Tuesday, January 26, 2010

Sangsinya aku dengan Nurkasih

Korang ikuti tak siri Nurkasih.Alah...... kisah cinta sorang pompuan kat tok laki dia yang banyak masalah tu.Mula2 tok laki dia tak suka kat dia.Lepas kahwin paksa terus ditinggalkan. mudian tok laki dia kawin lain, kemudian......., kemudian.........bla, bla....... jatuh sungai...... bla, bla ...... bini org putih mati......bla,bla.......adik ipar kena kaca......bla,bla........hotel kena bom..... bla, bla.........abang dia nak rembat bini dia.......bla,bla..... last sekali jumpa balik dan bahagia.

Aku sangsi sungguh dgn Nurkasih ni.Bagi aku karekter Nurkasih ni terlalu perfect, terlalu ideal. Persoalannya sekarang ni wujud lagi ka pompuan dgn karekter macam ni.Ada lagi ka pompuan yang ditinggalkan sejurus lepas kahwin, tetiba nak kan balik jantan tu.Tak logik.Logik ka tak?

Selain daripada kisah Laila dan Majnun, Shah Jehan dengan Muntaz, korang pernah tak dengar kisah cinta yang sejati. Lagi hebat dari kisah Nurkasih ni.Aku ada cerita kisah cinta yang hebat.Beginilah alkisahnya :

Kisah cinta Rahim dan Zabedah.Zabedah ni adalah sepupu aku.Berkahwin atas pilihan orang tua, tak ada cinta-cinta.Dapat anak pompuan sorang. Mudian Zabedah mengandung lagi.Kali ini twin.

Sakit hendak melahirkan anak. Dihantar ke hospital pada pukul 2 pagi.Sesalnya aku hingga kini sebab aku tak jengah pun waktu dia dihantar ke hospital. sebabnya sayang nak tinggalkan match Argentina Vs ....... espana 1986.Bodoh betul aku ni.Esok pagi selepas melahirkan anak Zabedah kembali ke rahmatullah.Amirul Amir dan Amirul Idham bersama kakaknya menjadi yatim.

Rahim menangisi pemergian isterinya. Berbelas kali pengsan sehingga jenazah dikebumikan.Waktu dimandikan dia pengsan, waktu kafan pengsan, pengsan dan pengsan.Suasana paling hiba yang aku pernah lalui.

Ingatkan kesedihan Rahim hanya bersifat sementara. Mungkin lepas ini awek baru yang akan diusung. Sangkaan meleset. Rahim setia kpd isterinya, menduda selama 20 tahun sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 47 tahun. Seorang lelaki menduda 20 tahun. Aku tak dpt bayangkan. Sesetengah lelaki jangan kata 20 tahun, tak dapat 2 minggu pun boleh hilang sifat warasnya, kalau 20 tahun boleh hilang sifat manusianya.

Inilah kisah cinta sejati, lebih hebat dari Nurkasih, Cinta Balkis, Ugly Betty dan Yo Soy Betty La Fea.

Gambar kat bawah ni tak ada kaitan langsung dengan tajuk post kali ni. Sorry yea, emotional sikit.Al-fatihah untuk Kak Dah aku.


Konsert petaijunior.Promote anak sendiri kot2 ada yang berkenan buat menantu.

Gembiranya dia.

















Sunday, January 24, 2010

reward yourself

Rasanya semua orang pernah bagi hadiah kat diri sendiri.Pelik? Mana ada pelik. Bagi aku lagi pelik kalau anak dara umur 20 tahun terhegeh-hegeh nak kawin dengan datuk yang sebaya umur bapanya.Amat pelik walau jawapan standard bagi isu ini ialah " cinta tidak mengenal usia".



Dulu masa belajar kat universiti aku selalu bagi rewards kat diri sendiri.Hadiahnya mungkin dalam bentuk pakaian baru,kasut baru, seluar dalam baru malah makanan pun dijadikan hadiah.Dulu aku memang bengap sikit dengan subjek Metamatik Pengurusan.Jadi untuk memotivasikan diri untuk belajar lebih rajin, aku berazam utk bagi hadiah kat diri sendiri. Contohnya Kuiz dapat 70 ke atas boleh pi makan KFC, ujian dapat 70 boleh beli seluar dalam baru. Barulah ada motivasi.Akibatnya satu semester aku tak leh makan KFC dan tukar seluar dalam sebab kuiz dan ujian asyik fail memanjang. Semester kedua waktu mengulang subjek ni aku tak perlukan lagi hadiah untuk motivasi. Sebabnya aku dapat lecturer yang baik sangat dan lawa sangat.



