Monday, August 8, 2011

Tetiba aku bosan dengan City

Tetiba saja aku bosan dgn city. Mengecewakan Taktikal agak kurang mantap.Paling teruk tak ada konsistensi.

Leading 2-0 pun boleh kalah lagi. Sia-sia aja ku tengok.Kalau macam ini cara permainannya tipis harapan le jadi champion.Beli mahal-mahal si aguero tu tak turun pulak.Apa la yg coach tu fikirkan. Baik ganti dgn rajagopal saja.

So, aku ubah fikiran. Sokong MU tahun ini. Sorry le. Chelsea, Liverpool, Arsenal --- no way. Aku sokong Swansea.....

Selamat berpuasa. _______________________

Wednesday, July 20, 2011

Godaan janda,, aku tertewas

Akhirnya aku tertewas. Walaupun berat hati petaiyah nak mengizinkan, tetapi kesudahannya janda itu menjadi milik aku juga.

setelah bertahun-tahun kumpul duit, berjimat cermat akhirnya simpanan aku cukup juga untuk meminang janda ini.

Janda berhias kahwin 2008 bercerai 2011. Baru 3 tahun dihentak tuan asalnya kini menjadi milik aku.




Monday, April 25, 2011

Life begin at 39+

Sedar tak sedar umur dah nak masuk 40 tahun. Dah vateran tu..............10 tahun lagi dah masuk kategori warga emas pulak. Uuuui tk sanggup nak bayangkan.

Tak boleh jadi ni, mesti buat sesuatu supaya tak jelas sangat keveteranan tu, biar nampak muda sikit. Ini plan aku untuk menampakkan sedikit imej yang lebih muda dan trendy.

1. grooming - mesti mau jaga, bercukur selalu, rambut mesti trim kemas, imej taliban diharamkan, janggut dan misai pun kena kemas selalu. Minggu depan petaiyah nak bawa aku pergi salun, nak buat hair, nail treatment.Meteroseksual you.

2. pakaian - fesyen mesti up-to-date. Design, warna yang lebih maskulin.Minggu depan petaiyah nak belikan aku jeans levis, t-shirt poli, baru nampak gempak sikit. Baju batik, kemeja nylon semua tu tak boleh pakai lagi dah.

3. Aksesori - jam, cincin, gelang mesti trendy punya. Minggu depan petaiyah nak belikan aku jam tangan adidas, lebih sporty.

4. Keta - keta-keta standard dah tak sesuai lagi. Mesti cari yang ala-ala fast and furious.Baru terangkat.Fikir punya fikir aku pilih, beli keta kat bawah ni......yahooo



tengok sport rim, jejari 5 saiz 17, low profile tayar


tengok depan, skirting lagi, cuba korang teka brand apa ni.....



fuyooo buntut, ada spoiler lagi, mendidih awek poli tengok

tengok side decoration, memang cun gila

kalau drive keta macam ni memang nampak muda.

Tak sedar diri ....... huh.


Sunday, February 6, 2011

ignorance is no excuse

Tak tahu pulak aku, jadi satu kesalahan kalau kita tak pi sembahyang jumaat tanpa sebarang alasan yang munasabah. Ingatkan berdosa saja, rupa-rupanya menyalahi undang2 pulak. Ini buktinya.


Apa2 pun aku bersetuju sangat dengan undang-undang ni, cuma yang jadi isu sekarang adalah penguatkuasaannya. Confirm sukar. Mudah-mudahan pihak berwajib cekal dan tabah dalam melaksanakannya.
Cerita solat jumaat 1
Aku start sembahyang jumaat waktu darjah 4, tahun 1981,umur 10 tahun.Mula2 aku pi sembahyang bukan sebab wajib, tapi sebab takutkan cikgu othman.Sesiapa yang ponteng sembahyang jumaat akan kena 2 rotan kat pelipat kaki.Jadi takutkan cikgu ni, kami tak miss sembahyang jumaat. Tima kasih cikgu.
Cerita solat jumaat 2
Aku hairan sikit macam mana orang boleh selesaikan sembahyang jumaat dengan begitu cepat. Selesai saja imam bagi salam, terus dengar bunyi motor dihidupkan.Bila masa dia keluar masjid, cari selipar, jalan ke motor kemudian start motor tu.Macam superman aja, pantas.

Monday, January 10, 2011

Hand phone dan kecurangan....................

Tip untuk para isteri. Bagaimana hand phone boleh bagi clue, tok laki hangpa tengah berlaku cuuuurang.

1. Asyik berkepit aja dgn hand phone.
Kalau tok laki hangpa tu bukannya ahli politik, bukan bisness man, bukan agen MLM tetiba aja dia asyik berkepit dgn hand phone aja, sah dia tengah curang.Tidur dgn hand phone, masuk toilet pun bawak hand phone, memang sah ........ apalagi ! ganyaaaaaang.

2. Sensitif sangat kalau org lain pegang hand phone dia
Tetiba saja berkira sangat dgn hand phone dia. Tak boleh org lain sentuh, apa lagi guna. Kalau anak2 main pun boleh jadi mengamuk. Sah curang.....apalagi ganyaaaaaang le.

3. Jawab hand phone kat tempat tersorok
Bila nak jawab call mesti sembunyi-sembunyi punya. Dalam tandas, belakang dapur, tengah2 ampai baju, belakang almari baju semua jadi port jawab call. Cakap pula perlahan-lahan. Sah curang .......................... ganyanaaaang lagi.

Apa-apa pun sebelum ganyang, siasat le dulu.Aku tak bertanggungjawab.

Bercuti kat temerloh pahang, makan ikan sungai.