Wednesday, December 30, 2009

Minis Revolution

Definis mudah untuk mini ialah kecik, sesuatu yang bersaiz lebih kecik daripada kebiasaannya. Sekarang ni orang ramai suka benda-benda mini saiz. Mungkin untuk memudahkan penggunaan dan sebagainya.Pakaian , hand phone, makanan, kereta dll semuanya ditawarkan dalam mini size untuk memenuhi trends ini. Ini aiskrim mini.


Komputer mini


Ayam mini, ayam katik.

Namun, begitu beberapa perkara yang kita tak suka mini :

1. Suami/isteri - bagi manusia yang bersaiz normal, amat jarang sangat untuk beristerikan ataupun bersuamikan pasangan yang bersaiz mini. Kita akan cari pasangan yang bersaiz lebih kurang sama dengan kita.
2. Rumah - tak ada sapa-sapa pun yang inginkan rumah bersaiz mini, muat-muat untuk sorang saja. Semua nak rumah besar walaupun tinggal sorang-sorang kat situ.
3. Pangkat - tak ada sapa nak pangkat atau gred kecik, semua nak yang besar. Yang 41 asyik dok tanya bila nak dapat 44, 48, 52 dll.Kerja kecik tak pa, tapi gred kena besar.

Wednesday, December 23, 2009

Anak itik tok wie servis motor honda

Sempena dengan cuti awal muharam minggu lepas, ada 2 perkara yang aku lakukan. Sebenarnya bukan dua, berpuluh perkara dilakukan. Ada perkara wajib, sunat muakat, sunat dan makruh dilakukan.

Perkara pertama : free holidays
Kak ipar aku mai bercuti dari kuala lumpur. Menyewa 2 hari kat pd marina world.Aku, petaiyah dan petaijunior pun ambik kesempatan bercuti sama kat hotel tu.


Kat hotel tu punya le ramai orang. Full. Tempat yang paling jadi tumpuan pastinya swimming pool. Macam anak itik tok wie mandi dalam kolam.

Resort yang tak popular macam ni pun penuh, resort yang popular tentulah lagi sesak.

Perkara kedua : servis motor honda
Motor ni dah mencapai usia 8 tahun. Hanya 2 tahun pertama saja dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Lepas tu asyik kena lanyak saja.
So cuti hari tu aku bawa dia pegi saloon motor untuk refurbish balik.Tayar tak pernah tukar dari beli hinggalah sekarang.Botak dan retak seribu.So kedua-dua tayar ditukar, tiub pun tukar, lining brake depan belakang tukar, seat cover tukar, bateri yang dah kong pun tukar, servis minyak hitam NASA lagi, minyakkan rantai dan lagi dan lagi dan lagi. RM 160++ terbang.Tapi tak apa, untuk safety dan keselesaan jugak.

Tengok tayar branded depan belakang, baru mencengkam.

Seat cover yang baru, yang lama punya dah rabak, siap tampal dengan tape lagi. Klasik betul.

Kembali mantap beb,,,,,

Walau pun tak terjaga dengan baik tapi prestasinya mantap.Asal ada minyak saja boleh jalan.Next refurbish session 2015.

Monday, December 14, 2009

Tahniah Malaysia, syabas Laos

Malam ini skuad bolasepak Malaysia berjaya menewaskan tuan rumah Laos 3-1 untuk mara ke perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea. Tahniah Malaysia, dengan permainan yang mantap, berdisiplin mungkin kita akan berjaya menewaskan Vietnam dalam perlawanan akhir nanti.

Walau bagaimanapun syabas diucapkan kepada pemain, pegawai dan penyokong pasukan Laos atas disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.

Para pemainnya bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi, tidak baran dan tak ada niat nak mencederakan pemain lawan. Permainan bersih " fairplay" ditunjukkan sepanjang 90 minit permainan.

Para pegawai pasukan termasuk jurulatih begitu profesional, menerima setiap keputusan pengadil walaupun kekadang keputusan tersebut tidak menyebelahi mereka.

Paling sporting adalah para penyokong pasukan Laos. Laos adalah sebuah negara yang mundur dan miskin. Jarang ada kejayaan dalam bidang sukan. Jadi kemenangan di sini amat penting untuk "nation building". Aku sangka mereka akan beremosi disebabkan oleh faktor patriotisme. Kalau kalah boleh ada rusuhan ni.

Tetapi sepanjang perlawanan tadi mereka begitu berdisiplin dan tertib. Berbeza sungguh dengan penyokong tempatan kita. Jangan kata nak bakar kerusi stadium, bakar puntung rokok pun tak berapa nampak.Mercun, botol air dan lain-lain objek tak nampak satu pun dilontarkan ke tepi padang. Bersih. Tak nampak muka-muka penyokong yang marah, desperate nak cetuskan kekacauan. Yang nampak adalah muka-muka yang gembira and enjoy the game.

