Monday, March 15, 2010

Balik kampung le.....

Esok, kami nak balik kg kat perlis. Drive 600km, 8 jam baru nak sampai.Bukan setakat pinggang ataupun kaki, usus besar, kornea, hempedu anak tekak dan prostat pun lenguh jugak.Punya le lama.Tapi yang magiknya, bila nampak saja signboard " selamat datang ke perlis" semua organ2 tadi kembali bersemangat. Usus besar, usus kecil, kornea, gegendang telinga semuanya bersemangat.

Sepanjang perjalanan macam2 dilakukan untuk hilangkan boring.

1. menyanyi - segala jenis lagu dari Fantasia Bulan Madu, Memori Daun Pisang,Goyang Dombret,Secangkir Madu Merah, Maduku Madumu Juga, Madu Tiga dll dilagukan.kadang2 lagu negaraku pun jadi sumber hiburan.

2. tengok kereta - komen2 biasa " hu yoo, powernya, cantik, abah nak satu dll" bila terserempak dengan keta2 idaman hati.Biasanya akan dapat respon positif dati petaijunior dan respon malar dari petaiyah.

3. bersembang - macam2 topik daripada topik makanan kegemaran, rumah idaman, kisah dulu-dulu, masuk jawi, kucing kesayangan kena langgar, beruk selak kain bini ketua kg dll akan dibualkan. tapi aktiviti ini ada limitnya, ada time kena stop. Bila?

1 - bila disoal tak ada jawapan
2. - ada jawapan, tapi bentuk jawapannya aneh sikit, sukar diterjemahkan - " krooh, kroooh, krooooh, krooooooooooooooh"

Contoh perbualan ;

Petaimuda : kita nak makan kat mana ha?
******** : krooohhhhh
Petaimuda : cakap le betul2, tronoh mana R@R. nak makan kat mana ni?
******** : kroooooooooooooooooooh
Petaimuda : kan orang dah cakap, tronooooooonoh tak ada R@R. Laaaa dan tidur ke.

7 comments:

Bidarabiru said...

sapa ********** tu?

Unknown said...

oit..kata nak gi Kuala kangsar jadik ke? Aku la ni kat KL menghidup udara karbon dioksida..

fa_syah said...

lawak sungguh entry kali ni.. krooh krooh

Petai Muda said...

jadi la mat, contact le aku

sekotlen said...

cuba hang brekkk mengukuk...sahih melompat. tak jaga jugak...angkat tinggai tepi hiway

Bidarabiru said...

wei sekotlen...awat yang hang dengki kat orang tido hah....suami mithali mana ada buat laku tu....

Bidarabiru said...

wei sekotlen...awat yang hang dengki kat orang tido hah....suami mithali mana ada buat laku tu....