Sunday, January 24, 2010

reward yourself

Rasanya semua orang pernah bagi hadiah kat diri sendiri.Pelik? Mana ada pelik. Bagi aku lagi pelik kalau anak dara umur 20 tahun terhegeh-hegeh nak kawin dengan datuk yang sebaya umur bapanya.Amat pelik walau jawapan standard bagi isu ini ialah " cinta tidak mengenal usia".



Dulu masa belajar kat universiti aku selalu bagi rewards kat diri sendiri.Hadiahnya mungkin dalam bentuk pakaian baru,kasut baru, seluar dalam baru malah makanan pun dijadikan hadiah.Dulu aku memang bengap sikit dengan subjek Metamatik Pengurusan.Jadi untuk memotivasikan diri untuk belajar lebih rajin, aku berazam utk bagi hadiah kat diri sendiri. Contohnya Kuiz dapat 70 ke atas boleh pi makan KFC, ujian dapat 70 boleh beli seluar dalam baru. Barulah ada motivasi.Akibatnya satu semester aku tak leh makan KFC dan tukar seluar dalam sebab kuiz dan ujian asyik fail memanjang. Semester kedua waktu mengulang subjek ni aku tak perlukan lagi hadiah untuk motivasi. Sebabnya aku dapat lecturer yang baik sangat dan lawa sangat.



Sekarang ni budaya bagi hadiah kat diri sendiri ni berterusan disamping hadiah dari petaiyah.Bukan apa, nak bagi bermotivasi sikit. Kalau outstation, aku akan buat kerja sungguh2 supaya siap cepat. Siap-siap balik sebabnya, rewards sedang menunggu kat rumah.



Hujung tahun lepas aku bertungkus lumus menyiapkan satu projek. Jadi apabila siap aku hadiahkan satu hadiah kepada diri aku sendiri. Apa hadiahnya?



Awana Kijal Beach Golf Resorts.


Lepak kat lobi macam orang kaya saja. Datuk petaimuda dengan tan sri petai junior.

Petaiyah pun tumpang sekaki melahap aku punya hadiah. Free le kan.Sapa tak nak.

Cantik betul, rasa macam nak berkampung kat sini.

Kyusuk betul menikmati keindahan Laut China Selatan. Macam le kat PD tak ada laut.



Teringin juga nak main golf sekali-sekala. Asyik main pool aje pun penat jugak. Nanti le.

3 comments:

fa_syah said...

he he patutlah jumpa dato' & datin KP kat kemaman

Petai Muda said...

ini cerita bulan 12 tahun lalu, before christmas

s.c.h.u.l.t said...

hola! budaya yang menarik. macam kasi motivasi suruh kuruslah. lepas tu dah kurus makan macam kingkong.

result? Gemuk Kembali T___T