Sunday, December 6, 2009

Cerblog : Episod 1 : Misi Saerah Tongg

Inilah pembaharuan yang aku nak lakukan dalam berblog iaitu cerblog, singkatan kepada "cerpen dalam blog". Kalau ada sambutan boleh teruskan, kalau tak akan ditamatkan. Entry kali ni kira macam pilot test.

Cerblog ni adalah rekaan semata-mata, sebarang persamaan dengan nama, tempat, institusi dan sebagainya adalah kebetulan sahaja.

Episod 1 : Misi Saerah Tongg

Suasana dalam kelas 5 Sains 1 Sekolah Menengah Syed Saffi itu agak bising dengan jerit pekik, gurau senda para pelajarnya. Semuanya bagaikan berpesta meraikan buat kesekian kalinya kegagalan Cikgu Mahmud masuk ke kelas. Entah apa pulak alasannya kali ini. Minggu lepas alasannya temankan isterinya Cikgu Zabedah buat pregnancy test, sedangkan sudah jelas lagi bersuluh Cikgu Zabedah telah pun memasuki fasa expired. Tengok kedut di muka pun orang boleh agak.

Itu tak adalah kelakar sangat. Bulan lepas semasa menjelaskan kegagalannya menghadiri perkhemahan tahunan Pengakap, Cikgu Mahmud beri alasan dia terpaksa gantikan tempat rakan baikknya main muzik di kelab malam Purnama Merindu di bandar Kangar. Ala-ala cerita Cikgu Ramli dalam filem Masam-masam Manis. Boleh percaya ke.Confirm tipu punya sebab kat bandar Kangar mana ada kelab malam.Kupu-kupu malam lagi le tak ada.

Antara pelajar-pelajar tersebut hanya Saerah saja yang agak murung dan berdiam diri.Duduk menongkat dagu sambil merenung ke sawah padi yang seluas mata memandang, Saerah bagaikan berduka dengan ketidakhadiran Cikgu Mahmud.Seronok sangat ke, minat sangat ke dia dengan kelas Bahasa Melayu Cikgu Mahmud tu. Buang tebiat agaknya si Saerah ni.

"Awat hang ni Saerah, macam ibu beruk baru lepas gugur saja" tegur Norain, rakan baiknya.

Norain satu-satunya rakan yang memahami dan menyayangi Saerah. Saerah tahu dan mengakui hakikat tersebut. Kalau ada para pelajar lain yang cuba membuli, mengejek atau mempermainkan Saerah mereka perlu berdepan dengan Norain. Dialah pahlawan, dialah perwira dan dialah hulubalang Saerah. Dengan saiz badan menghampiri saiz Hulkhogan, Norain memang mampu dan berupaya melindungi Saerah. Jangan kata Rosdi Katik, Usin Lempoyang, Ismet Ulam Raja malah Cikgu Mahmud pun gerun dengan aura yang ada pada Norain.

"Aku cemuih betui dengan Rosdi Katik tu. Meluat aku, nanti aku nak sekeh, nak bagi clothline, dan tombstone kat kepala dia " balas Saerah.

Kalau tak paham, clothline dan tombstone adalah 2 pukulan yang sering digunakan oleh ahli gusti The Undertaker. Saerah memang minat sangat dengan rancangan gusti RAW dan Wrestlemania. Pernah sekali akibat terlalu teruja dengan perlawanan gusti antara Undertaker dengan Randy Orton, Saerah tanpa sedar telah menghadiahkan clothline ke kepala bapanya sendiri. Pitam Tok Seman terkena pukulan tersebut. Akibatnya seminggu Saerah tumpang tidur di rumah Norain sebab takutkan pembalasan bapanya.


Keadan kelas yang macam ni hanya wujud masa cuti panjang sekolah.Meja Saerah sebelah kiri menghadap tingkap, jadi dia dapat lihat pemandangan sawah padi Kg Bunga Emas Timur dan Sungai Padang.Yang depan meja Cikgu Mahmud tu tempat Rosdi Katik.


Kenapa Saerah cukup meluat dengan Rosdi Katik.Siapa Rosdi Katik, apa kaitannya dengan Saerah Tongg.Tunggu episod 2.

1 comment:

Bidarabiru said...

Rosli Katik tu.....rendang ye....tu sebab Saerah cemuih...agaknyalah....bila nak wat episod 2 ni.....