Mereka hanya berterusan menyokong walau pun pasukan kesayangan mereka kalah. Tak seperti penyokong tempatan (Malaysia Cup 2009 Final), apabila ketinggalan saja mulalah mengotorkan stadium dan menjahanamkan harta awam.

Sungguh bertamadun orang Laos ni. Civilised betul. Malu aku dengan perangai suku sakat kita di sini.

Ahli sukan yang kat bawah ni, tak tahulah nak masuk kategori orang Malaysia ataupun orang Laos. Yang realitinya dia ni orang Malaysia, perangai pun mirip-mirip penyokong bolasepak tempatan saja.Main tak boleh kalah, kena smash merajuk, tak boleh pukul bulu tangkis boleh naik angin.Apa jenis sportsman le.....

Misbun junior

Rashid junior


Smash misbun junior, bergegar bumi, tapi bulu tangkis tak kena pun.


Bekalan penambah tenaga badminton player : air bio Aura dan putu mayam.

Monday, December 7, 2009

Episod 2 : Misi Saerah Tongg

Kring, kring,kring loceng berbunyi, menandakan tamatnya persekolahan untuk hari ini. Tanpa menghiraukan Norain yang masih tercegat disisi mejanya, Saerah terus berkemas untuk pulang.
”Esoklah aku ceritakan hal si katik tu, aku nak balik ni, dah lapaq nasik” balas Saerah.

"Lapaq apa pulak, tadi kan hang dah melantak sakan" balas Norain.

Selaju motorbot Saerah terus mencapai beg sekolahnya dan terus berjalan keluar dari bilik kelas.Sambil-sambil itu sempat lagi Saerah menyiku kepala Rosdi Katik.Macam nak tercabut usus besar Norain, menahan gelak apabila melihat Rosdi Katik tersungkur, meleleh keluar hingus hijau akibat dihentak Saerah. Biar padan muka kau bisik hati Saerah.

”Tak guna punya betina tongg, betina tong” jerit Rosdi Katik.

” Hei Rosdi, kalau 3 kali lagi kau kena sekeh macam tu, alamatnya makin rendang le jadinya, yang kat dalam tu pulak makin kontotlah” perli Norain.

Saerah terus berjalan laju keluar dari pintu sekolah, melintas jalan Putra dan seterusnya menyeberangi sungai untuk ke halaman rumah Haji Mat Pas.Di situ basikalnya disimpan.Basikal Saerah boleh dikategorikan sebagai basikal dogol, yang ada hanya rangka basikal beserta roda sahaja. Lebih syahdu lagi keseluruhan basikal itu dari badan, rim, tayar, brek dan sebagainya telah dicat dengan warna hijau oleh Tamrin, adik bongsu Saerah. Kempen menghijaukan bumi katanya setelah terpengaruh dengan lagu Zainal Abidin, Hijau. Macam basikal Incredible Hulk saja.Mana layak untuk di bawa masuk ke kawasan sekolah.

” Sempat lagi ka ni, jangan-jangan dia dah balik dulu” rungut Saerah.

Apabila sampai diperkarangan rumah Haji Mat Pas dilihatnya semua orang telah pulang, yang tinggal hanya basikalnya saja.Saerah terus mencapai sabut kelapa lantas membersihkan tahi ayam yang melekat di basikalnya. Itu rutin hariannya. Sepanjang peninggalannya basikal itu menjadi rumah tumpangan kepada ayam-ayam peliharaan Haji Mat Pas. Saerah mengayuh basikalnya perlahan-lahan menyusuri jalan ban kampung Bendang Emas untuk sampai ke kampungnya iaitu kampung Bongor Kudong.

Perjalanan sejauh 3 kilometer itu sememangnya sungguh mengasyikkan. Melihat sawah padi saujana mata memandang, cukup mendamaikan. Menenangkan sanubari Saerah yang terganggu oleh kutukan Rosdi Katik dan tahi ayam katik yang terlekat di basikalnya tadi.

Di penghujung jalan ban Bendang Emas itu ada satu kawasan paya terbiar, ditumbuhi telipok dan teratai liar.Cukup mengasyikkan pemandangan disitu. Tetiba Saerah bagaikan terasa dia berada di alam lain. Bukannya di alam bunian tetapi di alam khayalan.

Apakah yang Saerah khayalkan.Tunggu.............. ( macam le bagus)

Sunday, December 6, 2009

Cerblog : Episod 1 : Misi Saerah Tongg

Inilah pembaharuan yang aku nak lakukan dalam berblog iaitu cerblog, singkatan kepada "cerpen dalam blog". Kalau ada sambutan boleh teruskan, kalau tak akan ditamatkan. Entry kali ni kira macam pilot test.

Cerblog ni adalah rekaan semata-mata, sebarang persamaan dengan nama, tempat, institusi dan sebagainya adalah kebetulan sahaja.

