Friday, October 16, 2009

Tak salah mencuba kan .................

" Nyut-nyut kepala, rasanya mahu pecah, gara-gara kamu, marah-marah padaku" lirik lagu Indonesia yang ceritakan masalah sakit kepala.

Sebulan dua yang lepas sakit kepala ni selalu menyerang aku, berdenyut dari kepala menjalar ke mata.Siksalah juga.

Balik kg hari tu aku pi berubat tradisional dengan bomoh, namanya Bakar Peinai (gelaran) di kg Pida 3 Tambun Tulang Perlis.Tok Bakar ni tarafnya dah hampir sama dengan taraf doktor keluarga aku. Pendek kata sakit perut jumpa dia, sakit batu karang jumpa dia, baby meragam pun jumpa dia.

Dua tahun lepas aku sakit batu karang. Pi jumpa Tok Bakar ni, ambil air jampi serta dua jenis ubat herba. Dua tiga hari lepas tu 2 biji batu karang keluar semasa aku kencing. Sesiapa yang ada masalah karang cubalah tengok.

Untuk sakit kepala, ini petua Tok Bakar.Dapatkan 7 ranting daun belimbing buluh.

Inilah buah belimbing buluh. Sedap buat masak lemak dengan ketam dll.

Leraikan daun tadi dari rantingnya. Campurkan dengan 1 sudu nasi dan satu kole air sejuk.Kemudian ramaskan.

Daun yang siap diramas tadi perlu diembunkan semalaman. Pagi esok barulah dijaramkan dikepala. Elok buat pada hari cuti bekerja sebab kita boleh jaram beberapa kali.

Sisa yang masih tinggal simpan untuk kegunaan esoknya. Tambah kembali air, ramas, embunkan dan jaramkan di kepala.

Tak salah mencuba. Mana tahu kot-kot rasi.

No comments: