Kali ni aku nak bercerita pasal cacing.
Semuanya bermula dengan satu SMS yang aku terima.
"Salam, en Shuk malam ni kalau free tengok rancangan anjung bistari tv1 jam 9.30 malam, projek cacing saya akan disiarkan dalam program tersebut ...... kirim salam dengan puan jem"
Hah, terkedu aku.Ex-students aku dah jadi usahawan berjaya.Siap masuk tv lagi. Aku sendiripun takat masuk CCTV aja, tv sebenar tak pernah pun.Bangga, bangga sungguh aku.Last year waktu dia datang konvokesyen dia bagitau syarikat dia dapat permintaan kompos yang baik sekali.Tak mampu memenuhi kesemua permintaan.Apa-apa pun moga awak akan terus berjaya.Dah berjaya jangan lupa diri pulak, jangan lupa bayar zakat, buat sedekah banyak-banyak.Bila tengok kejayaan bekas pelajar sendiri, dan mereka pula berterima kasih kepada kita, aku jadi kembali bersemangat. Bersemangat untuk beri yang terbaik, demi melahirkan pelajar yang berwawasan, ada jati diri dan berjaya. Amin.

No comments:
Post a Comment