Sunday, September 27, 2009

Raya selepas raya

Syukur aidilfitri disambut dengan selamat.2 hari di Melaka, 4 hari di Perlis dan 1 hari di KL. Cukup le tu.Dah tak berdaya nak raya lagi. Mood beraya dah makin berkurang, namun begitu mood untuk makan kuih raya dah mula meningkat.Pada tahap ni, serdak kuih raya pun enak rasanya pak.

Salah satu gambar sempena aidilfitri tahun ni, nampak macam tension saja tapi sebenarnya hati gumbira yang amat sangat beraya kat keluarga mentua. Betul ni, bukan tipu punya.

Selesai saja raya puasa, kami kat Teluk Kemang ni akan sambut satu lagi raya, pilihanraya kecil Bagan Pinang. Suasananya mengalahkan sambutan raya puasa. Bunting dan poster pemimpin lebih banyak dibandingkan bunting/poster aidilfitri. Majlis rumah terbuka bersama pemimpin lebih banyak berbanding rumah terbuka aidilfitri. Konyang nampaknya orang kat sini.


Bendera-bendera parti yang nak bertanding dah mula bersepah kat PD ni.


Habis kawasan lapang diratakan dan dicantikkan untuk sambutan bersama pemimpin parti yang bertanding.

Bendera2 parti yang menceriakan persekitaran.

Banyak sekali majlis perjumpaan dan jamuan raya akan dilakukan.Makan-makan, tambah-tambah, kat sini tambah lauk lagi ni, jemput jangan malu, kalau dah kenyang boleh bungkus, tak cukup kobau boleh sombolih unta - mungkin inilah dialog yang sedang dihafal petugas-petugas yang dilantik. Beruntung le kami kat sini.

Kepada semua pihak yang terlibat, pesan aku - rayakanlah temasya demokrasi ini secara matang dan berkhemah.Tak ada kekacauan, fitnah-menfitnah, kutuk mengutuk dan sebagainya.Bagi aku, bagi kebanyakkan penduduk Teluk Kemang keamanan adalah lebih penting.Kami bukan pengundi berdaftar pun. Hidup Malaysia,peace.

Saturday, September 19, 2009

Pengganti diri

Bersempena dengan aidil fitri tahun ini aku menerima beratus sms raya. Beratus konon, macamle blogger popular. Sms diterima samada dari secret admirer, kawan lama, bekas student, sanak saudara, pupu poyang dll. Yang tak hantar cuma ketua kg bongor kudong termasuk tok siak dan tok bilal saja.Kebanyakkanya cukup puitis, indah tuturkata dan mendorong keinsafan dan kesyukuran. Sms raya yang diterima, berbeza dari segi susunan ayat, pilihan perkataan, artistic value dll tetapi mesejnya tetap sama - selamat hari raya.

Antara sms yang kuterima :

1. Adakalanya mata salah melihat, telinga salah mendengar, mulut tersalah bicara, namun kemaafan jua kupinta. Salam aidilfitri. Maaf zahir batin.

2.Dalam bermesra mungkin ada terkasar bahasa, dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa. jika ada kemaafan jualah yang ku pinta.

3.Di dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam gurau senda ada khilaf dan dosa. Dengan itu maafkan saya ............. panjang sangat tak larat nak taip.

4.Sepuluh jari dipinta , memohon maaf atas kesalahan dan kesilapan sepanjang masa. Maaf ............. ini SMS dari bangsa asing ni, pandai betul dia reka.

5. Masak lemang sambil berdiri, hendak makan di aidilfitri, nak hantar kad posmen dah cuti, sms saja pengganti diri.

Dah le tu, banyak sangat SMS, tak larat nak taip. Tapi sms balasan aku standard saja "selamat hari raya, maaf zahir batin" untuk semua orang, tak kirale pengarah ke, tok imam ke, semuanya sama.

