Thursday, September 10, 2009

Different field, different grasshoppers

Betulah kata orang ,lain padang lain belalang. Lain tempat lainlah cara hidup, suasana, persekitaran, adat dan sebagainya. Kali ini aku nak cerita sikit tentang kelainan persediaan sambutan aidilfitri antara kg aku kg. Bongor Kudong dengan kg kat Melaka.


(gambar hiasan : belalang )
Kat Melaka ni sesi mengecat rumah sempena hari raya dah jadi macam sunat muakat pula.Ramai sungguh yang mengecat rumah sempena raya.Bukan saja rumah, pagar, garaj hatta jamban pun dicat dengan warna baru. Cukup warna warni, ceria dan cantik saja suasananya.
Kat kg aku aktiviti cat mengecat ni terhad sangat.Tak ramai yang buat.Maklum le kat sana banyak rumah yang diperbuat daripada kayu, tak sesuai pulak nak cat mengecat ni. Lagi satu faktor kos kot. Kami kat sana tak le berduit sangat. Paling hebat pun aktiviti mengecat kat sini ialah, gotong royong cat pagar kubur.

Satu lagi perbezaan yang jelas adalah penggunaan lampu hiasan. Kat kg aku masih banyak lagi lampu minyak tanah digunakan.Tapi leceh sikit, kalau angin kuat terpadam le dia.Minyak tanah tu pulak, baunya ada iras-iras bau kentut gorilla. Busuk.

Kat Melaka sebahagian besar ada lampu hiasan ni. Cantik, berwarna warni menghiasi kegelapan malam.Cantik.............................................

3 comments:

Bidarabiru said...

tu lah istimewanya bila kawin ngan orang yang berbeza negeri....leh tengok perbezaan adat...budaya dll....tu lum kawin ngan orang putih lagi....lagi banyak bezanya.....

Dzul Musa said...

aku kena kahwin satu lagi la kot.....dgn org melaka boleh tak Jem?

Petai Muda said...

kalau dah mampu apa salahnya, nak suruh aku cari ka..