Episod 1 : Misi Saerah Tongg

Suasana dalam kelas 5 Sains 1 Sekolah Menengah Syed Saffi itu agak bising dengan jerit pekik, gurau senda para pelajarnya. Semuanya bagaikan berpesta meraikan buat kesekian kalinya kegagalan Cikgu Mahmud masuk ke kelas. Entah apa pulak alasannya kali ini. Minggu lepas alasannya temankan isterinya Cikgu Zabedah buat pregnancy test, sedangkan sudah jelas lagi bersuluh Cikgu Zabedah telah pun memasuki fasa expired. Tengok kedut di muka pun orang boleh agak.

Itu tak adalah kelakar sangat. Bulan lepas semasa menjelaskan kegagalannya menghadiri perkhemahan tahunan Pengakap, Cikgu Mahmud beri alasan dia terpaksa gantikan tempat rakan baikknya main muzik di kelab malam Purnama Merindu di bandar Kangar. Ala-ala cerita Cikgu Ramli dalam filem Masam-masam Manis. Boleh percaya ke.Confirm tipu punya sebab kat bandar Kangar mana ada kelab malam.Kupu-kupu malam lagi le tak ada.

Antara pelajar-pelajar tersebut hanya Saerah saja yang agak murung dan berdiam diri.Duduk menongkat dagu sambil merenung ke sawah padi yang seluas mata memandang, Saerah bagaikan berduka dengan ketidakhadiran Cikgu Mahmud.Seronok sangat ke, minat sangat ke dia dengan kelas Bahasa Melayu Cikgu Mahmud tu. Buang tebiat agaknya si Saerah ni.

"Awat hang ni Saerah, macam ibu beruk baru lepas gugur saja" tegur Norain, rakan baiknya.

Norain satu-satunya rakan yang memahami dan menyayangi Saerah. Saerah tahu dan mengakui hakikat tersebut. Kalau ada para pelajar lain yang cuba membuli, mengejek atau mempermainkan Saerah mereka perlu berdepan dengan Norain. Dialah pahlawan, dialah perwira dan dialah hulubalang Saerah. Dengan saiz badan menghampiri saiz Hulkhogan, Norain memang mampu dan berupaya melindungi Saerah. Jangan kata Rosdi Katik, Usin Lempoyang, Ismet Ulam Raja malah Cikgu Mahmud pun gerun dengan aura yang ada pada Norain.

"Aku cemuih betui dengan Rosdi Katik tu. Meluat aku, nanti aku nak sekeh, nak bagi clothline, dan tombstone kat kepala dia " balas Saerah.

Kalau tak paham, clothline dan tombstone adalah 2 pukulan yang sering digunakan oleh ahli gusti The Undertaker. Saerah memang minat sangat dengan rancangan gusti RAW dan Wrestlemania. Pernah sekali akibat terlalu teruja dengan perlawanan gusti antara Undertaker dengan Randy Orton, Saerah tanpa sedar telah menghadiahkan clothline ke kepala bapanya sendiri. Pitam Tok Seman terkena pukulan tersebut. Akibatnya seminggu Saerah tumpang tidur di rumah Norain sebab takutkan pembalasan bapanya.


Keadan kelas yang macam ni hanya wujud masa cuti panjang sekolah.Meja Saerah sebelah kiri menghadap tingkap, jadi dia dapat lihat pemandangan sawah padi Kg Bunga Emas Timur dan Sungai Padang.Yang depan meja Cikgu Mahmud tu tempat Rosdi Katik.


Kenapa Saerah cukup meluat dengan Rosdi Katik.Siapa Rosdi Katik, apa kaitannya dengan Saerah Tongg.Tunggu episod 2.

Friday, December 4, 2009

my dreamz car

Dalam hidup seorang lelaki, memang banyak dreamznya.My dreamz car, my dreamz bike, my dreamz wife, tapi yang paling worst my dreamz "second, third and fourth wife"

Antara semua dreamz2 tersebut, my dreamz car yang paling ketara. My dreamz "second, third and fourth wife" bolehlah dikategorikan sebagai hidden dreamz.Tak boleh nampak sangat wujudnya dreamz tersebut.

My dreamz car, still the same brands and model, priority masih lagi janda, bukan dara.Tapi kalau menilai kedudukan kewangan aku sekarang ni, rasa-rasanya dreamz ni tinggal dreamz saja le.

Petaijunior pun boleh tahan jugak dia punya dreamz car. Tiap-tiap kali berselisih dengan modified car, dia akan teruja sambil menyebut " fuyo, keta KL drift @ keta impak maksima"

Last weekend petaijunior berkesempatan drive sendiri dia punya dreamz car.

RM 3 saja, untuk 10 minit boleh drive chilli red hyundai coupe

Sempat juga merasa cherokee jeep and goldwing motorbike.