Monday, September 14, 2009

Selamat hari raya aidilfitri

Walaupun ada 5 ke 6 hari lagi puasa, biarlah aku menjadi blogger yang pertama mengucapkan selamat hari raya aidilfitri .Maaf zahir dan batin. Maafkan sekiranya sepanjang kekawan semua mengenali aku , ada terkasar bahasa, tersalah perbuatan, tingkahlaku yang kurang menyenangkan ataupun tulisan yang menghiris perasaan. Aku insan yang lemah, tak sunyi dari salah dan silap.

Tahun ini aku, petaiyah dan petaijunior akan menyambut 1 syawal di Kg Air Hitam Pantai, Masjid Tanah Melaka.Rumah kak ipar aku.Insyaallah raya kedua ataupun ketiga aku akan balik ke Perlis. Buat semua kekawan jemputle ke rumah aku di kg Bongor Kudong pada hari raya ketiga. Insyaallah kalau jadi aku nak hidangkan cendol. Juga sama nak meraikan ahli anak buah yang baru Umairah Zahraa.

Untuk halwa telinga semua aku persembahkan lagu Nazam Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza. Bila dengar lagu ni teringat waktu aku dan Siti sama-sama bujang. Pernahle juga berangan sorang-sorang.Mula balik dah....... baru tadi minta maaf ni nak mengarut balik dah.

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Saturday, September 12, 2009

To build and to maintaince

Dah bertahun rasanya aku tak pernah dapat kad raya.Kalau ada pun kad yang diterima adalah kad computer printed yang diposkan oleh JPPKK untuk semua stafnya. Maksud aku kad konvensional bukannya kad maya/elektronik.Tapi tahun ini, puasa yang ke 19 aku dah dapat satu kad raya. Pengirimnya ............. biarlah ianya menjadi rahsia buat seketika. Teruja juga bila dah lama tak dapat tetiba dapat, suspen pun ada bila nak buka sampulnya. Teruja dan suspen macam ketua kg yang dah 5-6 tahun menduda tetiba nak berbini baru. Macam tu le perasaannya. Gelojoh semacam aje bila nak rentap balutannya.

Biarlah aku berterus terang sekarang. Pengirimnya bukanlah secret admirer ke, keluarga ke, bekas student ke, jiran setaman ke, ketua kampung, imam, bilal pun bukan, tok siak lagi le bukan.Yang hantar kad raya kat aku ialah tauke kedai yang aku beli aircond kat PD. Tima kasih le tauke kedai oooi, nostalgik sungguh apa yang hangpa buat ni.
Inilah kad yang mencatat sejarah dalam sambutan perayaan aku tahun ini.


Siap ditandatangani oleh semua staf dia lagi. Rasanya mamat yang mai pasang aircond kat rumah aku tempoh hari pun sign jugak rasanya.

Kepada rakan-rakan yang ajar marketing boleh ambik entry hari ni sebagai contoh kes"after sales servis"ataupun "customer relationship". Marketers tugas dia memang " to build and to maintance relationship". Tauke kedai ni memang cekap, rasanya dia ada diploma pemasaran kot. Hari tu dia punya sales presentation punyalah bagus, tepati masa, friendly. Semua ini penting untuk bina (build) jalinan hubungan dengan bakal pembeli. Selepas jualan, hantar pulak kad raya untuk pastikan hubungan yang sedia wujud dikekalkan(maintain). Boleh jadi loyal customer lepas ni. Bagus sungguh cara meniaganya. Boleh tiru.

Thursday, September 10, 2009

Different field, different grasshoppers

Betulah kata orang ,lain padang lain belalang. Lain tempat lainlah cara hidup, suasana, persekitaran, adat dan sebagainya. Kali ini aku nak cerita sikit tentang kelainan persediaan sambutan aidilfitri antara kg aku kg. Bongor Kudong dengan kg kat Melaka.


