Thursday, May 28, 2009

Janda pun jadi lee..........(episod 2)

Salam,

Isu janda lagi.

Dua sebab kenapa aku nak pilih janda berbanding dara (ini cerita kereta sahaja).

1.Kos lebih murah beb - secara umumnya harga janda lebih murah berbanding dara.Kadang-kadang 30% - 50% lebih murah berbanding dara. Kalau yang jenis minah mat saleh punya lagi banyak dia punya depreciation Kalau dara, jenis macam mana pun, tak pandai mengemas ke, masak maggi hangus ke, tak lulus UPSR ka mesti mahal, sebab statusnya dara.Harga janda juga boleh dikategorikan kepada 3 kategori:

a. janda berhias - baru dua tiga tahun servis dah dilupuskan.Masih bergetah,mantap.Harga mungkin 30-40% murah daripada dara.

b. Janda bersolek sikit-sikit - janda kategori ni dah 5-6 tahun berbakti kat tuannnya.Biasalah bergoyang sana-sini, longgar sana-sini. Lari pun tak boleh laju sangat takut break down.Harga kurang 50-80% daripada dara.

c. Janda expired - ini masuk kategori janda scrap value.Kalau nak janda macam ni jangan kata finance company, minta pinjam mak bapak pun gerenti tak lulus punya.Loose sana, loose sini. Tak ada apa yang nak diharapkan daripada janda ni.Tunggu masa terbarai aje.Harga timbang kilo macam jual barang besi buruk.Maintainance janda ni teruuuk, kejap-kejap darah naik,kejap-kejap pening kepala , kejap-kejap demam kura, kejap-kejap masuk hospital.Maklum le dah expired.

2. Performance beb - aku kalau nak angkat, aku pilih janda berhias beb, power lagi, janda expired tak sanggup aku. Jenis yang aku suka ni selalunya tuan dia orang dah berumur, gred 48 ka, 52 ka macam tu.Orang tua pakai pun tak kuat sangat,jalan jauh jarang sekali maklum le cepat mengah.Short distance boleh le So bila dia tinggalkan janda dia kira ok lagi le. Golongan ni biasanya kalau dia ceraikan bukan sebab ada masalah tapi sebab dia terpikat kat awek baru.Maklum le gred tinggi. Kejap suka Siti Mercedes, kejap suka Nurul Camry, kejap suka Nur Volvo. Macam-macam le sukanya bila dah berduit.Tu yang aku suka tu.

Ini cerita kereta, bukan cerita orang, janda pun adalah ketentuan tuhan,siapalah kita untuk mempersendakannya.

No comments: