Monday, November 30, 2009

Korban dan pengorbanan

Bersempena dengan sambutan aidiladha tahun ni, keluarga aku pun tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban.Ibadah ini dilaksanakan di kg aku, kg bongor kudong.Seekor lembu ditumbangkan untuk ibadat akikah dan korban tahun ini.Moga-moga diterima oleh Allah s.w.t. Inilah lembu yang akan dikorbankan.

Selepas penyembelihan dilakukan.


Orang kg sedang bertungkus lumus menguruskan lembu akikah dan korban.Satu bahagian dimasak, dan selebihnya disedekahkan kepada org kg.

Lauk-pauk untuk menjamu selera.Sup daging, daging bakar, daging rebus dicicah dengan sambal kerisik, ikan puyu dan ikan kembong goreng, sambal belacan dengan ulam betik muda.

Lembu, kerbau, kambing malahan unta sekalipun memang mampu untuk kita korbankan.Ada duit, insyaallah boleh dilaksanakan. Tapi macam mana dengan pengorbanan dalam bentuk lain.

Aku teringat kembali cerita 10 tahun yang lalu. Seorang anak muda, saudara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail telah dengan rela hati mendermakan sebahagian daripada hatinya untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak adik Mohamad Afiq.Tak ada pertalian darah, tapi tindakkan ini didorong oleh sifat kemanusiaan simpati kepada sesama insan.Pengorbanan yang besar.

Aku, terus terang tak berdaya nak melakukan pengorbanan yang sedemikian rupa.Aku lemah, aku mengaku.

Kepada sesiapa yang bersedia, bolehlah mula mengisi borang ikrar menjadi penderma organ.Aku yang ini pun tak mampu nak buat.Korang macam mana?.

Monday, November 23, 2009

Ala kawin, kawin....

Cuti sekolah dah mula, maksudnya pesta kawin pun akan bermula.Ramai pasangan yang akan ambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan bersempena dengan cuti sekolah.Kalau sebelum ni hanya budak-budak yang nak pi sekolah saja yang mandi pagi, tapi dalam masa cuti ni ramai pula pasangan yang baru kawin akan mandi pagi. Maklum le musim tengkujuh.Meriah,meriah.

Dalam masa cuti ni banyak binatang yang akan dikorban. Lembu, kerbau, ayam, itik, unta, ikan keli akan menjadi hidangan kenduri kawin.Kalau kat Perlis binatang-binatang ni dimasak samada gulai ataupun kurma.Kalau gulai rampainya rebung, kalau kurma pasangannya kentang.Dihidang bersama dengan nasi kukus, pajri nenas, kerabu tauge dan air sirap.


(Gambar dari blog lain)

Aku nak cerita budaya kenduri yang berlaku di kg aku, kg bongor kudong.Rasanya perkara macam ni tak berlaku kat tempat lain.

Di kg aku, apabila siap saja lauk-pauk dimasak, ianya akan dibungkus.Nasi, lauk,kerabu, kuih-muih semuanya akan dibungkus.Air sirap tak ada le nak bungkus.Lauk-lauk yang siap dibungkus tadi akan dihantar dari rumah ke rumah. Penerimanya ialah orang tua, orang sakit, pompuan baru lepas beranak, pendek kata orang yang tak boleh pi kenduri.Alasannya mudah saja, hormati orang yang dalam kesusasahan, kesakitan dan tua. Unik kan nilai budaya macam ni.Lepas tu barulah makanan dihidangkan kepada tetamu.

Kat bawah ni glosari pelik berkaitan dengan kenduri yang digunapakai di kg aku.

1. Menyorok - sarapan pagi bagi org yang dtg bekerja dlm majlis kenduri.Biasanya menu ialah pulut kukus makan dengan kelapa parut dan ikan tamban masin.

2. gedehuk - tempat masak lauk-pauk, biasanya yang jadi chef ialah lelaki.

3. Basuh para - keesokkan hari lepas kenduri, kumpul orang ramai untuk kemaskan peralatan, pinggan mangkuk dll

4. Makan bisan - kunjungan balas waris pihak pompuan ke rumah pengantin lelaki, pada malam pertama lepas kenduri.

Dah le tu. Banyak sangat cerita pun tak bagus jugak. Nanti orang ingat aku teringin nak melalui majlis ni sekali lagi pulak, dua kali lagi pulak, tiga kali lagi pulak.

Tuesday, November 10, 2009

Cacing

Inilah entry terbaru aku sejak 16.10.2009 yang lalu. Tiba-tiba saja hilang ghairah terhadap blog.Tak teraaaaangsang pun nak buka blog.Hairan. Apa nak hairan? Benda yang lebih sedap daripada blog pun kadang2 kita hilang minat, inikan pulak blog.Ada bini tiba-tiba lebih suka belai patung barbie daripada belai patung laki dia.Macam tu jugak laki. Kadang2 lebih suka lembut dan kenyalnya apam balik berbanding bini sendiri.Lumrah alam, minat dan keghairahan manusia ada pasang surutnya.Kalau ketua kg yang dah berbelas tahun menduda, tetiba teringin berbini baru maksudnya minat dia dah kembali. "i'm back, i'm back, siap kau".

Kali ni aku nak bercerita pasal cacing.

Semuanya bermula dengan satu SMS yang aku terima.

"Salam, en Shuk malam ni kalau free tengok rancangan anjung bistari tv1 jam 9.30 malam, projek cacing saya akan disiarkan dalam program tersebut ...... kirim salam dengan puan jem"

Hah, terkedu aku.Ex-students aku dah jadi usahawan berjaya.Siap masuk tv lagi. Aku sendiripun takat masuk CCTV aja, tv sebenar tak pernah pun.Bangga, bangga sungguh aku.Last year waktu dia datang konvokesyen dia bagitau syarikat dia dapat permintaan kompos yang baik sekali.Tak mampu memenuhi kesemua permintaan.Apa-apa pun moga awak akan terus berjaya.Dah berjaya jangan lupa diri pulak, jangan lupa bayar zakat, buat sedekah banyak-banyak.

Bila tengok kejayaan bekas pelajar sendiri, dan mereka pula berterima kasih kepada kita, aku jadi kembali bersemangat. Bersemangat untuk beri yang terbaik, demi melahirkan pelajar yang berwawasan, ada jati diri dan berjaya. Amin.