(gambar hiasan : belalang )
Kat Melaka ni sesi mengecat rumah sempena hari raya dah jadi macam sunat muakat pula.Ramai sungguh yang mengecat rumah sempena raya.Bukan saja rumah, pagar, garaj hatta jamban pun dicat dengan warna baru. Cukup warna warni, ceria dan cantik saja suasananya.
Kat kg aku aktiviti cat mengecat ni terhad sangat.Tak ramai yang buat.Maklum le kat sana banyak rumah yang diperbuat daripada kayu, tak sesuai pulak nak cat mengecat ni. Lagi satu faktor kos kot. Kami kat sana tak le berduit sangat. Paling hebat pun aktiviti mengecat kat sini ialah, gotong royong cat pagar kubur.

Satu lagi perbezaan yang jelas adalah penggunaan lampu hiasan. Kat kg aku masih banyak lagi lampu minyak tanah digunakan.Tapi leceh sikit, kalau angin kuat terpadam le dia.Minyak tanah tu pulak, baunya ada iras-iras bau kentut gorilla. Busuk.

Kat Melaka sebahagian besar ada lampu hiasan ni. Cantik, berwarna warni menghiasi kegelapan malam.Cantik.............................................

Monday, September 7, 2009

Countdown

Balik dari sembahyang terawih malam ini, aku berkesempatan menjengok beberapa blog kekawan.Banyak blog yang aku kunjungi ada "countdown" berapa hari lagi nak raya. Secara kasarnya 13 hari lagi sebelum raya.Ghairah sungguh menunggu hari raya.Mungkin bagi semangat kot bila tengok countdown ni.

13 hari tu satu jangka masa yang pendek saja.13 hari maknanya tak sampai 2 minggu pun.2 minggu tu tak sampai 1/2 bulan pun.1/2 bulan tu tak sampai 0.0041 tahun saja.Itu kalau kita scale down jangkamasa nak sambut raya.

Tapi sebenarnya 13 hari tu satu jangkamasa yang lama.13 hari maksudnya 312 jam,18720 minit ataupun bersamaan 1123200 saat. Panjang lagi masa tu kekawan ooi. Bagi aku insan yang lemah ini, banyak lagi dugaan dan cabaran puasa yang mesti ditempohi. Melawan mengantuk mata waktu nak bangun bersahur, waktu pagi,tengahari,petang.Memanjang aje ngantuknya. Melawan letih badan dan kekenyangan perut, melangkah ke surau untuk bersembahyang terawih. Jemaah pun makin berkurangan dari sehari ke sehari. Ya Allah berilah aku dan kekawan blogger yang lain kekuatan supaya kami dapat meningkatkan amalan dan ibadah di bulan yang mulia ini.Amin..

Selepas 17 hari berpuasa, selera makan pun mula berkurangan.Macam-macam ikhtiar petaiyah nak bagi aku makan banyak. Apa-apa pun ikan puyu pekasam ni boleh le jugak jadi pembuka selera.

Sunday, September 6, 2009

Dah mula dah......

Hari ini aku berkesempatan bawa petaiyah dan petaijunior pegi shopping serba sedikit, buat persediaan raya.Shopping kat Oceanic Seremban saja, malas nak ke Jusco sebab orang ramai sangat.

Niat di hati tu nak beli baju sehelai dua untuk aku dan juga untuk petaijunior. Kesudahannya untuk aku memang le sehelai dua, tapi petaijunior punya jadi lima enam helai pulak.Tak pe le, aku belanja untuk petaijunior sorang saja.Petaiyah punya dah settle.

Dalam dok shopping hari ini aku dah mula perasan satu perkara. Petaijunior dah mula dah pandai memilih.Walau pun dia tak reti lagi memilih antara jenama kumbang ataupun jenama rabbit ke,yang berharga RM10 dengan yang berharga RM50, tapi dia dah pandai memilih dari segi warna dan corak.Mana-mana warna ataupun corak yang dia tak suka, dia buat deeerk aja.Dah besar rupanya anak aku ni. Cepat betul masa berlalu.

Ini adalah baju dan seluar yang mana warna dan designnya adalah dengan restu petaijunior.Hebat juga taste dia.




Kalau orang dewasa sibuk dengan keta baru, petaijunior pulak nakkan basikal baru, siap spesifik nak blue color. Terbang lagi seratus ringgit.



Sedang leka memilih model basikal yang dikehendaki. Walaupun terbang juga Rm300 untuk keperluan petaijunior, tapi aku puas bila keluarnya ungkapan " terima kasih abah, belikan adik baju dan beskal". Petaijunior memang senang ucapkan tima kasih dan juga pujian.Lepas ni aku pun nak ucapkan terima kasih pada mak dan ayah aku sebab depa pun belikan aku baju dan beskal semasa aku kecil dahulu.Aku memang jarang ucapkan tima kasih dan jarang juga ucapkan pujian. Kena ubah ni.

Thursday, September 3, 2009

Bizzare foods in Bongor Kudong

Bulan-bulan posa ni asyik teringatkan makanan aja. Kurang tebal betul iman aku. Hari tu entry cendol, lepas tu air tebu, hari ni pula temanya "bizzare dishes yang dahulu kala dihidangkan di kg aku, kg Bongor Kudong".Ini kiranya sajian zaman dahulu le.

Macam yang aku cita dulu, kehidupan kami kat Perlis dulu memang susah.Harapkan hasil padi yang tak seberapa.Padi pulak waktu tu hanya diusahakan sekali saja setahun.Memang perit.Jadi makanan kami lebih tertumpu kepada sayuran kg dan ikan sungai saja.Free, senang didapati dan berkhasiat.

1. Kerabu Paku Rawan
Paku rawan ni dalam keluarga paku pakis.Tumbuh meliar kat kawasan sawah yang terbiar dan bertakung airnya ataupun kat parit-parit. Biasanya paku rawan ni jadi makanan kerbau dan abau saja (abau adalah sejenis kura-kura yg agak besar saiznya).

Gambar hiasan dr blog lain: Ini bentuk pokok paku rawan yang subur menghijau.Kerbau betul mesti suka ni.

Gambar hiasan dr blog lain:Kerabu paku rawan.
Setelah dimasak inilah rupanya kerabu paku rawan.Macam mana nak masak tak reti la aku nak ceritakan. Korang tanyale petaiyah.Itupun kalau dia tahu.Biasanya paku rawan ni dikerabukan dengan perut lembu ataupun kerang.Tapi hari ni dah tak berani nak kutip pokok ni lagi.Kerbau dan abau pun dah tak makan pokok ni. Banyak sangat racun digunakan dalam pertanian.


Gambar hiasan dari blog lain :Asam rebus kulit tembikai.

2. Asam rebus kulit tembikai
Ni satu lagi bizzare dishes kat kampung aku. Setelah habis isi tembikai dimakan, kulitnya jangan dibuang.Kupas bahagian hijau, kulit yang putih tu dimasak asam rebus dengan ikan sepat kedah (ikan sepat yang kecil saiznya)
Gambar hiasan dari blog lain:Bunga telipok
3. Asam rebus batang telipok (water lily)
Ini satu lagi tumbuhan yang kami kena berebut dengan kerbau dan abau.Batang bunga telipok ni dimasak asam rebus bersama dengan ikan haruan.Rasa dia iras-iras batang keladi.Macam mana nak masak aku tak tau le.Tapi memang sedap.Sekarang ni pokok telipok ni pun dah hampir pupus.Asyik kena racun aja.

Gambar hiasan dari blog lain :pokok lakom

4. Masak lemak buah lakom

Ini dishes yang paling unik. Buah lakom ni bentuk dia seakan-akan sama dengan buah anggur.Waktu muda warnanya hijau, dah masak warnanya ungu.Biasanya tumbuh menumpang atas pokok paku lima, kekabu dll. Rasanya masam, iras-iras rossele.Biasanya dimasak lemak dengan ikan.Walaupun nama masak lemak, tapi warna masakan akan berubah menjadi purple.Tapi tak semua orang tahu masak buah lakom, silap-silap gatal macam keladi juga. Pokok ni dah 99% pupus dari kg aku.

Cukuplah takat ni dulu.Banyak lagi makanan pelik-pelik yang aku nak cerita contohnya kerabu midin, kerabu sudu itik, masak cuka kekabu muda dll.Lain kali yea.