Saturday, September 12, 2009

To build and to maintaince

Dah bertahun rasanya aku tak pernah dapat kad raya.Kalau ada pun kad yang diterima adalah kad computer printed yang diposkan oleh JPPKK untuk semua stafnya. Maksud aku kad konvensional bukannya kad maya/elektronik.Tapi tahun ini, puasa yang ke 19 aku dah dapat satu kad raya. Pengirimnya ............. biarlah ianya menjadi rahsia buat seketika. Teruja juga bila dah lama tak dapat tetiba dapat, suspen pun ada bila nak buka sampulnya. Teruja dan suspen macam ketua kg yang dah 5-6 tahun menduda tetiba nak berbini baru. Macam tu le perasaannya. Gelojoh semacam aje bila nak rentap balutannya.

Biarlah aku berterus terang sekarang. Pengirimnya bukanlah secret admirer ke, keluarga ke, bekas student ke, jiran setaman ke, ketua kampung, imam, bilal pun bukan, tok siak lagi le bukan.Yang hantar kad raya kat aku ialah tauke kedai yang aku beli aircond kat PD. Tima kasih le tauke kedai oooi, nostalgik sungguh apa yang hangpa buat ni.
Inilah kad yang mencatat sejarah dalam sambutan perayaan aku tahun ini.


Siap ditandatangani oleh semua staf dia lagi. Rasanya mamat yang mai pasang aircond kat rumah aku tempoh hari pun sign jugak rasanya.

Kepada rakan-rakan yang ajar marketing boleh ambik entry hari ni sebagai contoh kes"after sales servis"ataupun "customer relationship". Marketers tugas dia memang " to build and to maintance relationship". Tauke kedai ni memang cekap, rasanya dia ada diploma pemasaran kot. Hari tu dia punya sales presentation punyalah bagus, tepati masa, friendly. Semua ini penting untuk bina (build) jalinan hubungan dengan bakal pembeli. Selepas jualan, hantar pulak kad raya untuk pastikan hubungan yang sedia wujud dikekalkan(maintain). Boleh jadi loyal customer lepas ni. Bagus sungguh cara meniaganya. Boleh tiru.

1 comment:

Ahliacikgukhairul said...

haha... betul la.. kt sini ada satu kedai fotostat tmpt kengkawan aku anta fotostat modul utk student siap bg hamper nak raya.. so kitorg pun ingat nak beralih ke kedai fotostat tu gak la sbb nak hamper gak.. hehe