”Esoklah aku ceritakan hal si katik tu, aku nak balik ni, dah lapaq nasik” balas Saerah.
"Lapaq apa pulak, tadi kan hang dah melantak sakan" balas Norain.
Selaju motorbot Saerah terus mencapai beg sekolahnya dan terus berjalan keluar dari bilik kelas.Sambil-sambil itu sempat lagi Saerah menyiku kepala Rosdi Katik.Macam nak tercabut usus besar Norain, menahan gelak apabila melihat Rosdi Katik tersungkur, meleleh keluar hingus hijau akibat dihentak Saerah. Biar padan muka kau bisik hati Saerah.
”Tak guna punya betina tongg, betina tong” jerit Rosdi Katik.
” Hei Rosdi, kalau 3 kali lagi kau kena sekeh macam tu, alamatnya makin rendang le jadinya, yang kat dalam tu pulak makin kontotlah” perli Norain.
Saerah terus berjalan laju keluar dari pintu sekolah, melintas jalan Putra dan seterusnya menyeberangi sungai untuk ke halaman rumah Haji Mat Pas.Di situ basikalnya disimpan.Basikal Saerah boleh dikategorikan sebagai basikal dogol, yang ada hanya rangka basikal beserta roda sahaja. Lebih syahdu lagi keseluruhan basikal itu dari badan, rim, tayar, brek dan sebagainya telah dicat dengan warna hijau oleh Tamrin, adik bongsu Saerah. Kempen menghijaukan bumi katanya setelah terpengaruh dengan lagu Zainal Abidin, Hijau. Macam basikal Incredible Hulk saja.Mana layak untuk di bawa masuk ke kawasan sekolah.
” Sempat lagi ka ni, jangan-jangan dia dah balik dulu” rungut Saerah.
Apabila sampai diperkarangan rumah Haji Mat Pas dilihatnya semua orang telah pulang, yang tinggal hanya basikalnya saja.Saerah terus mencapai sabut kelapa lantas membersihkan tahi ayam yang melekat di basikalnya. Itu rutin hariannya. Sepanjang peninggalannya basikal itu menjadi rumah tumpangan kepada ayam-ayam peliharaan Haji Mat Pas. Saerah mengayuh basikalnya perlahan-lahan menyusuri jalan ban kampung Bendang Emas untuk sampai ke kampungnya iaitu kampung Bongor Kudong.
Perjalanan sejauh 3 kilometer itu sememangnya sungguh mengasyikkan. Melihat sawah padi saujana mata memandang, cukup mendamaikan. Menenangkan sanubari Saerah yang terganggu oleh kutukan Rosdi Katik dan tahi ayam katik yang terlekat di basikalnya tadi.
Di penghujung jalan ban Bendang Emas itu ada satu kawasan paya terbiar, ditumbuhi telipok dan teratai liar.Cukup mengasyikkan pemandangan disitu. Tetiba Saerah bagaikan terasa dia berada di alam lain. Bukannya di alam bunian tetapi di alam khayalan.
Apakah yang Saerah khayalkan.Tunggu.............. ( macam le bagus)
No comments:
Post a Comment