Sekarang ni budaya bagi hadiah kat diri sendiri ni berterusan disamping hadiah dari petaiyah.Bukan apa, nak bagi bermotivasi sikit. Kalau outstation, aku akan buat kerja sungguh2 supaya siap cepat. Siap-siap balik sebabnya, rewards sedang menunggu kat rumah.



Hujung tahun lepas aku bertungkus lumus menyiapkan satu projek. Jadi apabila siap aku hadiahkan satu hadiah kepada diri aku sendiri. Apa hadiahnya?



Awana Kijal Beach Golf Resorts.


Lepak kat lobi macam orang kaya saja. Datuk petaimuda dengan tan sri petai junior.

Petaiyah pun tumpang sekaki melahap aku punya hadiah. Free le kan.Sapa tak nak.

Cantik betul, rasa macam nak berkampung kat sini.

Kyusuk betul menikmati keindahan Laut China Selatan. Macam le kat PD tak ada laut.



Teringin juga nak main golf sekali-sekala. Asyik main pool aje pun penat jugak. Nanti le.

Tuesday, January 19, 2010

aku pun ketag jugak!

Seluruh hidup aku, aku memang tak suka dengan presentation.Dulu-dulu waktu zaman kat universiti aku sanggup lakukan apa2 saja asalkan tak kena present. Walau pun skil menaip aku ala-ala patuk ayam, aku sanggup jadi jurutaip assignment asalkan tak kena present. Kalau kena keluar duit lebih pun tak apa asalkan tak kena present.Bawa motor kapcai ke hulu ke hilir cari bahan pun aku sanggup asalkan tak kena present. Begitulah fobianya aku dengan presentation.Takutnya mengalahkan rasa takut nak kawin bini kedua pulak.

Akibatnya sampai hari ni masih lagi takut presentation.Kalau kena present tu, gelabah semacam aja. Gelabah macam bebudak dok tunggu tuk mudim nak bersunat. Seram sejuk, copot jantungku.Tahun-tahun awal aku mengajar dulu aku mengajar sambil duduk atas meja kat belakang kelas.Student pernah tanya kenapa aku buat macam tu, aku jawab balik " saya punya stail memang macam ni". Terkedu beruk budak-budak tu.

Sekarang ni aku antara pengajar yang aktif dengan sesi presentation. Mesti student meluat. Projek ada present, iklan ada present, CB pun kena present.Kenapa aku buat semua ni?Aku tak nak student aku jadi macam aku, pasif. Marketers mesti berani present, baru senang cari makan. Bak kata orang putih " you may have a brilliant ideas, but if you cannot get them across, your brain won't take you anywhere".

Tips untuk hilangkan gelabah waktu present ;

1. Untuk minit2 pertama, tenung kedalam mata audience. Ini akan bentuk keyakinan diri.

2. rehearsal dulu, practice make perfect.

3. Anggap semua audience tu tak tahu apa-apa,awak sorang saja yang tahu.

4. Banyak berdoa supaya allah tenangkan kita.

Gambar-gambar kat bawah ni tak ada kaitan langsung dengan tajuk post hari ni. Saja aja nak tunjuk gambar percutian kat bandung, kot-kot korang teringin nak pi.Semua gambar kat Tangkuban Perahu, gunung berapi mati.







Thursday, January 7, 2010

Ada apa dengan Cinta Bandung

Minggu ni aku dan beberapa member berkesempatan untuk melancong ke Bandung.3 hari 2 malam berkampung kami di sana. Bandung, perkara yang paling famous disini ialah shopping.Dah berlambak blog cerita hal shopping kat sana.Malas aku nak bercerita.korang bacalah kat blog orang lain.tapi memang syok le shopping. Pakaian branded macam burberry, strawberry rasberry, asmani, hugoh (betul ke eja macam ni, aku pun tak tau, tak pernah belipun brand ni sebelum ke bandung) memang banyak.

Perkara kedua yang famous kat sini ialah makanan.Banyak yang aku jumpa, nasi timbel, ayam penyek, nasi liwet, kupat, garume, bakso, teh botol, pisang keju dll. tapi banyak yang aku tak cuba pun.Korang bacalah blog orang lain yang cerita hal-hal dishes ni.

Aku lebih tertarik dengan gaya hidup dan mentaliti orang bandung.

Sepanjang aku di sini, jarang sangat aku ketemu dengan pengemis.Kurang sangat orang meminta-minta simpati dari orang lain.Tapi mereka bekerja keras, berusaha mencari nafkah yang halal.Banyak pekerjaan dilakukan.

Paling banyak usahanya adalah jualan, penjaja.Bersepah penjaja cuba menarik perhatian kita terhadap barang jualan.Depan restoran, tepi jalan, depan hotel, traffic light penuh dengan orang berjual. Dari cenderahati, makanan, pakaian dll diperjualkan.

Bapak syahril, bapak petaimuda dan ibu effa sedang diapproach oleh jurujual t-shirt kat depan hotel.

Penjual makanan seperti bakso, pisang keju dll menggunakan kereta sorong.


Kedai motor pun ada kat tepi-tepi jalan saja.

Surat khabar dijual dijalanan, kepada pemandu kenderaan yang terperangkap dalam traffic jam.


Ini kat Tangkuban Perahu. Dari mula sampai hingga masa nak balik tak putus-putus diapproach, dipujuk untuk membeli barangan mereka. " Bapak, jangan lupa ye bapak, Ini Kardi, beli ya pak buat kenangan, harga murah pak, pecah telur:". Dialog ni aku dah boleh hafal. Rimas pun ada.Tak jemu-jemu, tak putus asa memujuk kita.
(pecah telur : pembuka rezeki untuk hari tersebut)


Waktu kami kat Rumah Mode (factory outlet), secara kebetulan hujan lebat.Anak-nak bandung berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan pinjaman payung.Basah kuyup dan kesejukkan, berusaha mendapat sesuap nasi .


Respect betul aku dengan kerja keras diorang ni. Moga kita pun ada semangat dan mentaliti sebegini.


Pemuzik jalanan pun ramai, bermain gitar kapak, menyanyi dan mengharapkan ada insan yang menghargainya.
Permisi dulu, kapan berjumpa lagi.

Friday, January 1, 2010

Pernahkah mimpi menjadi realiti

Mimpi adalah mainan tidur. Banyak yang dimimpikan tidak akan menjadi kenyataan. Mimpi akan hilang bersama dengan jaganya dari tidur.Tapi pernah tak mimpi menjadi kenyataan.Aku pernah. Korang macam mana?



Dulu masa baru lepas bersunat selalu mimpi ni datang.Mimpi ehem-ehem.Pesan Ustaz Hadi kat sekolah Syed Saffi dulu, kalau mimpi ni datang, basah, esok kena mandi hadas.Ni masuk kategori mimpi best.Selalu pulak tu mimpi ni datang. Kadang-kadang risau jugak, kot-kot mak aku syak sesuatu waktu nak basuk kain pelekat ataupun seluar tidur.Mimpi ni jadi kenyataan berbelas tahun kemudian. Sekarang mimpi ni dan pupus. Tak tahu kemana menghilang.



Kemudian aku pernah mimpi bapa aku sakit. Waktu tu aku tahun 3 kat ITM perlis. 2 atau 3 hari lepas tu memang betul bapa aku sakit. Terpijak kaca lampu kalimatang, berlaku keracunan darah. Kejang seluruh otot, organ penting spt jantung tidak berfungsi. Doktor terpaksa bius untuk elakkan kerosakkan saraf kesan daripada sawan.Sebulan dirawat di hospital, dan berbulan lagi sesi fisiotheraphy, bapa aku pulih dan sihat hingga kini.



Kategori-kategori mimpi:



1. Mimpi di siang hari - tak mungkin jadi kenyataan, angan-angan saja.




Dalam mimpi saja boleh miliki kapal layar ni.



2. Mimpi yang tak sudah - asyik bermimpi saja nak tangkap satu, entah bila.




Mimpi keta ni asyik bertandang saja.


3. Bantal masing-masing, tapi mimpi sama - impian yang sama untuk anak dan bapa dia, tapi sayang mak dia tak ada pulak mimpi ni.


Sama taste dengan abah dia.Anak bapak.