Monday, September 14, 2009

Selamat hari raya aidilfitri

Walaupun ada 5 ke 6 hari lagi puasa, biarlah aku menjadi blogger yang pertama mengucapkan selamat hari raya aidilfitri .Maaf zahir dan batin. Maafkan sekiranya sepanjang kekawan semua mengenali aku , ada terkasar bahasa, tersalah perbuatan, tingkahlaku yang kurang menyenangkan ataupun tulisan yang menghiris perasaan. Aku insan yang lemah, tak sunyi dari salah dan silap.

Tahun ini aku, petaiyah dan petaijunior akan menyambut 1 syawal di Kg Air Hitam Pantai, Masjid Tanah Melaka.Rumah kak ipar aku.Insyaallah raya kedua ataupun ketiga aku akan balik ke Perlis. Buat semua kekawan jemputle ke rumah aku di kg Bongor Kudong pada hari raya ketiga. Insyaallah kalau jadi aku nak hidangkan cendol. Juga sama nak meraikan ahli anak buah yang baru Umairah Zahraa.

Untuk halwa telinga semua aku persembahkan lagu Nazam Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza. Bila dengar lagu ni teringat waktu aku dan Siti sama-sama bujang. Pernahle juga berangan sorang-sorang.Mula balik dah....... baru tadi minta maaf ni nak mengarut balik dah.

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

2 comments:

alladiin said...

Selamat hari raya bro.. maaf sekiranya ada tersilap dan terkasar bahasa. Wa baru je beberapa jam melintas masjid tanah tu.. saja2 je bawak famili berpuasa di masjid tanjung kling... then makan kat semabok..

Petai Muda said...

wa pun sama, maaf kalau ada salah dan silap.tak sempat pun nak berjumpa dan bersalam, kita bersalam di alam maya saja.