Sunday, September 6, 2009

Dah mula dah......

Hari ini aku berkesempatan bawa petaiyah dan petaijunior pegi shopping serba sedikit, buat persediaan raya.Shopping kat Oceanic Seremban saja, malas nak ke Jusco sebab orang ramai sangat.

Niat di hati tu nak beli baju sehelai dua untuk aku dan juga untuk petaijunior. Kesudahannya untuk aku memang le sehelai dua, tapi petaijunior punya jadi lima enam helai pulak.Tak pe le, aku belanja untuk petaijunior sorang saja.Petaiyah punya dah settle.

Dalam dok shopping hari ini aku dah mula perasan satu perkara. Petaijunior dah mula dah pandai memilih.Walau pun dia tak reti lagi memilih antara jenama kumbang ataupun jenama rabbit ke,yang berharga RM10 dengan yang berharga RM50, tapi dia dah pandai memilih dari segi warna dan corak.Mana-mana warna ataupun corak yang dia tak suka, dia buat deeerk aja.Dah besar rupanya anak aku ni. Cepat betul masa berlalu.

Ini adalah baju dan seluar yang mana warna dan designnya adalah dengan restu petaijunior.Hebat juga taste dia.




Kalau orang dewasa sibuk dengan keta baru, petaijunior pulak nakkan basikal baru, siap spesifik nak blue color. Terbang lagi seratus ringgit.



Sedang leka memilih model basikal yang dikehendaki. Walaupun terbang juga Rm300 untuk keperluan petaijunior, tapi aku puas bila keluarnya ungkapan " terima kasih abah, belikan adik baju dan beskal". Petaijunior memang senang ucapkan tima kasih dan juga pujian.Lepas ni aku pun nak ucapkan terima kasih pada mak dan ayah aku sebab depa pun belikan aku baju dan beskal semasa aku kecil dahulu.Aku memang jarang ucapkan tima kasih dan jarang juga ucapkan pujian. Kena ubah ni.

3 comments:

Bidarabiru said...

baju raya dah jadi rahsiah lagilah...he...he...

fa_syahz said...

wah best lah liplap dapat beskal baghu.. leh pusing round2 dalam poli

Petai Muda said...

tiap-tiap malam bawa masuk rumah, malam tadi siap nak bawa masuk bilik lagi.Petang tadi dia sound jiran sebelah cuci kereta hingga basah beskal dia.Lawak betul.