Saturday, March 20, 2010

lembut betul le kauorang punya apam......

lembut betul le kauorang punya apam......

Ayat kat atas ni kalau dizahirkan kepada pompuan2 selain bini kau, jangan harap balasannya ialah ucapan " terima kasih, timo kasih, makasih ataupun thank you".

Paling koman pun balasannya ialah maki hamun. Kalau bernasib baik segala bentuk jawapan termasuk penampau, terajang, sekeh, gerngau, tokak dll akan hinggap kat muka tuan punya mulut yang keluarkan ayat ni. Kenapa?

Yang aku nak cerita ni memang betul2 apam, bukan apam balik, bukan apam tiruan dan juga bukan apam jadi-jadian. Ini benar-benar kejadian.Bukan rekaan. Apam ni aku jumpa kat pekan Kuala Kangsar. Memang lembut, kenyal, manis2 buah, sedap hingga menjilat kepala lutut.

Bentuknya pun unik, di alas dalam acuan yang di buat daripada daun pisang.



Di jual secara berpasangan, satu tangkup RM 2.00. Makan dengan nyiur kukur pun best ni.


Monday, March 15, 2010

Balik kampung le.....

Esok, kami nak balik kg kat perlis. Drive 600km, 8 jam baru nak sampai.Bukan setakat pinggang ataupun kaki, usus besar, kornea, hempedu anak tekak dan prostat pun lenguh jugak.Punya le lama.Tapi yang magiknya, bila nampak saja signboard " selamat datang ke perlis" semua organ2 tadi kembali bersemangat. Usus besar, usus kecil, kornea, gegendang telinga semuanya bersemangat.

Sepanjang perjalanan macam2 dilakukan untuk hilangkan boring.

1. menyanyi - segala jenis lagu dari Fantasia Bulan Madu, Memori Daun Pisang,Goyang Dombret,Secangkir Madu Merah, Maduku Madumu Juga, Madu Tiga dll dilagukan.kadang2 lagu negaraku pun jadi sumber hiburan.

2. tengok kereta - komen2 biasa " hu yoo, powernya, cantik, abah nak satu dll" bila terserempak dengan keta2 idaman hati.Biasanya akan dapat respon positif dati petaijunior dan respon malar dari petaiyah.

3. bersembang - macam2 topik daripada topik makanan kegemaran, rumah idaman, kisah dulu-dulu, masuk jawi, kucing kesayangan kena langgar, beruk selak kain bini ketua kg dll akan dibualkan. tapi aktiviti ini ada limitnya, ada time kena stop. Bila?

1 - bila disoal tak ada jawapan
2. - ada jawapan, tapi bentuk jawapannya aneh sikit, sukar diterjemahkan - " krooh, kroooh, krooooh, krooooooooooooooh"

Contoh perbualan ;

Petaimuda : kita nak makan kat mana ha?
******** : krooohhhhh
Petaimuda : cakap le betul2, tronoh mana R@R. nak makan kat mana ni?
******** : kroooooooooooooooooooh
Petaimuda : kan orang dah cakap, tronooooooonoh tak ada R@R. Laaaa dan tidur ke.

Thursday, March 11, 2010

Kalau dah bukan rezekinya kita.......

Kalau dah bukan rezekinya kita, makanan yang dah nak disuapkan ke dalam mulut pun boleh terpelanting jatuh ke dalam longkang, di hanyut ayaq longkang terus masuk ke mulut katak, tetiba pula katak tu dingap buaya .Rezeki buayalah namanya.

Kalau mungkin bukan rezekinya kita, dah cukup umur genap berbelas tahun kerja pun tak dapat2 lagi.Nak kena buat nu nak kena buat ni. Isi borang, buat research, present dll pun tak tentu nak boleh dapat.Apa boleh buat, kuasa tuhan yang menentukan.Yang penting.... buat kerja kita.

Kalau dah bukan rezekinya aku, pokok timun yang subur menghijau, tunggu masa nak bunting dan berbuah saja pun boleh mati.Frust betul, ingat buah timun tu nanti boleh buat asam pedas, kari,acar dll.Tapi umur dia pendek.


Petani yang tak berapa muda, memerhatikan dengan penuh kaciwa, pokok timunnya layu terkulai ke bumi.

Petani muda ni pun nampak kaciwa juga, macam le dia yang tanam.

Macam hangus terbakar saja.


The culprit. Kumbang mini nilah yang makan pokok timun aku, sikit demi sedikit hingga mati. Mula2 tu memang aku marah, sempat la 2 - 3 ekor aku tenyeh sampai mati. Tapi lepas tu pikir balik, kalau depa tak makan pokok timun yang aku tanam depa nak makan pokok timun mana. Jiran aku tak ada tanam. Kumbang2 tu pun bukannya boleh berkebun sendiri.Haa... kumbang2 semua jemput makan, makan sampai kenyang, tambah2, kalau tak cukup pi melahap pokok nyiur pandan pulak.Sila,,,,sila dan rezeki hang.

Thursday, March 4, 2010

masters education

Minggu lepas aku bercuti ke Johor, langsung sekali ke singapura.Dah nak cecah umur 40 tahun, baru berkesempatan menjejak kaki ke singapura.Tapi tak ada apa nak cerita pasal singapura ni, bagi aku biasa saja.Aku nak kongsi pengalaman aku buat master education.

Inilah tempoh pengajian yang paling membosankan dalam hidup aku.Satu tahun setengah tu rasanya macam 10 tahun aja.Maklum le terpaksa.Cuba kau bayangkan kau tak sukakan jeniper lopez tapi kena paksa kawin dengan dia.Tak ke tersiksa jiwa ,batin, rohani dan raga.

Mengaji lebih banyak menghafal dari memahami.Asal lulus sudah le. Weekend adalah masa paling membosankan. Teman serumah asyik balik kg aja. Penang dengan apai asyik pi KL aja, mata air tunggu.Mat pen asyik balik JB aja, che mat balik kg pandan.Tinggal la aku sorang2. Awek pun tak ada waktu tu, tak laku laku, tak laku laku............ Bosan tahap gaban, rasa macam nak pecah buah pinggang.

So weekend banyak la aku merayau sorang2, segala jenis parit aku redah.Nak pi jauh-jauh pun tak boleh, tak ada lesen.Asyik2 pi batu pahat makan nasi beriyani mat shah, paling jauh pun pi kluang .Terseksa sungguh masa tu.Lepas habis memang lega sangat.

On the way balik sempat singgah kat Muar makan asam pedas dan naik bot menyusuri sungai muar.