Thursday, May 28, 2009

Janda pun jadi le............(episod 3)

Salam ....

Janda dekat vs janda jauh

2 janda yang dekat dengan aku

1. Maksu aku Cupiah - dah 14 -15 tahun menjanda.Husband meninggal selepas dia lahirkan anak yang kedua.Penyakitnya misteri. Maksu aku ni isteri kedua arwah husband dia. Bila husband meninggal adalah tanah sekangkang dinasor ditinggalkan. Jadilah rebutan anak-anak first wife, adik-adik yang lain.Maklum le manusia.Jangan kata sekangkang dinasor, kalau namanya harta sekangkang nyamuk pun nak berebut juga.

Dekat kampung aku maksu aku ni cukup popular.Dialah usahawan,ketua wanita cawangan, setiausaha JKKK, penyelia JASA, pengurus pelbagai jenis kutu, kutu kain batik, kutu cucur, kutu kain pelekat, kutu duit.Kutu babi tak ada la maksu aku uruskan.Pendek kata sibuk le.

Cukup tabah membesarkan dua orang anak perempuannya yang meningkat dewasa. Syabas cupiah.

2. Kopi Janda - promote sikit , sekali sekali kena kopi janda ni berapi le juga.

Janda yang jauh dengan aku

1. Janda Baik - memang le jauh, tempat ni di Pahang, aku kat Negeri Sembilan.Aku pun takpernah sampai situ. Cuma pernah dengar cita ada satu ex-menteri tu jatuh helikopter kat situ, tapi selamat.Panjang umur.

Janda pun jadi lee..........(episod 2)

Salam,

Isu janda lagi.

Dua sebab kenapa aku nak pilih janda berbanding dara (ini cerita kereta sahaja).

1.Kos lebih murah beb - secara umumnya harga janda lebih murah berbanding dara.Kadang-kadang 30% - 50% lebih murah berbanding dara. Kalau yang jenis minah mat saleh punya lagi banyak dia punya depreciation Kalau dara, jenis macam mana pun, tak pandai mengemas ke, masak maggi hangus ke, tak lulus UPSR ka mesti mahal, sebab statusnya dara.Harga janda juga boleh dikategorikan kepada 3 kategori:

a. janda berhias - baru dua tiga tahun servis dah dilupuskan.Masih bergetah,mantap.Harga mungkin 30-40% murah daripada dara.

b. Janda bersolek sikit-sikit - janda kategori ni dah 5-6 tahun berbakti kat tuannnya.Biasalah bergoyang sana-sini, longgar sana-sini. Lari pun tak boleh laju sangat takut break down.Harga kurang 50-80% daripada dara.

c. Janda expired - ini masuk kategori janda scrap value.Kalau nak janda macam ni jangan kata finance company, minta pinjam mak bapak pun gerenti tak lulus punya.Loose sana, loose sini. Tak ada apa yang nak diharapkan daripada janda ni.Tunggu masa terbarai aje.Harga timbang kilo macam jual barang besi buruk.Maintainance janda ni teruuuk, kejap-kejap darah naik,kejap-kejap pening kepala , kejap-kejap demam kura, kejap-kejap masuk hospital.Maklum le dah expired.

2. Performance beb - aku kalau nak angkat, aku pilih janda berhias beb, power lagi, janda expired tak sanggup aku. Jenis yang aku suka ni selalunya tuan dia orang dah berumur, gred 48 ka, 52 ka macam tu.Orang tua pakai pun tak kuat sangat,jalan jauh jarang sekali maklum le cepat mengah.Short distance boleh le So bila dia tinggalkan janda dia kira ok lagi le. Golongan ni biasanya kalau dia ceraikan bukan sebab ada masalah tapi sebab dia terpikat kat awek baru.Maklum le gred tinggi. Kejap suka Siti Mercedes, kejap suka Nurul Camry, kejap suka Nur Volvo. Macam-macam le sukanya bila dah berduit.Tu yang aku suka tu.

Ini cerita kereta, bukan cerita orang, janda pun adalah ketentuan tuhan,siapalah kita untuk mempersendakannya.

Wednesday, May 27, 2009

Janda pun jadi le............(episod 1)

Salam,

Semenjak dua menjak ni benda alah ni selalu wujud dalam hidup aku.Kadang-kadang aku terbayangkannya, kekadang termimpi-mimpinya.Tak ada kesudahannya nampaknya.Buka komputer nampak dia, buka majalah nampak dia, kat jalanraya lagilah nampak dia.Demam gamaknya.

Kadang-kadang aku termimpi mengusapnya, membelainya dan yang paling lawaknya aku termimpi bawa dia balik jumpa mak dan ayah aku.Nak jadikan cerita mak dan ayah aku pun terpesona dengan keanggunannya.

Apa saja cara penampilan dia pasti menggoda aku. Kalau dia pakai hitam, oh manchonya, kalau silver ooh seksinya.Minat sungguh gue.

Tapi kenapa aku nak pilih yang janda, anak dara kan ramai.Dah buang tebiat gamaknya.

Petaijunior pun minat jugak, siap boleh cerita kat pengasuhnya aku nak pasang lagi satu.Petaiyah tak berapa sokong, biasalah pompuan.Aku ajuk balik apa yang dia cakap " bang jangan harap nak pasang satu lagi.Kalau nak pasang yang baru tinggalkan yang lama.Jangan harap saya rela bang dapat kedua-duanya".Mana boleh tinggal yang lama semata-mata nak dapat yang baru.

Ini jawapan kepada soalan tadi "why janda, not dara".Dara mahal ooi, mau cecah RM150,000. Janda, maklumlah orang dah hentam sikit murah le.

Satu hari nanti aku nak juga benda alah ini. Bila?. Mungkin lepas rumah kat kampung dah siap.Insyaallah.


Silver - seksinya.


Blue - manchoBeauty

Saturday, May 16, 2009

salam perkenalan


aku keri ataupun lebih dikenali sebagai petaimuda, yang sengih tak ada gigi tu banyak nama dia, lip lap, alif, abang rock,ultraman dll. tapi untuk bloq ni nama dia petaijunior.Satu lagi nama yang selalu akan terpancul dalam blog ini ialah orang rhumah aku, nama dia petaiyah.Inilah keluarga petai.Yang lain-lain wujud dalam gambar kat atas ni satu pun aku tak kenal. Ini semua adalah daun petai.
Aku baru nak belajar tulis blog. tak ada isu yang spesifik saja nak relakskan badan dan fikiran. Kalau ada terkasar bahasa dan sebagainya dari awal lagi aku minta maaf.