Friday, October 16, 2009

Tak salah mencuba kan .................

" Nyut-nyut kepala, rasanya mahu pecah, gara-gara kamu, marah-marah padaku" lirik lagu Indonesia yang ceritakan masalah sakit kepala.

Sebulan dua yang lepas sakit kepala ni selalu menyerang aku, berdenyut dari kepala menjalar ke mata.Siksalah juga.

Balik kg hari tu aku pi berubat tradisional dengan bomoh, namanya Bakar Peinai (gelaran) di kg Pida 3 Tambun Tulang Perlis.Tok Bakar ni tarafnya dah hampir sama dengan taraf doktor keluarga aku. Pendek kata sakit perut jumpa dia, sakit batu karang jumpa dia, baby meragam pun jumpa dia.

Dua tahun lepas aku sakit batu karang. Pi jumpa Tok Bakar ni, ambil air jampi serta dua jenis ubat herba. Dua tiga hari lepas tu 2 biji batu karang keluar semasa aku kencing. Sesiapa yang ada masalah karang cubalah tengok.

Untuk sakit kepala, ini petua Tok Bakar.Dapatkan 7 ranting daun belimbing buluh.

Inilah buah belimbing buluh. Sedap buat masak lemak dengan ketam dll.

Leraikan daun tadi dari rantingnya. Campurkan dengan 1 sudu nasi dan satu kole air sejuk.Kemudian ramaskan.

Daun yang siap diramas tadi perlu diembunkan semalaman. Pagi esok barulah dijaramkan dikepala. Elok buat pada hari cuti bekerja sebab kita boleh jaram beberapa kali.

Sisa yang masih tinggal simpan untuk kegunaan esoknya. Tambah kembali air, ramas, embunkan dan jaramkan di kepala.

Tak salah mencuba. Mana tahu kot-kot rasi.

Tuesday, October 13, 2009

Orang lama kg aku

Tak semena-mena teringat aku kat arwah Haji Din dan arwah Pak Ku Shadat.Dah lama dah dua orang ni meninggal dunia. Al-fatihah, moga roh kedua-duanya ditempatkan bersama roh orang yang beriman.

Cerita aku kali ni ada kaitan dengan tentera Jepun waktu depa tawan Tanah Melayu dulu. Jangan salah paham pulak, aku lahir ke dunia ni lama lepas Jepun mengaku kalah.

Cerita Haji Din : kentut Jepun

Haji Din ni bekas bilal kat kg aku. Menurut Tok Aji, tentera Jepun waktu tawan Tanah Melayu dulu cukup suka makan telur ikan sepat benua.Telur ikan ni memang sedap kalau digoreng. Lemak berkrim.Tapi yang jadi masalahnya kalau terlebih makan.Perut akan kembung, dan kentut akan diringi oleh minyak yang baunya mengalahkan bau bangkai dinosor.Terkincit minyak, istilah berhemah kat kg aku.

Waktu zaman Jepun, makanan, pakaian, keperluan harian memang susah nak dapat. Ikut kata Tok Aji duit banyak. Duit "pokok pisang" berguni-guni, tapi nak beli barang tak laku.Jadi nak dapat seluar percuma depa guna taktik ini. Bagi Jepun makan telur ikan sepat benua banyak-banyak. Bila depa terkentut minyak, depa buang seluar tu, jadi Tok Aji dan kawan-kawan dia akan kutip untuk diguna semula.


Inilah ikan sepat benua bagi sesiapa yang tak pernah tengok.


Cerita Pak Ku Shadat
Pak Ku ni kira penglipurlara yang terkenal kat perlis dan kedah. Penyanyi lagu rakyat dan lagu jenaka yang dipersembahkan waktu kenduri kawin dll. Ada album lagi, dan waktu kecik-kecik dulu aku suka hafal lagu dia. Antara (lirik)lagunya yang terkenal :
1.Jepun Masuk Malaya
Jepun masuk ikut aloq setaq
melayu cina takut terketaq-ketaq
dia tak kira kecik tak kira besaq
kalau tak tunduk kepala, dia boh penampaq.
2. Vespa haji samad
along mu along
vespa haji samad
tayarnya licin
macam piring ayaq hangat
start tak jalan dia pun naik hangat
lalu dijual kepada tok saad
Inilah 2 lagu yang menjuarai carta lagu seniman rakyat dulu.

Wednesday, October 7, 2009

Berserinya laman orang

Semenjak dua menjak ni aku asyik sungguh dengar radio Sinar. Bukan Linda Onn yang jadi puncanya, Abby Fana lagilah bukan. Tapi aku terpikat dengan lagu-lagu 90an dan 80an yang dimainkan disamping keletah SY.

Petang tadi aku dengar lagu Aisyah, apa ka nama tajuknya tak berapa ingat. Tapi antara liriknya " entah mengapa mataku ini, laman orang nampak berseri, laman sendiri berwarna warni, tak bererti..........................................."

Dalam hidup ni situasi yang dilagukan itu memang berlaku. Kita asyik menilai kebahagian orang lain, kesenangan orang lain, kejayaan orang lain hingga kita lupakan kebahagian,kesenangan dan kejayaan yang kita sendiri miliki.

Lihat kebaikkan bini orang, lupa kebaikkan bini sendiri.Tengok kecantikkan bini muda orang terlupa kecantikkan bini muda sendiri.

Tengok gantengnya laki orang lupa gantengnya laki sendiri. Tengok baikknya madu orang terlupa baikknya madu sendiri.

Begitulah sikap kita. Sukar untuk bersyukur, redha dan menghargai dengan apa yang kita sendiri miliki. Kenapa ye?.

Ooops sorry.Aku sebenarnya nak ceritakan laman rumah yang aku idamkan, inginkan suatu hari nanti.Insyaallah.


Aku nak laman yang macam ni. Cantik.


Yang ni pun cantik, ada dangau tempat berehat.

Ni pun cantik, ada kolam lagi. boleh bela ikan, penyu, berudu dll.


Tapi buat masa ni, hanya lanskap macam ni yang aku mampu buat. Tu pun payah nak maintain.