli suami. Jangan marah, gurau aja.

Limau kasta atasan ni, tu yang manih tu.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal limau sangat, tapi nak cerita tentang tahun baru.Tak kira le sambutan tahun baru masihi ke, tahun baru cina ke ataupun tahun hijrah ke - umur dah bertambah setahun lagi. 4 @ 5 tahun lagi kalau politeknik buat larian hari politeknik, confirm aku boleh masuk kategori vateran. Umur ni sebenarnya ada 3 kategori ;

1. Umur sebenar - ikut tahun dilahirkan.kalau beranak tahun 1970 maknanya sekarang ni dah berumur 40 tahun.

2. Umur biologi - ikut keadaan kesihatan kita, kalau ada pelbagai jenis penyakit spt darah tinggi, demam kura, siflis, kurap, songkla dll maknanya umur biologi kita dah tua le. Kalau umur 70 tahun tapi masih lagi ganteng, cergas, bini 2 atau 3 orang pun tak komplen, no problem,tak payah minum Superpower, kopi jaga, kacip fatimah dll maksudnya masih muda le umur biologinya.

3. umur psikologi - umur yang ada dalam pemikiran kita, kadang-kadang disalahtafsirkan sebagai tak sedar diri.


Apa pendapat korang tentang umur ni. Apa-apa pun " selamat harijadi petaimuda".Aku ucapkan untuk diri sendiri, pra birthday, lambat lagi sebenarnya.Bukan apa saja nak create environment, bagi petaiyah fikir awal sikit hadiah apa nak bagi nanti.